4 Tips Bisnes Online
Dah lama Cik Ta berniaga online sebenarnya. Jadi kali ini, Cik Ta nak kongsikan 4 Tips Bisnes Online dengan korang. Ini tips paling asas yang korang perlu ada jika mahu membuat bisnes online.
Jom! kita terus kepada Tips Bisnes Online
1. Kenal Siapa Pelanggan Kita
Kenapa nak kena kenal? Mesti lah. Kalau korang jual produk solekan, tudung atau peralatan untuk wanita, takkan la korang nak promote pada kaum adam kan. Mesti la kita promote pada wanita.
Jika kita jual produk kesihatan, kita perlu lebihkan senarai kawan kawan tak kira samada di facebook atau Instagram dengan orang yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan.
Jika kita promote pada orang yang sihat, peratus untuk promosi kita di tolak adalah hampir 75%.
Jadi, pertama sekali, mesti kena kenal siapa pelanggan kita
2. Jual Diri
Jual diri bukan jual maruah ye. Hehehe. Bukan apa, mula mula Cik Ta dengar perkataan ni, Cik Ta pun terkejut juga. Macam mana nak buat?
Jual diri ni sebenarnya, kita kena bagi kawan kawan online kita ni kenal siapa kita. Kehidupan kita, aktiviti harian kita.
Lain la kalau kita ni artis, sememangnya dah terkenal. Sebab tu kalau korangtengok, artis jual la apa pun, cepat je viralnya.
Jadi, kita yang bukan artis ni, perlu la tonjolkan diri untuk orang luar lebih mengenali kita, dan secara tidak langsung mempercayai kita.
Kepercayaan itu yang kita mahu sebenarnya.
3. Posting Pada Waktu Puncak
Mana nak tau bila waktu puncak? Haaa. Sebenarnya ada waktu puncak online ni yang kita tak tau. Kita tak perasan sebenarnya.
Contoh, kita masuk kerja pejabat biasanya jam 8 kan? Jadi sebelum jam 8 kalau kita dah sampai di pejabat biasanya kita scroll facebook atau Instagram sekejap kan. Itu adalah salah satu waktunya.
Jadi cuba korang tetapkan setiap 5 minit sebelum jam 8 korang dah buat satu posting. Dan biasanya posting pagi ni berunsurkan motivasi dan ucapan salam. Itu pun sudah cukup sebenarnya.
4. Katakan TIDAK pada post yang negatif
Ini perkara penting. Korang jangan la suka sangat marah marah dekat facebook atau IG korang. Jangan suka merungut, jangan suka mengeji atau mencaci. Orang tak suka tau.
Memang tidak di nafikan, post post negatif ni kadang kadang memang dapat banyak like, banyak komen, tapi pada pembeli, itu adalah perkara negatif yang merosakkan kepercayaan mereka pada kita.
Jadi please behave dekat wall korang bila berniaga online okay.
Cukup la tu untuk setakat ni. 4 tips ni memang Cik Ta amalkan sejak Cik Ta mula berniaga online, terutama Shaklee. Jual benda baik, kita pun mesti jadi baik okay.
Jumpa lagi ya di entry yang lain.
Cik Ta
♥Shaklee Independent Distributer ID No. 1139990
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 019-5723346
♥zuabdkarim@gmail.com
♥www.facebook.com/zuritaabdulkarim
Comments
Post a Comment