RISIKO IBU HAMIL TAK CUKUP HORMON TIROID
Assalamualaikum.
Bila hamil, biasa kita dengar orang risau tentang masalah kencing manis, darah tinggi, anemia, bayi songsang dan beberapa masalah lagi. Tapi jarang sangat kita dengar orang risau tentang TIROID. Korang tau tak ibu hamil yang tak cukup hormon tiroid pun ada risiko komplikasinya sendiri tau.
Korang tau tak, kelenjar tiroid terletak di pangkal leher. Ia adalah kelenjar yang berbentuk rama rama dan mempunyai banyak fungsi penting untuk ibu dan bayi. Apabila seseorang wanita itu hamil, tubuhnya memerlukan hormon tiroid yang mencukupi untuk menyokong keperluan metaboliknya yang semakin meningkat, serta untuk bayi yang dikandungkannya. Kelenjar tiroid yang sihat mampu memenuhi keperluan untuk hormon tiroid yang meningkat bagi ibu dan bayi secara semula jadi.
Walaubagaimanapun sesetengah wanita mungkin mengalami masalah di mana kelenjar tiroid mereka tidak mampu untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat ini lalu membawa kepada hipotiroidisme maternal (sejenis penyakit tiroid di mana hormon tiroid yang dihasilkan tidak mencukupi). Ianya boleh membawa kesan yang serius kepada ibu dan bayi, malah membahayakan kesihatan kedua duanya.
Kehamilan dan Komplikasi Ketika Kelahiran
Apabila bekalan hormon tiroid didalam darah tidak mencukupi, pelbagai fungsi tubuh boleh terjejas lalu menyebabkan simptom simptom seperti keletihan, kenaikan berat badan yang tidak sesuai, sembelit dan lebih sensitif kepada kesejukan berbanding orang lain.
Tetapi, ibu hamil selalunya sudah lali dengan simptom simptom ini dan mungkin menganggapnya sebagai kesan biasa daripada kehamilan. Sesetengah wanita mungkin menghidap hipotiroidisme ringan (subklinikal) di mana simptom simptomnya sama ada ringan atau langsung tiada. Ini boleh menyebabkan penyakit ini tidak dikesan dan seterusnya tidak dirawat.
Jika keadaan ini berterusan, ia mungkin membawa kepada hipertensi akibat kehamilan, kematian bayi sewaktu lahir, kelahiran pramatang dan pemisahan plasenta dari dinding rahim. Semua komlikasi ini boleh mengancam nyawa ibu hamil dan bayi.
Selepas Kelahiran
Sesetengah wanita yang mempunyai kelenjar tiroid yang berfungsi dengan normal mungkin mengalami tiroiditis selepas bersalin atau postpartum thyroiditis (PPT), sejenis keradangan pada kelenjar tiroid dalam tahun pertama selepas melahirkan bayi.
Walaupun sebab utama PPT tidak jelas, ada kemungkinan bahawa wanita yang mengalami masalah ini sebenarnya emmpunyai masalah tiroid autoimun yang tidak dikesan yang menjadi semakin teruk selepas melahirkan bayi akibat perubahan pada fungsi imun.
Malangnya PPT sukar dikesan kerana ia biasanya dianggap sebagai tekanan menjaga bayi baru lahir dan gangguan emosi jiwa selepas bersalin yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan perubahan emosi ibu.
Selain itu, wanita-wanita ini juga emmpunyai risiko yang lebih tinggi untuk membentuk hipotiroidisme kekal dalam masa 5-10 tahun selepas mengalami PPT.
Ketahui Status Tiroid Korang
Hipotiroidisme Maternal adalah penyakit tiroid yang paling lazim berlaku ketika hamil. Tetapi, wanita biasanya tidak sedar akan penyakit ini. Oleh itu, mereka meneruskan kehidupan dengan penyakit yang tidak dikesan dan dirawat.
Korang hanya perlu menjalani ujian darah yang ringkas di mana-mana klinik atau hospital untuk mengesan sekiranya korang mempunyai masalah inin atau tidak.
Korang mungkin berisiko jika mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit tiroid, pernah mengalami keguguran atau kelahiran pramatang atau diabetes type 1 atau penyakit penyakit autoimun yang lain.
Korang mungkin akan diberi pil tiroksin, sejenis hormon tiroid sintetik yang membantu mengawal hipotiroidisme. Pil ini penting untuk kesihatan bayi yang berada dalam kandungan.
Akhir sekali, ingatlah bahawa hipotiroidisme boleh membawa kesan yang serius kepada tumbesaran dan perkembangan bayi korang. Apabila tidak dirawat, hipotiroidisme boleh menjejaskan perkembangan otak, terutamanya pada trimester pertama. Ini adalah satu tragedi kerana masalah ini sebenarnya boleh dirawat dengan mudah dan sepatutnya boleh dicegah.
Prof Nor Azmi turut menekankan bahawa, kita mesti memandang serius terhadap hipotiroidisme demi keselamatan ibu iu yang hamil dan bayi bayi mereka. Ibu ibu digalakkan menjalani pemeriksaan hipotiroidisme kerana ia penting supaya mereka faham peranan tiroid dalam mengekalkan kehamilan dan bayi yang sihat.
Entry kali ni Cik Ta dapat dari sumber majalah iSihat. Jadi kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh juga layari www.tyl.my.
Kalau korang nak cuba amalkan supplement untuk masalah hipotiroidisme ni, Shaklee ada beberapa jenis supplement yang kita cadangkan untuk membantu masalah ini:
Set A (Trimester 1)
Vita Lea + B Complex + SR Vita C + Ostematrix
Set B (Trimester 2 dan 3)
Vita Lea + B Complex + SR Vita C + Ostematrix + Omega Guard
Jumpa lagi di entry seterusnya nanti ye.
Macam mana nak dapatkan SET TIROID HAMIL SHAKLEE ni???
Nah!!!

Cik Ta berkongsi apa yang Cik Ta tau. Sekiranya apa yang Cik Ta tulis ni memberi manfaat kepada korang, kongsikan entry ni dengan kawan kawan yang lain, agar sama sama mendapat manfaat.
Jumpa lagi di entry seterusnya nanti ye.
Macam mana nak dapatkan SET TIROID HAMIL SHAKLEE ni???
Nah!!!
Cik Ta
Shaklee Independent Distributor
1139990
Korang boleh order teus dengan klik pada LINK dibawah atau
Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di
019-572 3346
019-572 3346
Sekiranya mummy mahukan penjimatan lebih, mummy boleh hubungi Cik Ta untuk menjadi Ahli Shaklee. Penjimatan hingga 20% jika mummy mendaftar sebagai ahli. Boleh hubungi Cik Ta dengan segera untuk pendaftaran Ahli.
Pendaftaran hanya RM69 sahaja mudah kan ?
FB - Zurita Abdul Karim
Comments
Post a Comment