KENCING KOTOR MENYAKITKAN ...OH IBU HAMIL
Assalamualaikum.
Betul betul rasa macam tak cukup masa hari ni. Tapi macam mana sekalipun, Cik Ta tetap nak share dengan ibu ibu hamil di luar sana tentang KENCING KOTOR. Cik Ta tau ianya menyakitkan, dan ramai ibu ibu hamil tak selesa dan sangat terganggu. Jom kita lihat satu persatu ya.
Mula mula kita kena tau dahulu apa itu UTI. UTI atau lebih dikenali sebagai penyakit KENCING KOTOR adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang, salur kencing ureter dan urethra.
Ureter adalah salur yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing manalaka Urethra pula adalah salur yang menyambung pundi kencing keluar tubuh. Dan semestinya, wanita hamil sangat mudah dijangkiti kencing kotor disebabkan beberapa faktor berbanding golongan yang lain.
Eh! Kenapa pulak Wanita Hamil berisiko mengalami UTI ni? Jom tengok kenapa ya;
i~ Perubahan hormon yang tinggi ketika hamil akan menyebabkan beberapa perkara yang menjurus kepada masalah kencing kotor.
ii~ Kekuatan otot saluran kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ia merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
iii~ Rahim semakin membesar dan menekan aslur kencing ureter daripada luar menyebabkan pergerakkan air kencing tersekat.
iv~ Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula
Boleh ke Kencing Kotor ini menjejaskan bayi dalam kandungan? Sekiranya si ibu berisiko mendapat jangkitan kuman pada buah pinggang disebabkan oleh Kencing Kotor, bagi bayi yang dikandung pula akan mengalami;
a~ Kemungkinan kelahiran awal (Pra matang)
b~ Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat badan
Alahai, kesian bayi kita.
Macam mana pulak kita nak tau simptom simptom Kencing Kotor ni? Jom kita semak, kalau ada diantara ibu ibu hamil diluar sana yang mengalami simptom seperti yang Cik Ta senaraikan, sila berjumpa dengan doktor untuk peperiksaan selanjutnya ya.
Simptom Kencing Kotor
** Kerap terasa membuang air kecil namun gagal mengeluarkan air kencing yang banyak
** Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil
** Air kencing berdarah dan berbau busuk
** Rasa sakit ketika melakukan hubungan intim dengan suami
** Demam
Semak cepat, kalau ada salah satu simptom, lekas berjumpa doktor ye.
Sekarang kita lihat pula, adakah cara untuk BEBAS dari masalah kencing kotor ni. Kita dah taukan faktor dan penyebab berlakunya kencing kotor, apa tindakan yang kita boleh amalkan untuk MENCEGAH KOMPLIKASI kencing kotor ketika hamil. Antaranya adalah;
⇰ Minum lah air dengan banyak. Sekurangkurangnya enam (6) hingga lapan (8) gelas sehari.
⇰ Terus buang air kecil sekiranya terasa inigin berbuat demikian. Jangan tangguhkan pembuangan air kecil kerana ia akan menggalakkan pembiakkan kuman
⇰ Pakailah pakaian yang diperbuat daripada kain kapas dan longgar
⇰ Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan intim bersama suami
⇰ Tukar pelapik seluar dalam (panty liner) sekerap yang boleh
⇰ Kurangkan mengambil makanan manis
⇰ Sentiasa menjaga kebersihan diri terutamanya untuk bahagian sulit.
Okay, macam mana? Dapat tak sedikit info tentang kencing kotor. Kalau dapat Alhamdulillah. Amalkan yang baik baik tu ya. Cik Ta sekadar berkongsi kerana Cik Ta faham apa perasaan ibu hamil bila mengalami masalah kencing kotor ni.
Sekadar info sahaja ya, sekiranya ibu ibu ingin mencuba SET KENCING KOTOR SHAKLEE boleh hubungi Cik Ta ya. Set Kencing Kotor mengandungi;
Sustained Released Vita C
Ostematrix
Garlic Complex
Okay, jumpa lagi di entry akan datang ya.
Cik Ta
Shaklee Independent Distributor
1139990
Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di
019-572 3346
019-572 3346
FB - Zurita Abdul Karim
Comments
Post a Comment