Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum.


Pengalaman 4 kali bersalin dan berpantang, membuatkan Cik Ta ingin berkongsi tentang SET BERPANTANG SHAKLEE.

Jadi untuk entri Cik Ta pada kali ini, Cikta nak kongsikan fungsi fungsi setiap vitamin yang aaa dalam SET BERPANTANG SHAKLEE ni.

Sebelum tu Cik Ta nak kongsi sedikit kenapa Cik Ta memilih SET BERPANTANG SHAKLEE a.k.a cara moden berbanding jamu.

 Antara sebabnya;

1. Bahan kandungan Vitamin:

Setiap bahan yang digunakan bagi memformulasi supplement Shaklee dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Malah, setiap supplement Shaklee yang dijual di Malaysia turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jamu:

Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak dapat dikenalpasti.

2. Khasiat dan penyerapan oleh badan Vitamin:

Vitamin merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau

Jamu:

Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang kompleks memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat tersebut.


3. Memenuhi keperluan badan ibu dan juga bayi:

Vitamin memenuhi keperluan zat dan mineral yang diperlukan oleh ibu dan bayi untuk lebih sihat,menguatkan sistem imun,perkembangan fizikal dan membentuk perkembangan otak melalui penyusuan.Ia juga membantu pengeluaran susu ibu.

Jamu :

Tidak memberi manfaat kepada bayi,malah ia boleh mengundang jaundice lebih tinggi kepada bayi.Tidak membantu menghasilkan susu ibu.


4. Kesan kepada bayi :

Vitamin mengandungi bahan yang tidak membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrient melalui penyusuan susu bayi. Ibu masih boleh meneruskan pengambil supplement walaupun anak mengalami penyakit demam kuning atau JAUNDICE.


Jamu:

Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau sebaliknya. Malahan kebanyakan doktor tidak membenarkan si ibu untuk meneruskan pengambilan jamu sekiranya membawa kesan kepada bayi khususnya dalam meningkatkan risiko JAUNDICE.


5. Waktu pengambilan selepas bersalin Vitamin:

Pengambilan supplement boleh dimulakan seawal hari pertama bersalin sama ada si ibu bersalin secara normal atau caesarian (pembedahan)

Jamu:

Rata-rata pengambilan jamu selepas bersalin hanya boleh dimulakan selepas memasuki minggu kedua bagi memastikan bayi sudah tiada jaundice. Bagi bayi yang mengalami masalah breastfeeding/prolonged jaundice, si ibu lazimnya dinasihatkan untuk tidak mengambil jamu sama sekali.


Itulah serba sedikit sebab sebab kenapa Cik Ta memilih SET BERPANTANG SHAKLEE. Cik Ta bukan tak pernah ambil jamu jamu tu ye, pernah satu masa dulu, sebelum kenal SHAKLEE.

Sekarang Cik Ta nak teruskan dengan SET BERPANTANG SHAKLEE.Apa khasiat setiap satunya, sebab ramai cakap, banyaknye nak kena makan bila tengok SET BERPANTANG SHAKLEE ni.

Lepas ni, baru korang rasa, memang sepatutnya dari awal morang dah amalkan produk produk SHAKLEE ni tau. Okau sekarang jom kita tengok Khasiat Dan Kebaikan SET BERPANTANG SHAKLEE;


VitaLea With Iron Formula

Ibu yang sedang berpantang di galakkan ambil vitalea sebab semasa dalam pantang banyak makanan yg kita tak boleh makan, jadi tenaga kita akan berkurang.

Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,  jadi ibu perlu ambil makanan yg seimbang dan berkhasiat bagi menggantikan semula darah yang hilang.

Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya.

Kalau nak bf baby, pengambilan zat besi adalah sangat penting.

Vitalea tidak boleh di ambil bersama minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


B Complex

Membantu menstabilkan hormon badan kita.

Jika kurang B complex boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi.

Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.

Menukarkan makanan kepada tenaga


Vita C

Berkonsepkan pelepasan mengikut masa, vitamin c di lepaskan secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.

Vita c sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.

Memperbaiki tisu sel yang rosak semasa bersalin.


Alfalfa Complex aka Raja segala tumbuhan

Membantu meningkatkan imunisasi

Mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu.

Bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.


Energizing Soy Protein (ESP)

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilandan memekatkan susu.

ESP ni penting untuk kelenjar dan tumbesaran untuk mencantikkan kulit si ibu dan membantu mengawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.

Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah, kualitinya sangat tinggi.

Ostematrix

Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.

Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan magnesium untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang

Lecithin

Lecithin boleh membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu baru bersalin. Biasanya lemak-lemak terkumpul ketika mengandung.

Lecithin ini juga boleh berperanan untuk mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat

Lecithin boleh membantu ibu mengatasi masalah lost of short term memory yang biasa akan dialami selepas bersalin.

Lecithin juga boleh membantu menyalurkan inositol dan kolin dalam susu ibu untuk meningkatkan perkembangan otak bayi.

Macam mana? Korang rasa piluhan Cik Ta tepat tak? Nampak banyakkan, tapi bukan kita nak kena makan sekali gus pun.

Korang akan di beri cara cara untuk amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE ni, pagi apa, tengahhari dan malam.

Wah! Rasa macam teringin nak tambah pulak bila tengok betapa bagusnya SET BERPANTANG SHAKLEE ni.

Sebelum Cik Ta melalut merata rata, kalau korang nak cuba SET BERPANTANG SHAKLEE ni, korang boleh hubungi Cik Ta atau whatsapp Cik Ta, nak pm di Facebook pun boleh.

Whatsapp : 019.5723346

FB : Zurita Binti Abdul Karim

Comments

Popular Posts