VIVIX DAN KESUBURAN

Assalamualaikum.



Entry Cik Ta hari ni masih pada tajuk kesuburan. Apa kaitan VIVIX dan kesuburan? Apa fungsi VIVIX yang boleh bantu masalah kesuburan? Inilah yang Cik Ta nak kongsi dengan korang kali ni.

VIVIX memang terkenal dalam produk Shaklee. Kiranya produk killer Shaklee la. Disebabkan sifat utama VIVIX ini membantu memperbaiki sel sehingga ke peringkat DNA, jadi, VIVIX digunakan sebagai ikhtiar untuk pelbagai masalah kesihatan.

Kali ni kita tengok, macam mana VIVIX berfungsi dalam membantu masalah KESUBURAN. Kita tau yang dalam VIVIX terdapat RESVERATROL dan POLIFENOL. Resveratrol ini dapat membantu meningkatkan tahap mitokondria.

Mitokondria ini adalah penjana tenaga sel dan ianya ada pada ovum dan sperma. Ovum mempunyai cytoplasm yang besar dan mengandungi nutrien dan mitokondria yang diperlukan untuk pembahagian sel (mitosis) selepas persenyawaan.

Setiap sperma juga mempunyai mitokondria (di mana pernafasan berlaku) untuk melepaskan tenaga yang diperlukan untuk perjalanannya ke ovum. Di sini sperma memerlukan kekuatan untuk sampai ke garisan penamat, kerana jangka hayat sperma sangat pendek. Hanya sperma yang sihat, kuat dan laju sahaja yang akan sampai ke ovum.

Korang faham tak ni. Bagus... fahamkan. Beginilah VIVIX berfungsi membantu menyelesaikan masalah kesuburan.

Untuk mendapatkan cahaya mata, suami isteri mesti berusaha bersama sama. Sebab masalah sebenar kita tak pasti melainkan korang telah pun menjalankan pemeriksaan di mana mana klinik pakar O&G.

Bagaimanapun, walau pada siapa masalah kesuburan ni berlaku pun, elok lah kalau kedua dua suami isteri sama sama menjaga kesihatan yang baik. Sama sama sihat sama sama bahagia.

Sebelum tamat entry ni, jom cuci mata dengan testimoni dibawah.





Kalau korang nak cuba VIVIX ni, korang boleh hubungi Cik Ta melalui

» 019.5723346«

Atau korang boleh add Cik Ta di FB korang

»Zurita Abdul Karim«

Seeloknya korang amalkan sekali SET KESUBURAN SHAKLEE untuk result yang lebih umpphhh.

Okay, jumpa lagi yaaa.

Comments

Popular Posts