Kenapa Bisnes Shaklee Best
Assalamualaikum.
Kenapa Bisnes Shaklee Best, ni lah tajuk entry Cik Ta kali ni. Kalau best mesti ada sebabkan. Benda baik kita mesti kongsi dengan kawan kawan kan.
Kenapa Cik Ta kata Bisnes Shaklee ni best? sebabnya kalau tak best takkan la Cik Ta bertahan sehingga ke hari ni, Cik Ta join Shaklee ni pada Apri 2014 sehingga la sekarang. Naik turun Shaklee, gosip gosip Shaklee semua sudah Cik Ta telan. Menarik sebenarnya pengalaman dengan Shaklee ni tau.
Korang tau, Cik Ta ni suka berniaga, tak kira la apa pun, selagi mana perniagaan tu boleh mendatangkan kebaikan pada orang lain, Cik Ta akan buat. Sama lah macam Shaklee ni. Cik Ta ni bukan pengguna setia Shaklee sebelum ni tau. Cik Ta memang anti dengan vitamin vitamin ni. Pada Cik Ta, vitamin ni merepek je.
Setakat nak dapatkan khasiat, makan sayur, ikan, ayam pun boleh dapat khasiat. Itu yang Cik Ta fikir masa tu. Bila Cik Ta join Shaklee, apa pun program yang Shaklee buat, tambahan kalau program berkaitan kesihatan atau produk, Cik Ta mesti pergi. Cik Ta nak ilmu tu.
Masa tu barulah Cik Ta belajar, realiti pemakanan kita hari ini, sihat ke tak sihat. Betapa pentingnya vitamin pada kita untuk memastikan kita mendapat kesihatan yang berpanjangan. Pilihan di tangan kita, samaada nak keluarkan kos untuk terus sihat atau nak sakit dulu, keluarkan kos untuk sakit dulu, dan kemudian baru keluarkan kos untuk kesihatan berpanjangan.
Cik Ta banyak belajar dengan Shaklee ni sebenarnya. Walaupun bukan direct dengan Shaklee, tapi asbab bertemu Shaklee tu. Cik Ta dapat ramai kawan baru. Cik Ta juga dapat 'Cikgu' yang sudi ajar pasal blog, facebook page, instagram, cara berniaga dan macam macam lah. Kalau korang nak tau, atau korang tak percaya, join la Shaklee ngan Cik Ta, tu la masa tu, nak percaya ke tidak.
Shaklee ni bila kita dah kenal, sebenarnya kita tak boleh nak 'move on' dengan produk lain tau. Kita akan jadi sangat cerewet. Banyak soalan yang akan keluar bila kita cuba nak intai intai produk lain. Kenapa? Ye lah, cuba korang buktikan yang produk lain selain Shaklee yang ade 'Landmark Study'? Takde punye, walaupun produk tu korang dah kenal sejak kecil lagi. Kalau korang nak baca pasal 'Landmark Study' Shaklee, korang klik je link ni Landmark Study
Cik Ta dulu main beli je vitamin, tapi bila tak rasa kesannya, buang. Tapi dengan Shaklee TIDAK sama sekali. Korang nak tau, dulu suami Cik Ta sebelah mata pun tak pandang Shaklee ni, tapi selepas dia rasa kesan Shaklee tu pada diri sendiri, baru dia sedar. Alhamdulillah. Suam Cik Ta ni ada masalah ulat air kata orang, yang kat celah jari kaki tu, teruk juga la, sampai berdarah. Macam macam krim dia dah cuba, pakar pun dah jumpa. Doktor pakar tu siap cakap, selagi suami Cik Ta pakai kasut kerja jenis boots tu, selagi tu la masalah tu takkan selesai.
Yelah, isteri kan, mana boleh tengok suami tu sakit sikit, Cik Ta pun hulur Herbal Blend, dia tengok Cik Ta atas bawah tau. Pastu katanya, Herbal Blend tu tak bolehnye tolong, sebab krim yang ade steroid pun taka berkesan. Cik Ta kata, cuba dulu. Dalam acuh tak acuh je dia ambik juga Herbal Blend tu sapu kat luka. Petang bila balik kerja, nampak dia happy. Cik ta tanya la, apa hal happy semacam. Terus suami kata, eh, bagus la krim tu, tak pedih la luka tu.
Nah! Mula dengan herbal blend, lepas tu sekarng berebut Ostematrix dengan Cik Ta. Siap untuk anak anak tu Mealshakes, siap ingatkan tiap tiap bulan kena masuk senarai barang penting anak anak. Oh! Satu lagi Omega Guard, suami Cik Ta perasa, sejak anak anak amalkan supplement, mereka jarang sakit. Demam pun tidak. Cik Ta syukur sangat Allah dah bantu Cik Ta menjaga kesihatan anak anak. Allah buka hati Cik Ta dan suami untuk amalkan produk Shaklee. Dengan izinNya, kami sekeluarga sentiasa sihat.
Ni lah sebabnya Cik Ta suka bisnes Shaklee, selain berniaga, dapat ilmu, dapat kesihatan, dapat kawan baru dan dapat macam macam pengalaman. Dengan Shaklee juga Cik Ta berjaya menjadi seorang Founder yang tak perlu pun keluarkan modal yang besar, dengan nama Invictus Group Cik Ta akan sedaya upaya memajukan bisnes Shaklee Cik Ta ni.
Panjang betul rasanya entry Cik Ta kali ni. Makanya, cukup lah duu setakat ni ye. Jumpa lagi di entry yang lain ye.
Jangan segan silu untuk menghubungi Cik ta untuk membeli produk Shaklee atau korang nak daftar untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya..
Cik Ta
♥Shaklee Independent Distributer ID No. 1139990
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 019-5723346
♥zuabdkarim@gmail.com
♥www.facebook.com/zuritaabdulkarim
Bestnya bisnes shaklee sebab ia flexible.. I like...😍
ReplyDelete