PUNCA SIMPTOM DAN RAWATAN BELLS PALSY
Assalamualaikum.
Biasakan dengar tentang Bells Palsy ni, ke korang ingat Bells Palsy ni strok. Bukan tau. Entry kali ni Cik Ta nak cerita PUNCA, SIMPTOM dan RAWATAN Bells Palsy ni. Sebelum tu Cik Ta akan ceritakan serba sikit tentang Bells Palsy sebenarnya.
Bells Palsy sebenarnya adalah kerosakan pada saraf muka. Kira kira 70% daripada kerosakan itu membabitkan saraf otot kranial ketujuh, yang merangkumi deria rasa (lidah) dan otot saraf muka.
Bells Palsy ini juga boleh menyerang sesiapa sahja tanpa mengira umur dan jantina serta tanpa sebarang isyarat awal. Ianya boleh berlaku secara tiba tiba dan kebanyakannya berlaku ketika bagun dari tidur.
Sesiapa yang didiagnoskan Bells Palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Selain daripada itu, aktiviti harian mereka juga turut terjejas antaranya seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain lain lagi.
Selama ini ramai yang menganggap Bells Palsy adalah strok kerana perubahan atau kecacatan pada wajah sehingga menjadikannya senget sebelah itu menyebabkan ianya dilihat sebagai serangan penyakit strok.
Seseorang yang diserang strok selalunya akan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan tetapi Bells Palsy hanya membabitkan saraf pada bahagian muka sahaja, sama ada kiri atau kanan.
Disebabkan pesakit akan mengalami kerosakan atau kecacatan di sekitar wajah, ramai menganggap diserang strok padahal jika dilihat, tubuh pesakit Bells Palsy tidak lumpuh sebagaimana pesakit strok.
Punca sebenarBells Palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan Pakar Perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada Virus Herpes Simplex.
Berdasarkan teori tersebut, virus itu juga menjadi punca kepada penyakit kayap dan chicken pox, ia hidup didalam saraf ganglion sama ada disebelah kiri atau kanan telinga seseorang.
Simptom / Gejala Bells Palsy
⇛ Muka menjadi senget
⇛ Mata dan kening kelihatan jatuh atau condong ke bawah
⇛ Tiada air mata pada bahagian wajah yang diserang Bells Palsy
⇛ Garisan pada pipi akan jatuh
⇛ Sukar mengawal pengeluaran air liur
⇛ Kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus
⇛ Bahagian depan lidah terasa kebas
⇛ Sukar meniup dan menghembus
⇛ Sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.
Pemeriksaan yang akan dilakukan
1. Mata
Doktor akan memeriksa mata pesakit. Pesakit diminta memejamkan mata dan doktor akan membuka mata tersebut. Jika mata pesakit senang dibuka dan bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami Bells Palsy.
2. Lidah
Doktor akan meminta pesakit menentukan makanan yang diambil itu masin, masam ataupun manis. Deria rasa pesakit terjejas akibat penyakit itu.
3. Mulut
Apabila disuruh bersiul, pesakit tidak akan dapat
Rawatan Bells Palsy
Bells palsy boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu daripada kritikal atau teruk kepada hingga paling ringan.
Sekiranya pesakit mengalami Bells Palsy kritikal, mereka perlu diberikan rawatan segera setiba di hospital. Jika kerosakan itu dibiarkan hingga melebihi lima (5) hari, ia sukar dipulihkan sepenuhnya.
Pesakit Bells Palsy yang teruk akan mengalami kesukaran untuk menutup mata dan doktor akan memberikan ubat titis air mata tiruan untuk memastikan mata pesakit sentiasa lembap dan membekalkan bahan penutup mata untuk memastikan mata pesakit ketika tidur tidak dimasuki serangga yang boleh menyebabkan jangkitan.
Berdasarkan kajian, kira kira 90% peratus pesakit pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan ubat ubatan seperti steroid dan anti virus yang dikenali sebagai Acyclovir dalam tempoh satu hingga empat minggu.
Namun begitu, kira-kira 70% pesakit Bells Palsy boleh pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan khusus. Pesakit Bells Palsy juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi di hospital.
Menerusi rawatan fisioterapi, muka pesakit akan dirangsang dengan bahan yang menggunakan kuasa elektrik. Selain itu, ahli fisioterapi akan meminta pesakit melakukan senaman wajah setiap hari sebagai salah satu usaha merangsang saraf muka mereka.
Bagaimanapun, kira kira 15% pesakit akan kekal dengan keadaan wajah yang senget biarpun sudah dirawat. Pada kebiasaannya pesakit seperti ini terlewat mendapat rawatan dan mengalami Bells Palsy yang serius.
Oleh kerana kerosakan itu membabitkan muka, pesakit selalunya akan rasa kecewa dengan perubahan pada wajah mereka tidak kurang juga yang mahu melakukan rawatan pembedahan kosmetik.
Bells Palsy tidak akan memberi kesan kepada otak dan tubuh badan kerana ia cuma kerosakan pada saraf muka.
Kemungkinan Bells Palsy dialami lebih daripada sekali
Pesakit boleh mengalami penyakit itu lebih daripada sekali tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak sampai satu peratus pun.
Rawatan untuk Bells Palsy
- Biasanya pesakit akan dibekalkan ubat steroid untuk tempoh 1 hingga 2 minggu
- Pesakit akan diberi pelindung mata
- Pesakit mungkin akan menjalani pembedahan.
Akhirnya, selesai sudah kisah Bells Palsy ni. Harap harap korang dapat la serba sedikit informasi tentang masalah Bells Palsy ni ye.
Suka Cik Ta nak maklumkan, bahawasanya, wah ayat. Korang boleh juga cuba amalkan produk Shaklee iaitu VIVIX sebagai ikhtiar untuk pulih dari masalah Bells Palsy ni. Next entry Cik Ta akan cerita pulak macam mana VIVIX ni boleh membantu dalam masalah Bells Palsy ni ye. Tunggu tau.
Suka Cik Ta nak maklumkan, bahawasanya, wah ayat. Korang boleh juga cuba amalkan produk Shaklee iaitu VIVIX sebagai ikhtiar untuk pulih dari masalah Bells Palsy ni. Next entry Cik Ta akan cerita pulak macam mana VIVIX ni boleh membantu dalam masalah Bells Palsy ni ye. Tunggu tau.
Cik Ta cuba bantu semampu yang boleh. Sekiranya apa yang Cik Ta tulis ni memberi manfaat kepada korang, kongsikan entry ni dengan kawan kawan yang lain, agar sama sama mendapat manfaat.
Jumpa lagi di entry seterusnya nanti ye.
Macam mana nak dapatkan VIVIX ni???
Nah!!!
Cik Ta
Shaklee Independent Distributor
Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di
019-572 3346
019-572 3346
Sekiranya korang mahukan penjimatan lebih, korang boleh hubungi Cik Ta untuk menjadi Ahli Shaklee. Penjimatan hingga 20% jika korang mendaftar sebagai ahli. Boleh hubungi Cik Ta dengan segera untuk pendaftaran Ahli.
Pendaftaran hanya RM69 sahaja mudah kan ?
FB - Zurita Abdul Karim
Comments
Post a Comment