HIPERTENSI MENJEJASKAN BAYI DALAM KANDUNGAN?

Assalamualaikum.




Fuh! Lambat Cik Ta mengupdate blog hari ni. Telefon Cik Ta habis bateri, pengecas pula tertinggal dekat office. Emmm. Nasib badan la.

Okay lah, terus kepada tajuk hari ni HIPERTENSI BOLEH MENJEJASKAN BAYI DALAM KANDUNGAN? Ye ke?

Tekanan darah yang macam mana yang diklasifikasikan sebagai hipertensi? Bagi wanita hamil mereka akan dikategorikan mengalami masalah hipertensi apabila tekanan darahnya mencatatkan di atas 140/90mmHG. Hipertensi semasa hamil terdiri daripada beberapa kategori iaitu:

a) Hipertensi sedia ada
b) Hipertensi akibat mengandung
c) Pra-eklamsia


Golongan ibu hamil yang mana berisiko mendapat hipertensi? Jom kita tengok;

1) Wanita berumur 40 tahun ke atas
2) BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal kandungan
3) Faktor genetik dan sejarah hipertensi pada kandungan sebelumnya
4) Kandungan pertama
5) Kandungan kembar
6) Penyakit hyrops, dengan uri yang besar
7) Jarak antara kehamilan yang lama

Korang tau tak, hipertensi bukan sahja memudaratkan ibu, malah ia juga membahayakan bayi dalam kandungan. Seterusnya kita lihat pula apa yang akan berlaku pada bayi dalam kandungan bila korang mengidap hipertensi;

* Mengalami kelemasan dalam perut
* Uri terpisah dari dinding rahim (abraptio placenta)
* Membantutkan tumbesaran janin
* Kematian bayi dalam perut

Siapa yang suka ada komplikasi ketika hamil? Takde kan, mesti semua nak BEBAS dari apa juga komplikasi kan. Jom, Cik Ta nak bagi beberapa langkah yang boleh diambil sebelum dan selepas disahkan hamil bagi mencegah gejala hipertensi;

i) Sebelum kehamilan, kawal tekanan darah korang. Aktiflah bersenam demi mendapatkan tahap kesihatan maksimum

ii) Turunkan berat badan sekiranya korang menghadapi masalah obesiti

iii) Kalau korang dah terhamil sebelum memulakan 2 langkah di atas tu, hindari daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil minuman beralkohol.

iv) Jalani pemeriksaan dan amalkan rawatan yang disyorkan oleh doktor sekiranya anda disahkan menghidapi hipertensi ketika hamil.

Haaa, cukup kot dulu ye pasal hipertensi ni. Yang penting, korang jangan la stress bila ada masalah ni, sebab bila stress tekanan darah korang akan bertambah tinggi. Ubat dan vitamin yang dibekalkan jangan lupa makan ye.



Okay, jumpa lagi di entry akan datang ya.




Cik Ta

Shaklee Independent Distributor
1139990

Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di 

019-572 3346
019-572 3346



FB - Zurita Abdul Karim

Comments

Popular Posts