VITAMIN UNTUK KEHAMILAN

Assalamualaikum.



Semua sihat sihat ke? Hari ni entry Cik Ta tentang Vitamin Untuk Kehamilan. Penting ke? Sememangnya penting lah, sebab dalam tubuh mummy sekarang ada satu lagi nyawa yang perlu kita pastikan kesihatannya. Mummy kena sihat, baby pun kena sihat. Jom...

Biasa kalau mummy gi Klinik rutin pemeriksaan doktor akan bagi ubatkan (padahal vitamin, nak juga panggil ubat), mummy makan tak? Ke mummy takut nak makan, sebab mitos mitos yang kata nanti baby besar dalam perut. Hehehe. Ooo, makan vitamin takut, tapi dok bahan makan makanan lain tak takut ye. Jangan la marah, Cik Ta dulu pun macam mummy jugak. 

Masa anak sulung, punya la takut nak makan vitamin, obimin tu. Tambah tambah masa tu HB Cik Ta rendah, apa lagi, megadose la bantainya. Tapi masa tu Cik Ta kurang makan, asyik nak makan kuaci je. Siap merajuk lagi bila encik suami taknak tolong belikan. Huhuhu.

Dah dah, jom sambung balik pasal vitamin. Biasa mummy dapat vitamin apa bila pergi klinik? Biasanya B Complex, Ferrous Fumarite (Zat Besi), Vitamin C. Ada lagi tak? Kalau Cik Ta yang ni je. 3 jenis kan. Masing masing ada fungsi tersendiri. Cik Ta taknak cerita pasal vitamin ni, sebab mesti nurse dekat klinik dah cerita kan? TapI Cik Ta nak Cerita pasal Vitamin Kehamilan Shaklee (SET KEHAMILAN SHAKLEE). Yang ni mesti nurse tak cerita kat mummy kan.

Set Kehamilan Shaklee ni didatangkan dalam beberapa jenis Set:

1. Set Basic
2. Set Trimester 1
3. Set Trimester 2
4. Set Trimester 3
5. Set Alahan
6. Set Anemia

Tapi, Cik Ta akan cerita tentang Set Leng0kap Kehamilan Shaklee, kenapa? Sebab semua set yang Cik Ta nyatakan tadi ada dalam Set Lengkap ni sebenarnya. Jom kita tengok satu persatu ye.

SET LENGKAP KEHAMILAN SHAKLEE (Vitamin Untuk Kehamilan)

  • Vita Lea
  • B Complex
  • Sustained Released Vita C
  • Ostematrix
  • ESP
  • Omega Guard

* Vita Lea

Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan, Hb rendah (anemia) dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

* B Complex

Lengkap dengan 8 keluarga B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Supplement B complex Shaklee mengandungi Asid Folik, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. 

Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan. Asid folik pula sangat penting sebab fungsi utama dia untuk pembentukan saraf tunjang yang sempurna. Kekurangan asid folik akan menyebabkan kecacatan bayi termasuk otak, atau dikenali sebagai tube neural defect.

* Sustained Released Vita C

Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna, perasa malah pengawet tambahan. Ia juga adalah Sustained Released dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.

Kalau mummy nak tau, SR Vita C ni juga membantu penyerapan nutrisi pada tubuh dengan lebih efektif tau.

* Ostematrix

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu sahaja. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna, membantu membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggng, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung.

Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau mummy nak tau, Ostematrix ni bukan sekadar kalsium biasa, dia juga mengandungi magnesium yang membantu mengurangkan rasa pedih ulu hati (gastrik) mummy tau. Yang paling best, Ostematrix ni bantu kita bebas dari masalah sembelit.

* ESP

Protien ini sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh mummy yang hamil dan menyusukan anak. Juga sangat penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Esp juga memberikan mummy tenaga dimana bagi mereka yang mengalami masalah morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah mummy yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

* Omega Guard

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu mummy mengawal berat badan ketika mengandung.


Jelas tak? Next entry Cik Ta nak kongsi pulak tips nak makan vitamin. Biasa sangat Cik Ta dengar mummy preggy takleh nak telan vitamin. Nanti Cik Ta share tips ye.


Cik Ta cuba bantu semampu yang boleh. Sekiranya apa yang Cik Ta tulis ni memberi manfaat kepada korang, kongsikan entry ni dengan kawan kawan yang lain, agar sama sama mendapat manfaat.

Jumpa lagi di entry seterusnya nanti ye. 


Macam mana nak dapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE ni???

Nah!!!

Cik Ta

Shaklee Independent Distributor
1139990

Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di 

019-572 3346
019-572 3346

Sekiranya mummy mahukan penjimatan lebih, mummy boleh hubungi Cik Ta untuk menjadi Ahli Shaklee. Penjimatan hingga 20% jika mummy mendaftar sebagai ahli. Boleh hubungi Cik Ta dengan segera untuk pendaftaran Ahli. 

Pendaftaran hanya RM69 sahaja mudah kan?





FB - Zurita Abdul Karim

Comments

Popular Posts