KENALI CYST DAN FIBROID

Assalamualaikum.




Hai! Sihat ke semua? Tajuk kehamilan hampir tamat, sebelum tu Cik Ta nak berkongsi sedikit tentang Cyst dan Fibroid. Apa itu fibroid, apa itu cyst, jom kita tengok satu persatu. lebih faham lebih mudah kita mencegah, betul tak?

CYST



Sebenarnya masih ramai yang belum didedahkan dengan penyakit yang bernama Cyst ini. Cyst ni ada pelbagai jenis dan boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh manusia, ada yang jadi dibahagian tangan, leher, belakang, kepala dan tempat tempat lain pada tubuh badan kita. Tapi yang selalu jadi kat tubuh wanita ialah Ovarian Cyst. Senang cerita cyst ni pembengkakan di bahagian kilang telur wanita.

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari dan tiub fallopian. Ovari adalah dua organ kecil yang terletak dikiri dan kanan rahim dalam badan wanita. Kalau korang nak tau, organ ni la yang menghasilkan telur(ovum) dan hormon seperti estrogen dan progesterone. Penting tau hormon-hormon ni. Pada setiap kitaran haid tu nanti, telur membesar dan akan tumbuh pada satu kantung kecil di dalam ovari yang dipanggil folikel. Bila telur ni dah matang, folikel akan pecah dan membebaskan telur atau ovum tadi. Seterusnya kantung akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya.

Cyst ovari adalah masalah yang selalu terjadi pada wanita. kebanyakan cyst ovari ni bukannya ketumbuhan kanser. Untuk pengetahuan korang, hampir semua cyst ovari akan hilang sendiri tanpa perlukan rawatan. Walaubagaimanapun, ada jugak cyst yang tidak hilang seperti biasa dan memang memerlukan rawatan. Apa yang paling menakutkan bila ada kes-kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst ni bertukar jadi kanser.

Fibroid tu pulak apa?




Fibroid ni ketumbuhan biasa atau benign(bukan kanser) yang terdapat dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an. Fibroid ni salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kat wanita masa tahun-tahun kesuburan mereka. Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid ni adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber. Ha kat situ lah mana dia dapat nama dia. Fiber dengan fibroid kan tak jauh beza bunyi nya.

Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom. Masalah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ni, sebenarnya dah mencetuskan kontroversi. Nak tahu kenapa? Sebab ketumbuhan ni merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

Dalam hal ni, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya pada isteri untuk meneruskan kehidupan seharian termasuk hubungan suami isteri. Mengikut nasihat pakar, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.

Apa punca cyst dan fibroid sebenarnya

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

Fibroid dan cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Kalau hormon estrogen dan progesteron dalam badan kita ni tak seimbang, risiko untuk dapat penyakit ini sangat tinggi. Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility. Penggunaan pil perancang keluarga pun boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan). Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

  • phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
  • racun serangga (pesticides)
  • Produk berasaskan tembakau


3. Obesiti.

Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ni akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan. Benda ni bukan je menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis  penyakit dan salah satunya adalah kanser.

4. Genetik

Kalau korang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, korang juga boleh mempunyai risiko yang sama. Jadi, cuba cek ada tak family member korang yang pernah menghadapai masalah fibroid dan cyst ni. Cik Ta pun ada masalah cyst sebenarnya. Tapi under control.

Boleh ke tidak masalah Cyst dan Fibroid ini di rawat?

Laparoskopi

Rawatan laparoskopi dilakukan dengan membuat tiga lubang di bahagian pelvik. Satu lubang untuk dimasukkan kamera dan 2 lubang lagi untuk peralatan membuang cyst atau fibroid tu. Biasanya rawatan ni dilakukan sekiranya saiz ketumbuhan ni berukuran kecil ataupun ia tumbuh kat tempat yang senang nak capai. Cyst atau fibroid yang berjisim cecair biasanya guna cara ni.


Pembedahan

Pembedahan adalah pilihan terakhir jika masalah ini semakin serius. Kalau korang di sahkan ada cyst atau fibroid yang bersaiz besar, pembedahan diperlukan untuk keluarkannya. Sesetengah cyst mengakibatkan kerosakan ovari dan terpaksa dibawa keluar bersama-sama dengan cyst atau fibroid tersebut.


Set Shaklee


Eh? Shaklee pun ada Set Fibroid dan Cyst ke? Mesti la ada. Lain vitamin lain fungsinya, jadi jom kita tengok satu persatu.

GLA COMPLEX + CAROTOMAX (Vitamin A) + SR VITA C + VITA E


GLA Complex berfungsi membantu menyeimbangkan hormon Estrogen dan progesteron.

Vitamin ACE pula bertindak sebagai anti oksida yang penting untuk membunuh hormon xenoestrogen. Vitamin ACE penting untuk mengelakkan cyst kembali membesar.

Special and ONLY

VIVIX



Membantu merawat sistem badan kita sehingga ke peringkat DNA uollsss. Jom lah tengok testimoni sekali.








Tamat dulu setakat ni ya. Apa pun, pada Cik Ta, baik berikhtiar dari membiarkan sahaja masalah kesihatan itu semakin melarat. Cegah lah sebelum parah. Cik Ta cuba bantu semampu yang boleh. Sekiranya apa yang Cik Ta tulis ni memberi manfaat kepada korang, kongsikan entry ni dengan kawan kawan yang lain, agar sama sama mendapat manfaat.

Jumpa lagi di entry seterusnya nanti ye. 
 

Macam mana nak dapatkan SET CYST DAN FIBROID SHAKLEE ni???

Nah!!!

Cik Ta

Shaklee Independent Distributor
1139990

Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di 

019-572 3346
019-572 3346





FB - Zurita Abdul Karim


Comments

Popular Posts