Apa yang Penting Sebelum Hamil?
Assalamualaikum.
Sekarang ni kan Cik Ta tengok ramai yang mengadu susah untuk hamil. Tapi percayalah pada rezeki Allah S.W.T. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jadi tak mau sedih sedih, tak mau stress stress, Cik Ta nak kita happy happy je. Hari ni Cik Ta nak korang tau apa yang Penting Sebelum Korang Hamil/mengandung.
Kita ni memang suka makan macam macam kan, kadang kadang kita tak terfikir apa yang kita makan dan yang kita minum tu memberi kesan pada tahap kesihatan kita. Contohnya air berkarbonat, akak terus terang je, terutamanya cola. Makanan pula, cuba elakkan makanan segera.
Jadi nak taknak, untuk dapat kesihatan yang lebih baik dan mendapat peluang yang lebih besar untuk hamil, kita perlu jaga pemakanan kita. Kita perlu bagi perhatian kepada diet dan pola pemakanan harian kita bagi memastikan badan kita sudah bersedia untuk hamil. Jom sama sama kita pastikan vitamin, mineral dan nutrien yang diambil mencukupi.
Asid Folik
Nutrien adalah perkara pertama yang korang mesti ambil sekiranya korang ingin hamil. Kenapa? Sebab ia adalah keperluan untuk perkembangan sistem saraf dan sel merah semasa hamil.
Sekiranya kita kurang mengambil Asid Folik, ada kajian mendapati wujud masalah yang dikenali sebagai neural tube defects iaitu kecacatan yang berlaku pada saluran saraf bayi yang menyebabkan kecacatan otak dan saraf tunjang (spina bifida), malah ia boleh mengganggu pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau otak bayi. Oleh sebab itu, mummy mummy sekalian digalakkan mengambil Asid Folik seawal 3 bulan sebelum hamil.
Asid Folik ni nak dapat daripada mana? Korang boleh ambil buah oren, sayur bayam, asparagus, jagung dan lain lain lagi yang mempunyai kandungan asid folik yang tinggi. Ingat ye, asid folik ini sangat berguna bagi mengelakkan kecacatan pada pertumbuhan awal bayi dalam kandungan. Kalau sukar untuk korang dapatkan asid folik yang secukupnya dalam pemakanan korang, Cik Ta syorkan korang ambil je makanan tambahan (supplement) Asid Folik. Cik Ta memilih B Complex Shaklee, kerana kandungan Asid Folik di dalam B Complex ini memenuhi keperluan harian tubuh badan kita.
Zink
Menurut kajian, zink sangat memainkan peranan penting dalam membentuk kekuatan janin bagi ibu hamil. Zink berperanan dalam proses kematangan sel serta dalam pertumbuhan awal kehidupan janin serta perkembangan saraf dan kecerdasan mereka pada masa akan datang.
Zink dapat diperolehi daripada daging, ikan, kerang, susu, produk gandum dan kekacang. Dan untuk pengetahuan korang, dalam Vita Lea Shaklee, terkandung Zink yang cukup untuk keperluan harian kita tau. Lebih mudah, lebih efektif.
Vitamin C
Demi bayi yang bakal berada dalam kandungan korang, kesihatan korang perlulah sangat tip top. Jadi, vitamin C membantu menguatkan sistem imun korang. Dengan persekitaran kita sekarang, cuaca yang tidak menentu lagi, korang mungkin mudah terkena batuk , demam dan selsema.
Makanan yang tinggi vitamin C memang korang kena amalkan setiap hari tau, contohnya buah kiwi, brokoli dan strawberi. Pastikan korang ambil setiap hari.
Cik Ta pula memilih Sustained Realesed Vita C Shaklee untuk penyerapan dan memenuhi keperluan Vitamin C Cik Ta setiap hari.
Jadi, jangan tunggu lagi, jom mula dari sekarang. Kalau korang berminat dengan produk Shaklee ni, korang boleh hubungi Cik Ta terus.
Cik Ta cuba bantu semampu yang boleh. Sekiranya apa yang Cik Ta tulis ni memberi manfaat kepada korang, kongsikan entry ni dengan kawan kawan yang lain, agar sama sama mendapat manfaat.
Jumpa lagi di entry seterusnya nanti ye.
Macam mana nak dapatkan SET SHAKLEE ni???
Nah!!!
Cik Ta
Shaklee Independent Distributor
1139990
Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di
019-572 3346
019-572 3346
Sekiranya mummy mahukan penjimatan lebih, mummy boleh hubungi Cik Ta untuk menjadi Ahli Shaklee. Penjimatan hingga 20% jika mummy mendaftar sebagai ahli. Boleh hubungi Cik Ta dengan segera untuk pendaftaran Ahli.
Pendaftaran hanya RM69 sahaja mudah kan ?
FB - Zurita Abdul Karim
Comments
Post a Comment