APAKAH TEKANAN DARAH TINGGI?

Assalamualaikum.



Entry seterusnya, Tekanan Darah Tinggi. Entry kali ni Cik Ta straight to the point je lah ye, sebabnya, beratur entry lain yang Cik Ta tak sabar nak kongsi dengan korang.

Korang biasa dah kan dengar perkataan DARAH TINGGI kan. Tapi apa sebenarnya Darah Tinggi ni? 

Setiap seorang dari kita memang mempunyai tekanan darah. Tetapi tekanan antara kita adalah berbeza. Ada yang normal dan ada yang tidak normal. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.

Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka:-




~ Angka atas ~ Mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar (tekanan darah sistolik)

~ Angka bawah ~ Mengukur tekanan apabila jantung berehat (tekanan darah diastolik)

Tekanan darah adalah berbeza beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menetukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.


Seterusnya kita tengok pula apakah sebenarnya Tekanan Darah Tinggi. Apabila korang disahkan atau dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, itu bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Apabila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa bekerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri arteri yang sempit dan keras ini. Oleh sebab itu, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mmHg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mmHg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang kala darah beku terjadi di celah celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau stroke (Angin Ahmar).

Tanda Dan Gejala




* Dikenali sebagai 'pembunuh senyap' kerana ia tidak menunjukkan sebagarang gejala. Sekiranya tidak di rawat, ia akan mengundang pelbagai masalah serius dan mengancam nyawa. Tetapi ianya boleh dikawal dan dipantau dengan baik.

* Sekiranya korang akan tahu yang korang menghadapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali dengan kakitangan kesihatan bagi menentukan dan mengesan lebih awal masalah ini.

Faktor yang korang boleh kawal

~ Berhenti merokok - untuk mencegah penyempitan saluran darah
~ Bersenam - Boleh membantu menurunkan berat badan dan menurangkan tekanan darah
~ Makan makanan rendah lemak dan seimbang - Untuk mengawal berat badan
~ Mengurangkan Pengambilan alkohol - Alkohol meningkatkan tekanan darah anda
~ Mengurangkan pengambilan garam - natrium boleh meningkatkan tekanan darah
~ Mengurangkan Stres - Tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah
~ Pil Perancang Keluarga - Sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi

Faktor diluar kawalan korang

~ Jantina - Kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi
~ Umur - Darah tinggi meningkat mengikut umur
~ Bangsa - Kajian telah menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini.
~ Keturunan - Risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi
~ Diabetes - Bagaimana diabetes/tekanan darah tinggi ini membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan mengurangkan peredaran darah ke bahagian kaki.


Sekarang kita sama sama tau serba sedikit tentang Tekanan Darah Tinggi/Hipertension. Seeloknya kita sama sama mencegah demi kesihatan yang berpanjangan.

Salah satu lagi cara untuk kita memastikan fungsi tubuh badan kita berjalan lancar, Cik Ta lebih suka ambil pendekatan dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan (Supplement) yang bersesuaian. Jom Cik Ta tunjuk, supplement yang bersesuaian untuk masalah tekanan darah tinggi ni.




Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular



Omega Guard - Melancarkan darah, menghalang pembekuan





Lecithin - Mengemulsi lemak




Garlic - Merendahkan tekanan darah




B Complex - Menurunkan stres




Ostematrix - Defisienci kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung




SR Vita C - Menghalang Pembekuan Darah


Cik Ta cuba bantu semampu yang boleh. Sekiranya apa yang Cik Ta tulis ni memberi manfaat kepada korang, kongsikan entry ni dengan kawan kawan yang lain, agar sama sama mendapat manfaat.

Jumpa lagi di entry seterusnya nanti ye. 


Macam mana nak dapatkan SET TEKANAN DARAH TINGGI ni???

Nah!!!

Cik Ta

Shaklee Independent Distributor
1139990

Korang boleh order teus dengan klik pada LINK dibawah atau


Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di 

019-572 3346
019-572 3346

Sekiranya mummy mahukan penjimatan lebih, mummy boleh hubungi Cik Ta untuk menjadi Ahli Shaklee. Penjimatan hingga 20% jika mummy mendaftar sebagai ahli. Boleh hubungi Cik Ta dengan segera untuk pendaftaran Ahli. 

Pendaftaran hanya RM69 sahaja mudah kan?




FB - Zurita Abdul Karim





Comments

Popular Posts