BAHAYA ANEMIA KETIKA HAMIL

Assalamualaikum.



Hai! Hai! Hai! Sihat ke semua? 2 hari Cik Ta tak sempat nak update entry. Jadi hari ni Cik Ta nak cerita sikit masalah yang ramai ibu hamil hadapi. Cik Ta dulu pun sama, 4 kali hamil, 4 kali Cik Ta hadap masalah ni, ANEMIA KETIKA HAMIL.

Bahaya ke Anemia ketika hamil ni? Haaa, ni la yang Cik Ta nak cerita hari ni. Korang boleh nilai sendiri bahaya ke tidak anemia ni sebenarnya. 

Apa sebenarnya anemia ni? Anemia adalah antara penyakit yang selalu di hadapi oleh wanita hamil. Penyakit ini serius kerana ia melibatkan kekurangan sel darah merah yang menjadi 'agen' pengangkut utama oksigen kepada seluruh badan TERUTAMA sekali kepada fetus yang sedang dikandung. Keadaan ini dipanggil ANEMIA.

Badan kita menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong perkembangan fetus. Ramai yang mengambil mudah perkara ini sedangkan ia boleh memudaratkan nyawa ibu dan bayi. Ramai ibu ibu yang taknak ambil vitamin yang dibekalkan oleh klinik kesihatan dengan alasan TAKUT BAYI BESAR, tapi tak takut ke sebab kalau korang tak ambil vitamin tu dan makan vitamin tu, ibu dan bayi berada dalam situasi yang lebih BAHAYA. Betul tak?

Seterusnya jom kita tengok pula siapa yang lebih berisiko untuk mengalami ANEMIA ni. 

>> Ibu yang hamil kembar
>> Ibu yang kerap hamil (Rapat rapat)
>> Kerap muntah kerana alahan mengandung
>> Ibu yang terlalu muda (Usia dalam belasan tahun)
>> Tidak mengambil makanan yang kaya dengan ZAT BESI (IRON)
>> Ibu yang mengalami haid yang banyak sebelum waktu kehamilan.

Cek cepat, korang ada masalah yang di senaraikan tak? Kalau ada, cepat cari jalan penyelesaian okay. Cegah sebelum parah.

Sekarang kita lihat pula bagaimana ANEMIA boleh menjejaskan bayi dan ibu.

* Penyakit ini juga menjadi punca utama pendarahan ketika proses melahirkan bayi dan membahayakan nyawa si ibu.

* Ia juga boleh mengakibatkan masalah kelahiran pra matang atau berat bayi yang terlalu rendah ketika kelahiran.

* Postpartum depression atau meroyan boleh berlaku selepas bersalin.

Wow! menakutkan pulak Cik Ta rasa. 

Dah tau siapa yang berisiko, kesan anemia pun dah tau. Sekarang kita tengok pulak, boleh ke kita bebas dari gejala anemia ni.

Perkara paling penting untuk mengelakkan daripada mengalami masalah ANEMIA ni, ibu perlulah mengambil makanan yang kaya dengan ZAT BESI. Contoh makanannya adalah

~ Sayuran berdaun hijau
~ Mengambil daging merah, ayam dan ikan
~ Minum susu dan hasil tenusu (Macam keju ke)
~ Bijiran yang kaya dengan zat besi
~ Kekacang dan tauhu
~ Telur

Manakala sebagai rawatan, Pakar Sakit Puan akan mencadangkan korang untuk mengambil pil ZAT BESI selain vitamin khas untuk kehamilan.

Tips Tambahan

Untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi oleh badan, ibu ibu perlu mengambil makanan sumber vitamin C yang mencukupi.

Alternatif lain pula, korang boleh la pilih dan cuba SET ANEMIA SHAKLEE. Apa yang ada dalam SET ANEMIA SHAKLEE ni adalah:-


Vita Lea Dengan Iron Formula





B-Complex





SR Vita-C



ESP (Energizing Isolated Protein)





Kalau korang nak tau lebih terperinci tentang SET ANEMIA SHAKLEE, boleh la hubungi Cik Ta ya. 

Okay, jumpa lagi di entry akan datang ya.



Cik Ta

Shaklee Independent Distributor
1139990

Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di 

019-572 3346
019-572 3346


FB - Zurita Abdul Karim

Comments

Popular Posts