7 TIPS SIHAT UNTUK KORANG YANG KERAP DEMAM

Assalamualaikum

Hujan, panas, hujan, panas. Itu yang membuatkan Cik Ta nak kongsi tips untuk tingkatkan sistem imun tubuh. Jom kita lihat;-

7 Tips Membantu meningkatkan Sistem Imun

1. Pastikan korang mendapat rutin tidur yang mencukupi antara 7 hingga 8 jam. Kenapa? Sekiranya korang tidak mendapat tidur yang mencukupi, sistem imun korang akan terganggu, tahap sistem akan menurun.

2. Rajin bersenam di waktu pagi adalah salah satu cara untuk meningkatkan sistem imun. Ia sangat membantu mengelakkan korang dari mudah dijangkiti virus, kuman dan bakteria.

3. Mengamalkan pola pemakanan sihat juga adalah cara yang sangat baik untuk membantu meningkatkan sistem imun dalam tubuh. Banyakkan mengambil buah buahan, sayuran, air kosong.

4. Sila berhenti jika korang mempunyai tabiat buruk seperti merokok, minum minuman beralkohol atau ubat ubat terlarang, kerana semua tabiat ini akan merosakkan sistem imun tubuh korang

5. Korang tau, ketawa adalah salah satu cara untuk meningkatkan sistem imun tau. Nampak macam 'ye ke?'. Tapi itu lah hakikatnya, cuba hiburkan hati korang, bila hati senang, kita akan rasa tenang. Bila tenang, kesihatan juga menjadi lebih baik.

6. Elakkanenggunakan handphone, komputer atau apa apa sahaja alat komunikasi berteknologi tinggi. Ini kerana, kesan radiasi dari menggunakan alat alat tersebut menurunkan kadar imun tubuh.

7. Terakhir sekali, lebihkan bersikap positif, ceriakan hidup korang. In Syaa Allah, semakinNkorang positif, semakin baik sistem imun korang.

Okay, sekian sahaja 7 Tips untuk tingkatkan sistem imum tubuh.

Semoga apa yang Cik Ta kongsikan ni, memberikan manfaat kepada korang.


Comments

Post a Comment

Popular Posts