8 NUTRIEN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL
Assalamualaikum.
Semua ibu hamil sangat menitikberatkan pengambilan vitamin dan mineral dalam pemakanan harian. Apabila usia kandungan meningkat, keperluan nutrien juga turut meningkat. Ini penting untuk menjamin kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
8 Nutrien Terbaik Untuk Ibu Hamil
Protein
Protein ni memainkan peranan penting dalam menghasilkan sel sel darah. Protein boleh diperolehi daripada daging, ikan, telur dan kekacang.
Karbohidrat dan lemak
Perlu ke? Sementinya sangat diperlukan untuk membekalkan tenaga pada tubuh setiap hari sekali gus menjadikan tubuh tidak mudah penat.
Kalsium
Ketika hamil, kalsium memang penting untuk membuat pertumbuhan bayi serta melindungi anda daripada risiko osteoporosis. Jika keperluan kalsium tidak mencukupi, kekurangan kalsium itu akan diambil daripada tulang korang. Makanan yang banyak mengandungi kalsium adalah sayur sayuran hijau dan kekacang. Ketika ini, kalsium paling baik diperoleh daripada susu serta produk olahannya. Susu juga mengandungi jumlah vitamin yang tinggi seperti vitamin A, D, B2, B3 dan Vitamin C
Zat Besi
Ia sangat penting dalam membantu proses menghasilkan sel sel darah merah. Paling utama lagi ialah mencegah timbulnya anemia. terdapat pada sayur sayuran hijau seperti bayam, kangkung, daging dan hati.
Asid Folik
Berdasarkan beberapa penemuan pakar kesihatan, wanita hamil yang kekurangan asid folik besar risikonya mengalami risiko keguguran ataupun kerosakan pada janin.
Vitamin B Kompleks
Berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal. Boleh diperoleh daripada biji-bijian, kekacang, sayur-sayuran hijau, telur dan produk tenusu.
Vitamin D
Bermanfaat untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi korang. Sumbernya terdapat pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.
Vitamin E
Ia berguna bagi pembentukan sel darah merah yang sihat. Makanlah biji bijian terutamanya gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur sayuran hijau.
Nampak tak? Penting kan nutrien untuk ibu hamil. Cuma selalunya ada ibu yang tak boleh nak makan makanan tertentu kerana pembawakan. Mereka akan rasa loya, pening dan muntah.
Jadi untuk memastikan ibu hamil dan bayi dalam kandungan mendapat nutrien yang secukupnya, korang boleh amalkan SET KEHAMILAN PREMIUM SHAKLEE. Satu SET yang cukup lengkap dengan semua nutrien yang telah di senaraikan. Mudah, ringkas dan sangat lengkap.
⏩ 019-5723346
Atau di FB Cik Ta
⏩ Zurita Abdul Karim
Jangan runsing, jangan bimbang, Cik Ta bantu semampu yang boleh ye.
Comments
Post a Comment