CERAHKAN KULIT CARA SELAMAT





Kulit gelap itu cantik, tapi kulit gelap separuh cerah separuh itu nampak pelik. Tapi nak buat macam mana, 'sunburn' tak boleh nak elak. Jadi, kali ni Cik Ta nak kongsi dengan korang bagaimana nak cerahkan kulit cara selamat. Selamat yang macam mana? mestilah yang bebas bahan kimia berbahaya kan.

Cik Ta kongsi cara yang Cik Ta selalu buat ye, kulit Cik Ta memang mudah kena 'sunburn' almaklumla, kerja dekat kawasan pantai. Susah juga tau nak hilang kesan 'sunburn' ni. Tapi apa pun, biar lambat asalkan selamat.

1. Lemon + Madu

Cik Ta ambil jus lemon tu sahaja, lebih kurang 1 sudu dan campurkan dengan sedikit madu. Kemudian sapu keseluruh muka. Pastikan korang bersihkan muka sebelum sapu campuran ini.

Biarkan lebih kurang 15-20 minit. Kemudian bilas.

Kenapa guna lemon? Sebab lemon tinggi kandungan vitamin C dan menjdi agen pemutih semulajadi, dan madu pula bertindak sebagai pelembab

2. Timun + Madu

Cik Ta suka guna timun juga, sebab timun ni menyejukkan kulit, dan membantu mengurangkan kesan 'sunburn'.

Caranya, Cik Ta sagat atau kisarkan timun tersebut, kemudian campurkan sedikit madu, dan lumurkan keseluruh wajah.

Biarkan seketika, lebih kurang 15-20 minit juga. Kemudian bilas. Sebelum bilas, Cik ta suka gosokkan sikit timun tadi jaikan seperti scrub. Kesannya, sangat berbaloi.

3. ESP + Yogurt

Cara ni pun salah satu cara kegemaran Cik Ta. Puas hati dan berbaloi. Sesudu besar ESP Shaklee dan tambah satu sudu besar yogurt asli. Campur sebati dan sapu ke seluruh wajah.

Biarkan selama 20-25 minit. Kemudian bilas. Segar je rasa

4. Mengamalkan Pengambilan Vitamin

Selain merawat dari luar, dalaman juga kita perlu rawat. Amalkan pengambilan vitamin secara konsisten, terutamanya Vitamin C, B Complex, GLA Complex, ESP Shaklee, Kolagen Shaklee dan Vivix.

Tapi Cik Ta cuma amalkan Vitamin C, B Complex, GLA Complex dan ESP Shaklee.

Walaupum kesannya agak lambat dengan Cik Ta, tapi ianya tetap berhasil.

Cik Ta lebih pentingkan kesan jangka masa panjang sebenarnya.

5. Minum Air Kosong

Amalkan pengambilan air kosong sekurang kurangnya 3 liter sehari. Kenapa? Sebab air kosong sangat membantu untuk membuang sisa sisa yang tidak di perlukan oleh tubuh, dan membantu untuk mencerahkan kulit.

Rasanya cukup dulu 5 cara cerahkan kulit cara selamat ni. Lain kali Cik Ta kongsi lagi di entry yang lain ye.


Jangan segan silu untuk menghubungi Cik Ta untuk membeli SET KULIT CERAH ni tau atau korang nak daftar untuk menjadi ahli Shaklee. Jangan malu-malu ya.





Cik Ta
♥Shaklee Independent Distributer ID No. 1139990
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 019-5723346
♥zuabdkarim@gmail.com



♥www.facebook.com/zuritaabdulkarim 






Comments

Popular Posts