11 PANDUAN UNTUK HAMIL

Cuti sekolah nak mula dah ni. Ramai la bakal bakal pengantin yang sedang buat persiapankan. Ni Cik Ta nak kongsikan sedikit panduan untuk hamil. Ikhtiar tu tak salah. Kan?

Kalau korang takde masalah kesihatan, takde masalah kesuburan, korang boleh la cuba ikut panduan ni ye. Bagi yang ada masalah kesihatan dan masalah kesuburuan, sila rujuk pada Pakar terlebih dahulu.

11 Panduan Untuk Hamil

1. Fahami Proses Kehamilan

Sekiranya haid korang teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovary dan jika dalam masa yang tersebut korang melakukan hubungan intim, sperma daripada faraj akan berenang ke dalam Rahim dan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran tiub fallopio

Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan.

2. Berjumpa Doktor

Seeloknya korang, suami dan isteri, berjumpa doktor untuk memastikan korang tiada sebarang masalah kesihatan.

Bagi wanita, sekiranya korang menghadapi masalah cyst, endometriosis atau fibroid, ini akan menjadi punca korang sukar hamil. Jadi seeloknya berjumpa dengan doktor ya.

3. Amalkan Pemakanan Seimbang

Amalkan pengambilan lemak mono tak tepu dan kurangkan lemak trans yang biasanya terdapat dalam makanan segera. Lebihkan pengambilan PROTEIN daripada sayur sayuran.

Untuk korang yang sangat sibuk untuk mengatur cara makanan seimbang dan lengkap dengan protein, korang boleh ambil ESP Shaklee, yang mana ESP ni mengandungi protein yang lengkap untuk tubuh korang.

4. Mengambil Multivitamin

Semua wanita merancang untuk hamil adalah sangat disyorkan untuk mengambil ASID FOLIK, ini untuk mengurangkan risiko kecacatan janin.

Korang boleh mengambil B Complex Shaklee yang lengkap dengan 9 jenis vitamin B termasuk Asid Folik.

Bagi lelaki pula, sangat digalakkan mengambil supplement Zink dan sclenium yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran sperma.

Untuk lelaki, boleh amalkan pengambilan Vita Lea Shaklee, yang mengandngi kandungan zink yang mencukupi untuk keperluan tubuh seharian.

5. Dapatkan Berat Badan yang Ideal

Jika korang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan, ia mungkin mengganggu tahap kesuburan korang.

6. Bersenam Secara Teratur

Untuk menjadi seseorang yang sihat, korang suami dan isteri perlulah kerap bersenam.

7. Ketahui Waktu Subur

Hari subur hanya berlaku 4 ke 5 hari sebulan. Jika korang dapat ketahui waktu subur dengan lebih tepat, peluang untuk hamil adalah lebih besar.

Sekarang ada cara lebih mudah, korang boleh beli sahaja kit ovulasi di farmasi untuk mengetahui waktu subur.

8. Kerap Berasmara

Melakukan hubungan dengan lebih kerap, membuka peluang untuk hamil dengan lebih cepat. Pada hari kesuburan, seeloknya lakukan hubungan setiap hari.

9. Tingkatkan Kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap yang paling optimum dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Ini termasuk mengamalkan makanan seimbang, mempunyai berat badan ideal dan kerap melakukan hubungan.

10. Kurangkan Tekanan

Terlalu tertekan akan mengganggu kesuburan. Jadi korang boleh cuba kurangkan tekanan dengan melakukan aktiviti ringan seperti bersenam, medengar muzik, membaca dan sebagainya. Korang boleh juga ke spa atau seumpamanya.

11. Jauhi Dadah, Rokok dan minuman Keras

Merokok, mengambil dadah dan meminum minuman keras akan memberi kesan terhadap kesuburan. Selain dari itu, ianya memberi risiko untuk keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan sebarang ubat yang korang ambil adalah selamat dan mengikut arahan doktor.

Cukup 11 panduan untuk korang. Entry akan dating Cik Ta akan sentuh tentang Punca Ketidak Suburan pulak. Stay tuned ya.

Apa pun, seeloknya, pastikan tubuh badan korang menerima nutrisi yang secukupnya. Sekiranya korang sedar pemakanan seharian korang tidak mampu membekalkan nutrisi yang mencukupi, korang boleh amalkan pengambilan supplement.

Tetapi pastikan supplement yang korang pilih itu, SELAMAT, di buat dari bahan SEMULAJADI dan BEBAS BAHAN KIMIA BERBAHAYA.

Untuk memudahkan korang, Cik Ta sangat syorkan korang memilih produk Shaklee yang mana ianya diyakini tahap keberkesanan dan keselamatannya.

Jangan segan silu untuk menghubungi Cik Ta untuk membeli SET KESUBURAN/SET SUAMI ISTERI ni tau atau korang nak daftar untuk menjadi ahli Shaklee. Jangan malu-malu ya.


Cik Ta
♥Shaklee Independent Distributer ID No. 1139990
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 019-5723346
♥zuabdkarim@gmail.com



♥www.facebook.com/zuritaabdulkarim 




Comments

Post a Comment

Popular Posts