13 Sebab Kenapa Perlu Bersalin Secara Pembedahan

Assalamualaikum.



Yeah! Apa khabar semua? Sihat ya! Okay, Hari ni Cik Ta nak kongsi dengan korang 13 Sebab kenapa Perlu Bersalin Secara Pembedahan.

Dengar je bersalin secara pembedahan, ibu ibu mesti rasa kecut perut. Ya! Cik Ta faham perasaan tu, sebab apa, CIk Ta pernah hadapi waktu kecut perut tu. Huhuhu! Masa tu Cik Ta cuma fokus supaya anak yang nak dilahirkan tu selamat, cukup. Kalau fikir banyak banyak, harus la jadi takut kan.

Pembedahan Caesarean atau turut dikenali sebagai C-Section adalah prosedur pembedahan yang dilakukan apabila proses kelahiran melalui faraj tidak dapat dilakukan, tidak selamat dan kesihatan ibu dan bayi berada daalm risiko.

Melalui prosedur ini, bayi akan dilahirkan melalui pembedahan yang dilakukan di bahagian abdomen. Tujuan utama doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan Caesarean ialah untuk menyelamatkan nyawa kandungan dan ibu sendiri

Pembedahan merupakan jalan yang paling selamat untuk ibu yang menghadapi komplikasi waktu melahirkan berbanding bersalin secara normal.

Jom tengok 13 Sebab Kenapa Perlu Bersalin Secara Pembedahan



1. Ibu tidak berupaya untuk bersalin secara normal. Faktor ini yang sering kali berlaku. Dianggarkan satu daripada tiga kes Caesarean yang dijalankan adalah disebabkan oleh proses bersalin terlalu lambat atau berhenti sama sekali. Punca masalah ini berlaku adalah seperti konraksi uterus tidak berlaku dengan baik dan tidak mampu mengembangkan bahagian serviks atau kepala bayi terlalu besar. Masalah ini di kenali sebagai cephalopelvis disproportion (CPD)  iaitu keadaan tulang rangka pelvis ibu yang sempit. Dengan yang demikian, pembedahan adalah kaedah kelahiran yang lebih selamat.

2. Degupan jantung bayi tidak normal ketika bersalin. Ini berkemungkinan menunjukkan bayi tidak menerima bekalan oksigen mencukupi kerana uri menjadi mampat atau plasenta tidak berfungsi dengan baik. Sehubungan itu, rentak degupan jantung yang tidak normal ini juga boleh berlaku walaupun bayi tidak mengalami sebarang masalah.

3. Ibu mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit paru paru atau tekanan darah tinggi. Biasanya ibu akan diberikan induksi untuk bersalin lebih awal. Namun, kadang kadang induksi awal ini menyebabkan kegagalan serviks mengembang sehingga ibu perlu menjalani pembedahan.

4. Bayi dalam keadaan songsang atau melintang. Jika dipaksa untuk bersalin dalam keadaan songsang, uri mungkin keluar terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan bekalan oksigen bayi terputus. Kepala bayi juga mungkin terperangkap dalam saluran peranakan walaupun bahagian badan lain dapat keluar dengan mudah.



5. Kandungan kembar dua atau tiga. Namun, dalam sesetengah kes ada ibu yang bersalin secara normal, tetapi semunya bergantung kepada kedudukan, berat bayi dan usia kandungan. Sehubungan itu, kajian menunjukkan kembar kedua yang dilahirkan secara normal berhadapan dengan risiko kematian akibat komplikasi ketika bersalin.




6. Tali pusat terlilit pada leher atau badan bayi. Dalam pada itu, tali pusat bayi juga berkemungkinan terbelit di antara kepala bayi dan tulang pelvik ibu.

7. Ibu pernah melahirkan anak secara pembedahan caesarean dalam kelahiran yang lalu. Walaupun ibu berpeluang untuk melahirkan bayi secara normal, namun faktor ini tetap diambil kira oleh doktor. Ini kerana ada segelintir wanita tidak berupaya untuk melahirkan bayinya secara normal. Maka ibu perlu menjalani pembedahan. Faktor yang memungkinkan pembedahan caesarean dilakukan termasuklah jenis pemotongan rahim yang dilakukan sewaktu kelahiran yang lalu.



8. Bayi mengalami masalah perkembangan seperti kecacatan tulang belakang (myelomeningocele) atau otak (hydrocephalus).

9. Ibu belum menunjukkan tanda mahu bersalin walaupun sudah melepasi tarikh yang dijangkakan.

10. Melindungi bayi daripada jangkitan virus seperti herpes simpleks yang biasanya menjangkiti mulut, mata dan kemaluan bayi.



11. Plasenta tertanggal daripada dinding rahim sebelum bayi dilahirkan (abruption placenta).



12. Plasenta previa (plasenta di bawah). Dalam keadaan ini, plasenta mungkin menutupi dinding rahim sehingga menghalang bayi daripada keluar melalui serviks.



13. Air ketuban berkurangan.

Fuh! 13 sebab yang Cik Ta dah senaraikan, harap harap, kalau ada ibu ibu yang terpaksa melakukan C Section ni, jangan la risau ye. Apa yang kita nak, ibu dan bayi sama sama selamat.

Kalau korang bimbangkan cara berpantang tu, hakikatnya sama sahaja, sikit je bezanya pun. Kalau nak kata sakit bersalin pembedahan ni lama, ada juga yang bersalin normal mengalami sakit dibahagian lain juga selepas bersalin. Jadi jangan terlalu berfikiran negatif. Twist sikit ke arah yang positif. In Syaa Allah. Doa dan tawakal selalu padaNya ya.

Cik Ta sendiri pun dah melalui 2 kali C section ni. Tak dijangka, dan tak di rancang. Tapi perancangan Allah S.W.T itu lebih baik. Alhamdulillah, sepanjang berpantang tiada masalah. Cik Ta berpantang sendiri je. Mujur suami Cik Ta ni jenis ringan tulang. Rezeki Allah tu luas, kadang kadang kita tak perasan. Jadi sekali lagi Cik Ta nak ingatkan, jangan runsing jangan bimbang kalau terpaksa bersalin secara pembedahan ye.

Cik Ta cuba bantu semampu yang boleh. Sekiranya apa yang Cik Ta tulis ni memberi manfaat kepada korang, kongsikan entry ni dengan kawan kawan yang lain, agar sama sama mendapat manfaat.

Jumpa lagi di entry seterusnya nanti ye. 


Macam mana nak dapatkan SET SHAKLEE ni???

Nah!!!

Cik Ta

Shaklee Independent Distributor
1139990

Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di 

019-572 3346
019-572 3346


Korang boleh order terus dengan klik pada LINK dibawah


Sekiranya mummy mahukan penjimatan lebih, korang boleh hubungi Cik Ta untuk menjadi Ahli Shaklee. Penjimatan hingga 20% jika korang mendaftar sebagai ahli. Boleh hubungi Cik Ta dengan segera untuk pendaftaran Ahli. 


Pendaftaran hanya RM69 sahaja mudah kan?


Comments

Popular Posts