6 Tips memilih Perniagaan Yang Menguntungkan

Assalamualaikum



Zaman sekarang ramai yang tiada pekerjaan, tetapi ramai yang memilih untuk berniaga. Tapi korang tau tak macam mana nak memilih perniagaan yang menguntungkan? Jom, hari ni Cik Ta nak kongsi 6 Tips memilih Perniagaan yang Menguntungkan.


1. Pilih Perniagaan yang dekat dihati

Kenapa perlu pilih perniagaan yang dekat di hati? Supaya kita tak cepat down. Kita terus bersemangat untuk meneruskan perniagaan yang kita pilih walaupun banyak dugaannya.

2. Pilih Perniagaan Yang Kukuh

Jika kita hanya mempunyai modal yang sedikit, cuba lah berniaga dengan menjual produk orang lain terlebih dahulu. Tetapi produk tersebut mestilah yang sudah kukuh dalam pasaran dan di yakini oleh pengguna.

3. Pilih Perniagaan Yang Mempunyai Prospek yang Tinggi

Kenapa? Semestinya setiap perniagaan perlukan prospek, kerana dari prospek ia mungkin akan menjadi pelanggan dan dari pelanggan yang biasa, dia mungkin akan menjadi pelanggan yang setia, yang mana prospek tersebut secara langsung atau tidak langsung akan membantu kita melebarkan lagi sayap perniagaan kita.

4. Pilih Perniagaan Yang Mampu mendatangkan Keuntungan Yang besar

Keuntungan yang besar tidak semestinya perlu bermula dengan modal yang besar. Sebagai Contoh, sekiranya menjadi pengedar sesuatu produk seperti Shaklee katakan lah ye, modal serendah RM69 sahaja, dan dari situ korang dah boleh mula untuk berniaga dan membesarkan perniagaan korang.

Korang juga boleh menjadi founder untuk group Shaklee korang sendiri. Dan apabila bisnes Shaklee korang berkembang, berapa punya banyak keuntungan yang korang akan dapat pun korang takkan dapat bayangkan. Sehingga korang mampu memiliki aset dan income yang tinggi setiap bulan.

5. Pilih Perniagaan yang mudah untuk dijalankan

Tidak perlu menyewa kedai, tidak perlu menyewa tapak, cukup sekadar korang dapat memulakan perniagaan korang dari rumah atau secara online. Itu lebih baikkan. Modal kecil dan korang dapat berada di rumah sendiri. Wah!

Korang cuma perlu aktif di facebook, instagram, blog dan apa juga kemudahan online yang korang boleh gunakan. Oh ya, flyers jangan lupa ya. Walaupun ianya nampak renyah, tapi hasilnya tidak mengecewakan. Percayalah.

6. Pilih perniagaan yang tidak memakan terlalu banyak masa

Bila kita mahu memulakan perniagaan, tambahan kalau korang adalah suri rumah tangga yang mempunyai anak. Tentulah masa menjadi masalah korang. jadi pilih lah perniagaan yang korang tak perlu habiskan berjam jam hanya untuk perniagaan, tetapi korang boleh tetapkan masa untuk menjalankan perniagaan korang.

Sebagai contoh, kalau korang buat perniagaan Shaklee, korang boleh set kan post post korang di sebelah malam, sewaktu anak anak sudah pun tidur, di saat semua tugasan rumah sudah pun selesai. Korang juga boleh mencuri curi masa waktu anak anak tidur untuk siapkan blog korang. Semua ini hanya perlukan jadual yang ringkas. Perniagaan korang akan rasa lebih lancar dan tenang.

Cik Ta rasa cukup setakat ni dulu perkongsian kali ni. Line internet tak berapa nak elok. Bimbang pulak apa yang Cik Ta dah taip ni, hilang bersama internet yangtenggelam timbul.

Dan untuk pengetahuan korang, Cik Ta memilih perniagaan Shaklee ni kerana ianya tidak terlalu mengongkong, kita buat kita dapat. Cik Ta masih bekerja, dan Cik Ta juga menjalankan perniagaan makanan secara kecil kecilan. Cik ta juga mempunya 4 orang anak yang masing masing masih perlukan perhatian dari Cik Ta.

Tetapi Shaklee sangat memberi peluang perniagaan yang besar pada Cik Ta. Sayang Perniagaan Shaklee. Sayang sangat.

Jangan segan silu untuk menghubungi Cik Ta untuk membeli produk Shaklee atau korang nak daftar untuk menjadi ahli Shaklee. Jangan malu-malu ya.


Cik Ta
♥Shaklee Independent Distributer ID No. 1139990
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 019-5723346
♥zuabdkarim@gmail.com

♥www.facebook.com/zuritaabdulkarim 






Comments

Popular Posts