KEPENTINGAN VITAMIN UNTUK IBU HAMIL



"Busuk lah vitamin ni! Tak boleh nak telan la vitamin ni! Kenapa kena makan vitamin banyak banyak ni, bosan la."

Biasa dengar tak rungutan macam ni? Biasakan. Okay, kalau para suami pernah dengar rungutan seperti ini, terutamanya isteri sendiri, sila bacakan artikel ni untuk isteri anda ye. Para bapa pula, sila berikan bantuan dan sokongan penuh untukisteri makan semua jenis vitamin, tak kiralah, yang beli sendiri atau yang klinik bagi.

Kenapa? Ini yang Cik Ta nak terangkan dalam entry kali ni. Jangan pandang remeh kalau sayangkan kandungan korang. Tambah tambah, kalau ibu hamil tersebut ada menghadapi masalah kesihatan lain seperti GDM(Gula tinggi  ketika hamil), Tekanan darah tinggi, anemia, dan macam macam lagi ye.

Setiap vitamin yang diberi, memainkan peranan yang berlainan dengan satu tujuan, iaitu membantu ibu hamil dan kandungannya untuk mendapat nutrisi yang secukupnya. Makanan harian yang diambil kadang kala tidak mempunyai nutrisi yang lengkap.

Tambahan pula, ibu hamil yang mengalami masalah mabuk ketika hamil. Masuk sahaja makanan, semuanya dikeluarkan semula, dan ada yang langsung tidak boleh makan, hanya minum sahaja. Betul kan.

Di sinilah vitamin vitamin ini memainkan peranan, bagi membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Jom Cik Ta terangkan satu persatu.



* B Complex
Lengkap dengan 8 keluarga B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Supplement B complex Shaklee mengandungi Asid Folik, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. 

Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan. Asid folik pula sangat penting sebab fungsi utama dia untuk pembentukan saraf tunjang yang sempurna. Kekurangan asid folik akan menyebabkan kecacatan bayi termasuk otak, atau dikenali sebagai tube neural defect.


* Vitamin C (Sustained Released Vita C Shaklee)

Vitamin C berfungsi untuk membantu menguatkan sistem imun dan membantu dalam penyerapan nutrisi pada mummy dengan lebih efektif. Vitamin C ini juga secara tidak langsung bertindak sebagai antioksidan untuk membantu menyelesaikan masalah kulit ketika hamil.

Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna, perasa malah pengawet tambahan. Ia juga adalah Sustained Released dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.


* Kalsium (Ostematrix)

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu sahaja. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna, membantu membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggng, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung.

Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau mummy nak tau, Ostematrix ni bukan sekadar kalsium biasa, dia juga mengandungi magnesium yang membantu mengurangkan rasa pedih ulu hati (gastrik) mummy tau. Yang paling best, Ostematrix ni bantu kita bebas dari masalah sembelit.


* Protien (ESP)

Protien ini sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh mummy yang hamil dan menyusukan anak. Juga sangat penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.

Esp juga memberikan mummy tenaga dimana bagi mereka yang mengalami masalah morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah mummy yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.


* Omega Guard

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu mummy mengawal berat badan ketika mengandung.


* Zat Besi (Vita Lea)

Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan, Hb rendah (anemia) dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

Sekarang semua jelaskan. Penting ke tidak vitamin untuk ibu hamil. Jadi lepas ni, mummy sekalian, pastikan korang ambil vitamin seperti yang disarankan ye, demi diri dan anak yang korang kandung.

Bayangkan, korang melahirkan seorang bayi yang sangat comel dan gebu serta sihat walafiat. Cik Ta doakan, mummy yang sedang hamil sihat dan selamat untuk melahirkan nanti ya.

Jangan segan silu untuk menghubungi Cik Ta untuk membeli SET KEHAMILAN SHAKLEE ni tau atau korang nak daftar untuk menjadi ahli Shaklee. Jangan malu-malu ya.


Cik Ta
♥Shaklee Independent Distributer ID No. 1139990
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 019-5723346
♥zuabdkarim@gmail.com


♥www.facebook.com/zuritaabdulkarim 





Comments

Popular Posts