Regangan Mudah Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum

Waduhhh... susah sangat nak taip kat facebook, Cik Ta buat je dalam blog, sonang. Regangan ni biasanya dilakukan sebelum bersenam. Tapi yang ni special untuk mummy yang hamil.

1. KAWALAN PERNAFASAN

Duduk bersila dan tegakkan badan. Letak tangan kanan di bawah perut dan tangan kiri di atas dada. Tahan nafas seketika, dan ulang langkah ini mengikut keselesaan masing masing ye. Kemudian tukar tangan dan ulang langkah yang sama.

2. REGANGAN TANGAN 1

Berdiri dalam keadaan kaki sedikit terbuka. Angkat kedua dua belah tangan ke paras bahu dan tahan seketika. Ulang mengikut kemampuan dan keselesaan.

3. KAWALAN PERNAFASAN 2

Dalam keadaan bersila juga, imbangkan badan. Letakkan kedua dua belah tangan di depan dada. Tarik nafas dan tahan seketika kemudian lepas. Ulang mengikut keselesaan korang.

4. IMBANGAN BADAN

Berdiri tegak, bengkok dan letakkan kaki kanan ke atas kaki kiri manakala kedua dua tangan dirapatkan antara satu sama lain dan diangkat ke paras dada. Tahan seketika. Kembali ke kedudukan asal. Ulang mengikut keselesaan ye.

5. KAWALAN PERNAFASAN 3

Berdiri tegak dan regangkan kai kanan dan kaki kiri. Letakkan tangan kanan di bawah perut manakala tangan kiri di atas dada. NAgkat tumit dan tahan nafas seketika. Ulang langkah mengikut kemampuan.

6. REGANGAN KAKI 1

Berdiri tegak dan bengkokkan kaki kanan sedikit manakala kaki kiri diluruskan ke hadapan sambil kedua dua belah tangan di pinggang (Seperti bercekak pinggang). Tahan seketika. Tukar kedudukan kaki dan ulang semula langkah ini.

7. REGANGAN TANGAN 2

Duduk bersila. Pastikan tubuh berada dalam keadaan stabil. Angkat kedua-dua belah tangan ke atas. Rasakan regangan pada tubuh. Tahan seketika dan ulang langkah ini semula. Lakukan mengikut kemampuan korang.

8. REGANGAN KAKI 2

Berdiri tegak dengan kedua-dua kaki diluruskan. Kaki kiri di hadapan kaki kanan. Luruskan kedua-dua belah tangan dan angkat ke atas. Tahan seketika. Tukar kedudukan kaki dan ulang semula langkah ini.

9. KAWALAN PERNAFASAN

Duduk bersila. Tengakkan badan. Letakkan tangan di atas lutut (lakukan seperti langkah melakukan yoga). Tahan nafas seketika dan lepas. Ulang mengikut keselesaan.

Okay, sekarang korang boleh la buat dulu regangan ni dulu sebelum melakukan senaman ye. Next entry nanti akak share cara senaman pulak ye.


Cik Ta

Shaklee Independent Distributor
1139990

Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di 

019-572 3346
019-572 3346


FB - Zurita Abdul Karim

Comments

Popular Posts