Hilangkan Masalah Kulit Kusam
Siapa suka kulit kusam? Takde siapa suka. Cik Ta pun tak suka. Walaupun Cik Ta ada masalah jeragat, Cik Ta takkan biarkan kulit Cik Ta kusam.
Kulit kusam ni kalau korang nak tau, ia boleh menyebabkan kita kelihatan lebih tua dari usia sebenar
Entry kali ni, Cik Ta nak kongsikan vitamin vitamin yang membantu untuk kita bebas dari masalah kulit kusam. Jom kita rungkai satu persatu.
Vitamin C adalah antioksidan yang kuat, yang mana ia boleh membantu untuk menghalang berlakunya kerosakan yang disebabkan oleh redikal bebas. Pada asasnya, vitamin C membantu melindungi sel sel daripada kerosakan.
Vitamin C juga diperlukan untuk membaiki tisu yang rosak dan membantu dalam pertumbuhan sel sel baru.
Vitamin C juga membantu mengurangkan kedutan dan masalah kulit yang lain
Vitamin E
Vitamin E adalah nutrien biasa yang penting untuk kesihatan secara menyeluruh. Ia juga mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kulit. Seperti antioksidan yang lain, vitamin E boleh membantu mencegah kerosakan sel yang disebabkan oleh redikal bebas.
Antara faedah vitamin E seperti, membantu menggalakkan kulit sihat, memastikan kulit kelihatan dan sentiasa sihat, membantu mencegah kerosakan kulit yang berkaitan dengan usia dan membantu memperlahankan kerosakan kulit disebabkan oleh pendedahan matahari.
Vitamin E juga dianggap sebagai barisan harapan dalam mempertahankan dari redikal bebsa yang boleh menyebabkan sel kulit mati.
Vita Lea
Di dalam Vita Lea terdapat kandungan zinc yang menjadi fungsi penting sebagai sokongan imun, ia juga boleh mengekalkan integriti kulit dan membran mukosa. Ia juga membantu menyokong kesihatan kulit.
Vita Lea juga mempunyai kandungan kalsium. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kalsium juga boleh membantu dalam pertumbuhan kulit dan pertumbuhan semula dan kalsium juga membantu mengurangkan masalah kulit kering.
ESP
ESP adalah protien. Protien pula sangat diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protien untuk mengekalkan jangka hayatnya. Protien juga merupakan bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel sel mati.
B Complex
B Complex adalah satu produk yang menggabungkan 8 vitamin iaitu vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9(asid folik). Vitamin B penting untuk kesihatanseara menyeluruh dan ia juga membantu menukarkan makanan kepada tenaga.
Nah! 5 jenis vitamin ini adalah asas untuk membantu menghilangkan masalah kulit kusam. Jadi korang jangan culas untuk konsisten mengambil vitamin vitamin yang Cik Ta nyatakan ni.
Mungkin Vitamin ni korang nampak ia sekadar vitamin untuk kesihatan, tetapi percayalah, kulit yang cantik, berseri dan bertenaga sangat memerlukan vitamin untuk mengekalkan dan menghasilkan sel sel yang baru.
Set Asas Kulit Cantik ini sangat berbaloi untuk korang miliki, kerana set ini juga adalah set Kulit Cantik yang jimat. Tahan sehingga 4 ke 6 bulan. Jadi kenapa tunggu lagi kan. Sempat la korang mula dari sekarang, untuk miliki kulit yang canti berseri untuk Hari raya 2018 nanti.
Jangan segan silu untuk menghubungi Cik Ta untuk membeli SET KULIT CANTIK SHAKLEE ni tau atau korang nak daftar untuk menjadi ahli Shaklee. Jangan malu-malu ya.
Cik Ta
♥Shaklee Independent Distributer ID No. 1139990
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 019-5723346
♥zuabdkarim@gmail.com
♥www.facebook.com/zuritaabdulkarim
Tq atas info 👍👍
ReplyDelete