BAHAYA GULA TIDAK TERKAWAL
Assalamualaikum.
Okay, hari ni Cik Ta nak sambung lagi cerita tentang Diabetes, tapi kali ni pasal BAHAYA GULA TIDAK TERKAWAL . Ada ke orang yang tak kawal Diabetes dia? Buruk sangat ke kesan dia? Jom Cik Ta nak cerita.
Sebenarnya kesan gula tidak terkawal ni mengambil masa yang berbulan bulan dan bertahun tahun tau, bukan kata sehari dua je korang dah nampak kesannya. Tetapi ada juga pesakit kencing manis yang didapati mempunyai kesan jangka panjang di saat pertama kali dia di kesan mempunyai kencing manis. Ehhh? Macam mana pulak boleh jadi macam tu kan?
Ini kerana, pesakit tersebut tidak pernah mengalami tanda tanda gula tidak terkawal (diabetes) dan juga tidak pernah berjumpa doktor untuk buat saringan diabetes. Ada juga kes yang mana, walaupun pesakit perasan akan tanda tanda kencing manis, tetapi mereka tidak memperdulikannya dan tidak mendapatkan apa apa rawatan dari mana mana doktor dan menganggap tanda tanda itu adalah perkara biasa.
Keadaan ini berlarutan sehingga beberapa bulan dan tahun. Pesakit hanya akan berjumpa dengan doktor jika keadaannya sudah tenat, iaitu bila dia telah mempunyai kesan kesan jangka masa panjang kencing manis. Jadi, apabila pesakit berjumpa doktor saat dia sudah tenat, dia bukan sahaja diberitahu yang dia emmpunyai kencing manis (diabetes), malahan dia mungkin telah ada penyakit-penyakit yang lain. Penyakit-penyakit yang lain ini adalah merupakan kesan kesan diabetes yang tidak di kawal dengan baik.
Sebenarnya, ramai pesakit yang sudah mempunyai tanda tanda kencing manis takut sebenarnya takut untuk berjumpa doktor untuk rawatan awal. Sedangkan, sekiranya pesakit kencing manis itu dikesan lebih awal, langkah pengawalan paras gula dapat di lakukan dengan segera. Ini dapat menyelamatkan pesakit dari menghadapi komplikasi kencing manis.
Sekiranya paras gula dalam darah ini tidak dikawal untuk jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan komplikasi. Komplikasi pula terbahagi kepada 2, iaitu
1. Kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular).
>> Serangan Jantung
>> Halangan kepada laluan pembuluh salur darah (arteri) di kaki
>> Lumpuh (Stroke) - samada sepenuhnya(tak boleh berjalan, bercakap atau makan) atau separuh badan
2. Kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular).
>> Kegagalan fungsi buah pinggang. Jika kedua-dua buah pinggang gagal berfungsi, pesakit tersebut perlu melakukan dialysis.
>> Mata yang kabur dan buta. Tiada cara untuk sembuh jika disebabkan oleh kencing manis.
>> Saraf yang kurang rangsangan (Terutama di bahagian hujung tangan dan kaki). Pesakit akan merasa kebas pada hujung kaki dan tangan. Pesakit juga mungkin akan menjadi kurang deria rasa (sakit/panas) pada kaki dan tangan. Sebab tu pesakit kadangkala TAK PERASAN dan TIDAK SEDAR jika terpijak benda tajam atau berdiri di atas permukaan yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan mereka mendapat luka yang tidak mereka sedari di bahagian tapak kaki.
>> Juga boleh menyebabkan MATI PUCUK
Kesan kesan lain
>> Berlaku jangkitan pada kulit. Biasanya akan berlaku pada mereka yang mempunyai resistant terhadap insulin dan seseorang yang berlebihan berat badan.
>> Mudah terkena jangkitan termasuk jangkitan paru paru.
>> Jangkitan dan ulcer pada kaki. Disebabkan saraf yang kurang rangsangan, pesakit mudah mendapat luka di bahagian kaki. Jika paras gula sentiasa tinggi dalam darah, luka sudah pasti sukar untuk sembuh. Luka yang tidak sembuh disertai pula dengan jangkitan dan paras gula yang tinggi, menyebabkan jangkitan mudah untuk merebak. Apabila jangkitan merebak ke tulang di bahagian kaki, ini akan menyebabkan kaki dipotong untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke bahagian lain anggota badan.
Nampak tak? Bila kita lihat kesan kesan ni memang sangat teruk. Mata buta, lumpuh, kena potong kaki, buah pinggang tak berfungsi memang kita taknak sama sekali berlaku pada kita mahupun ahli keluarga kita.
Jadi, bermula daripada sekarang, jom sama sama kita cegah diabetes, dan sekiranya korang dah ada masalah diabetes, jom sama sama kita mengawalnya dengan bijak. Pilih lah untuk sihat.
Vivix adalah salah satu ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik, yang mana Vivix mampu membantu memulihkan sel sehingga ke peringkat DNA.
Vivix adalah vitamin dan bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal.
Okay, jumpa lagi di entry akan datang ya.

Cik Ta
Shaklee Independent Distributor
1139990
Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di
019-572 3346
019-572 3346
FB - Zurita Abdul Karim
Comments
Post a Comment