5 SIMPTOM DAN 10 PANTANG LARANG VERTIGO
Apa khabar semua? Entry kali ni Cik Ta nak cerita sikit lagi pasal VERTIGO ni, nak cerita pasal Simptom2 Vertigo dan 10 Pantang Larang bagi sesiapa yang mempunyai masalah Vertigo ni. Cik Ta dah pernah cerita sikit pada entry yang lepas VERTIGO OH VERTIGO.
Jom kita mulakan dengan simptom2 Vertigo dulu ye... Vertigo merupakan gangguan
keseimbangan yang menyebabkan penderita merasa pening/pusing dan lemah. Keseimbangan
tubuh ketika berdiri dan berjalan dikendalikan oleh bahagian dalam telinga. Bahagian
ini sangat penting bagi hampir semua jenis kehidupan untuk menjaga keseimbangan
tubuh. Bahagian dalam telinga yang mengawal keseimbangan tubuh adalah
vestibular. Selain merasa lemah, penderita juga akan mengalami rasa mual dan muntah. Gangguan ini terjadi secara tiba-tiba, keadaan,
penglihatan kabur dan akhirnya jatuh pengsan.
Simptom utama orang terkena vertigo adalah ketika orang pergi ke tempat yang lebih tinggi, seperti gunung. Selain itu, ada beberapa alasan lain yang menyebabkan orang terkena vertigo seperti dijelaskan di bawah ini:
Simptom utama orang terkena vertigo adalah ketika orang pergi ke tempat yang lebih tinggi, seperti gunung. Selain itu, ada beberapa alasan lain yang menyebabkan orang terkena vertigo seperti dijelaskan di bawah ini:
Simptom Utama Vertigo
1. Terjadinya masalah keseimbangan pada telinga dan gangguan dalam otak
Terjadinya masalah
keseimbangan pada telinga membuat benign paroxysmal positional
vertigo. Masalah tersebut akan mewujudkan pergerakkan yang luar biasa,
misalnya mata seolah-olah membelok ke arah telinga, pening dan lemah.
2. Tekanan Darah Rendah
Vertigo juga bisa disebabkan
kerana tekanan dalam darah rendah. Apabila otak kurang aliran darah, kita akan merasa pening dan vertigo pun terjadi.
3. Vertigo Kerana Migrain
Migrain merupakan salah salah
satu faktor utama penyebab vertigo. Ini kerana migrain mengakibatkan
sakit kepala luar biasa, yang menyebabkan terjadinya vertigo.
4. Vertigo Yang Disebabkan Infeksi Telinga
Vertigo yang disebabkan oleh infeksi telinga, merupakan jenis vertigo paling serius. Keradangan yang berlaku sangat bahaya untuk kesetimbangan, sehingga boleh menyebabkan berlakunya vertigo. Vertigo ini paling serius kerana jika vertigo jenis ini tidak dirawat, ia akan mengakibatkan gangguan pada pendengaran.
5. Vertigo Yang Berlaku Akibat Cedera Pada Leher atau Cedera Pada Kepala
Leher atau kepala yang cedera boleh menyebabkan vertigo. Tapi, kesannya boleh disembuhkan, seiring dengan penyembuhan cederanya.
Cukup kot ye Cik Ta cerita 5 Simptom je... Karang penat plak mata membaca. Sekarang Cik Ta nak sambung plak cerita bab Pantang Larang Vertigo... Jommm...
10 Pantangan Larang Untuk Penyakit
Vertigo
Sebagai penderita vertigo, sangat perlu dan wajib menjaga pemakanan agar
penyakit tidak menjadi lebih parah. Siapa yang tak rasa terganggu dengan rasa pening berpusing-pusing sehingga mual. Selain mengganggu aktiviti harian, badan kita juga menjadi lemah. Oleh itu penderita vertigo yang berada di tahap kronik wajib atau perlu sentiasa berteman kerana bimbang jatuh secara tiba-tiba. Selain dari sentiasa berada dalam pengawasan, seperti yang Cik Ta katakan tadi makanan juga perlu di jaga. Terutamanya tentang pemakanan – makanan apa yang harus dielakkan oleh penderita vertigo.
1. Daging
Penderita penyakit vertigo
disarankan untuk mengelak pengambilan daging – seperti daging merah
ataupun daging putih. Pengambilan daging akan menambah kadar kolesterol dalam tubuh
dan menyebabkan tahap kesihatan penderita vertigo menjadi semakin parah. Sekiranya nak juga makan daging... cuba lah dalam kuantiti yang sangat kecil.
2. Organ Dalaman Haiwan (Hati, Limpa, Peparu dll)
Masyarakat kita memang terkenal suka dengan organ dalaman, contohnya, hati, limpa, peparu dan macam2 lagi. Tambah2 time kenduri kendara dengan musim perayaan, buat rendang la, sambal la... hehehe. Tapi harap maklum, bahawa didalam organ dalaman tersebut terdapat kandungan kolesterol yang sangat tinggi. Oleh itu, penderita Vertigo seeloknya mengelak dari mengambil organ dalaman ini.
3. Makanan Bersantan
Masyarakat di Malaysia memang terkenal dengan makanan bersantan. Perlu diingatkan, santan juga dapat menambah kandungan
kolesterol dalam tubuh. Tambah2 bagi penderita vertigo yang sangat sensitif
tubuh badannya.
4. Masakan Bergoreng
Makanan yang digoreng juga
wajib dihindari bagi penderita penyakit vertigo. Minyak sayur tidak begitu baik
untuk tubuh kita. Sekiranya teringin sangat nak makan makanan yang digoreng perhatikan minyak
yang digunakan, seeloknya gunakan minyak zaitun atau yang lebih baik tentulah makanan yang direbus atau dikukus.
5. Kopi
Kopi mengandungi kafien yang tinggi. Bagi penderita vertigo, mengambil kopi akan menyebabkan rasa mual mengkonsumsi kopi dapat
menimbulkan rasa mual disebabkan perut yang lemah dan sensitif. Seeloknya perbanyakkan minum air kosong.
6. Makanan Berasaskan Nasi
Hidangan yang berasakan nasi seperti nasi lemak dan nasi minyak dan nasi2 yang berperasa juga patut dielakkan kerana kandungan santan dan rempah yang banyak boleh mencetuskan berlakunya vertigo.
7. Makanan Manis
Penderita penyakit vertigo juga wajib menghindari makanan yang terlalu manis seperti cokelat, gula-gula, dan lainnya. Makanan yang terlalu manis akan menyebabkan kandungangula meningkat dan menyebabkan berlakunye masalah kesihatan. Tambahan penderita vertigo sememangnye sensetif dengan makanan manis dan mudah merasa pening.
Begitu juga dengan minuman, seboleh-bolehnya penderita vertigo cuba elakkan minuman yang manis dan sejuk. Seeloknya, minumlah minuman yang lebih menyihatkan pada suhu biasa ataupun suam. Minuman yang manis dan sejuk akan menyebabkan rasa sakit kepala secara tiba-tiba dan berlanjutan sehingga berlakunya rasa mual(Bagi penderita vertigo).
Penderita Vertigo sepatutnya mengelak atau tidak langsung mengambil/makan buah-buahan seperti durian, nangka dan beberapa jenis buah yang lain yang mempunyai kulit yang tebal. Ini kerana, buah-buahan berkulit tebal mempunyai gula yang tinggi dan mengandungi gas yang akan mengganggu perut. Apabila perut terganggu rasa mual akan timbul.
Alkohol dan rokok menjadi
salah satu punca seseorang menderita vertigo. Kita sememangnya tahu kedua-dua benda ini memberi kesan buruk pada kita walaupun kita bukan pengidap vertigo.
Sememangnya sukar untuk mengelak dari makanan dan minuman ini. Tetapi sekiranya kita dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat, tidak mustahil kita akan biasa dengan pantang larang ini. Lagipun masih banyak makanan lain yang boleh diambil oleh penderita vertigo kan, dan dari pandangan saya, makan diatas bukan sahaja tidak sesuai kepada penderita vertigo, tetapi juga kurang sesuai untuk sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan.
Jadi... jom kita sama-sama menjaga kesihatan...
Berminat dengan produk Shaklee?
Boleh hubungi Cik Ta di
019-5723346, (Whatsapp/Wechat/Telegram/Sms)
FB Cik Ta: Zurita Abdul Karim
Nak email??? Pon boleyyyy
zuabdkarim@gmail.com
Omg jadi ape je yg boleh dimakan๐
ReplyDeleteSemua ku makan tuu ๐
ReplyDeleteMau makan apa la tu
ReplyDeleteSya juga ada vertigo tpi tahap ringan. Kurang tidur rasanya, sbb bila bangun pun pusing. Tunduk kepala juga tiba2 pusing. Apa makanan yg boleh di makan? Sya pengemar nescafe, setiap pagi harus ada nescafe.
ReplyDeleteKerap kena vertigo. Semua atas ni mmg makanan kegemaran. Serba tak kena bila nak buat keja. Allahu...mmg stress sangat..๐ญ๐ญ๐ญ
ReplyDeleteI feel you.. Sy dah kerap bnyk kali... Paling xbest kpala tgh berputar oastu muntah2.. Hate this feeling
DeleteAdakah boleh sembuh vertigo ni...
ReplyDeleteAdakah boleh sembuh vertigo ni..
ReplyDeletesaya penghidap vertigo dari zaman belajar hingga bekerja...memang terasa x senang bila tiba2 vertigo menyerang...biasa bila ada tanda2 saya akan minum air putih dalam kadar yang banyak...saya ada juga makan pil yang boleh beli kat farmasi...
ReplyDelete