MORNING SICKNESS BERPUNCA DARI BAKTERIA?

Assalamualaikum.



Morning Sickness, perkara yang paling ibu hamil tak suka. Hamil tu bukan masalah, yang menjadi masalah muntah, mual, demam dan macam macam lagi yang boleh dikategorikan sebagai morning sickness. Tapi, apa punca morning sickness  ni sebenarnya? Hormon? atau Bakteria?

Dianggarkan 70% wanita hamil akan mengalami morning sickness pada waktu tertentu sepanjang tempoh kehamilan. Biasanya, morning sickness ni bermula pada minggu keempat (4) hingga minggu kelapan (8) dan boleh juga berterusan sehingga minggu ke enam belas (16) kehamilan.

Walaubagaimanapun, satu dalam 1000 wanita hamil akan mengalami morning sickness yang teruk atau lebih dikenali sebagai hyperemesis gravidarum. Wanita hamil yang mengalami masalah ini akan muntah tiga atau lebih dalam sehari, mengalami pengurangan berat badan lebih daripada 3kg dan mempunyai masalah ketidakseimbangan elektrolit dalam tubuh.

Ramai wanita hamil mengadu tentang simptom simpton yang dialami seperti loya, muntah, sakit kepala. Tidak ketinggalan, ada yang mengalami hyperemesis gravidum. Namun, tidak ramai mengetahui bahawa ia berkemungkinan disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori atau turut dikenali sebagai H.pylori.

Untuk makluman anda H.Pylori adalah bakteria berbentuk lingkaran yang telah ditemui pada tahun 1982 oleh Dr. Barry Marshall yang biadanya menjadi masalah gastrik dan ulser peptik.

Menurut Dr. Vagif Soultanov, bakteria H.pylori boleh menyebabkan morning sickness atau hyperemesis gravidarum di kalangan wanita hamil. Sewaktu awal fasa kehamilan, perubahan yang berlaku pada kepekatan cecair tubuh wanita hamil memberi kesan kepada keasidan (pH) perut. Jadi, ia berkemungkinan mengaktifkan bakteria H.pylori yang sedia ada menghuni di dalam perut wanita berkenaan.

Penyelidik di Universiti Ain Sham di Kaherah mendapati 71 daripada 80 kes di kalangan wanita hamil yang mengalami hyperemesis gravidarum adalah disebabkan oleh bakteria H.pylori.

Apabila lapan daripada wanita yang mengalami jangkitan bakteria H.pylori dirawat, masalah muntah yang dialami berkurangan dan mereka dapat menjalani kehamilan yang sihat sehingga saat melahirkan bayi.

Lazimnya, antibiotik diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah yang ditimbulkan oleh bakteria H.pylori. Oleh itu, wujud kontroversi tentang jenis rawatan yang patut diberikan kepada wanita hamil bagi mengatasi kehadiran bakteria ini memandangkan penggunaan antibiotik ke atas wanita hamil tidak begitu digalakkan.

Dengan melebihi tiga bilion wanita dipercayai dijangkiti bakteria ini di seluruh dunia, bakteria yang jarang diperkatakan dalam dunia kesihatan ini memang tidak boleh  dipandang sebelah mata.

Sehingga kini, lebih 40 ribu laporan telah dicatatkan mengenai bakteria H.Pylori. Malangnya, tiada siapa pun dapat memastikan tentang cara ia berjangkit. Apa yang biasa dijelaskan oleh doktor ialah bakteria ini mungkin membiak dalam makanan tercemar, air liur, air, alat permainan atau berjangkit melalui individu kepada individu yang lain.

Oleh sebab itulah, amat penting untuk anda menitikberatkan aspek pemakanan yang diambil setiap hari sepanjang tempoh kehamilan. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dipercayai boleh menyebabkan bakteria H.Pylori mudah menjangkiti wanita hamil. Beringatlah, jika bakteria jahat ini dibiarkan merebak tanpa anda  mendapat rawatan sewajarnya, ia boleh mengundang risiko maut.

Antara langkah bijak yang boleh anda amalkan bagi mengelakkan jangkitan bakteria H.pylori ialah dengan meminum air kosong yang secukupnya. Langkah mudah ini biasanya cukup untuk menghalang kehadiran bakteria H.pylori. Selain daripada itu, bakteria baik (acidophilus dan bifidus) juga boleh membantu menghasilkan persekitaran yang boleh menghalang perkembangan bakteria H.pylori.

Korang boleh juga mengamalkan SET MORNING SICKNESS SHAKLEE untuk membantu masalah ini. Terdapat 3 jenis produk yang setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri;

Performance Drink 

Mengelakkan badan ibu kehilangan air yang keterlaluan akibat muntah serta memberi tenaga.

Peppermint Ginger Plus

Melegakan kembung dan mengeluarkan angin berlebihan di dalam badan.

B Complex

Membantu mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.




Macam mana nak dapatkan SETMORNING SICKNESS SHAKLEE ni???

Nah!!!

Cik Ta

Shaklee Independent Distributor
1139990

Korang boleh order teus dengan klik pada LINK dibawah atau
Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di 

019-572 3346
019-572 3346

Sekiranya mummy mahukan penjimatan lebih, mummy boleh hubungi Cik Ta untuk menjadi Ahli Shaklee. Penjimatan hingga 20% jika mummy mendaftar sebagai ahli. Boleh hubungi Cik Ta dengan segera untuk pendaftaran Ahli. 

Pendaftaran hanya RM69 sahaja mudah kan?





FB - Zurita Abdul Karim


Comments

Popular Posts