RIMAS... BATUK KETIKA HAMIL

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita hari ni. Di FB ramai betul yang mengadu terkena batuk batuk. Untuk kita yang tiada masalah lain boleh la bertahan dan makan ubat batuk seperti biasa, tetapi bagi ibu ibu yang sedang hamil ni, bila di serang batuk adalah suatu penyeksaan. 

Jom kita tengok macam mana boleh BATUK?

Apa yang Cik Ta tulis ini hanyalah antara punca yang memungkinkan berlakunya BATUK ni. Sebabnya, punca sebenar batuk tersangatlah banyak ye. Antara puncanya: -

* Batuk mungkin berpunca dari virus seperti slesema atau influenza

* Mungkin berlaku jangkitan pada salur pernafasan seperti bronchitis atau sinusitis atau jangkitan paru-paru iaitu pneumonia dan tuberculosis.

* Seseorang itu mungkin mempunyai alahan.

* Asma

* Merokok

* Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD).

* Keadaan persekitaran yang mendedahkan seseorang kepada habuk, asap dan sebagainya.

* Asid dari perut naik semula ke esofagus. Keadaan ini lebih dikenali sebagai gastroesophageal reflux disease (gerd).

* Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)

* Mungkin juga disebabkan tekanan.


Boleh ke nak cegah BATUK ni?

Kita cuba la ikhtiarkan, tiada yang mustahilkan. Apa yang penting DISIPLIN dan kesungguhan. Jom tengok apa yang kita boleh buat untuk mencegah batuk.

>> Sentiasa utamakan kebersihan

>> Banyakkan minum air kosong

>> Jangan stress

>> Elakkan duduk berhampiran dengan sesiapa sahaja yang batuk dan selesema

>> Jangan merokok. Dan jika kita tidak merokok, jauhi berada di persekitaran asap rokok

>> Dapatkan suntikan influenza jika perlu

>> Dan segeralah berjumpa doktor apabila diserang batuk.


Untuk kita yang tidak hamil, apabila batuk, berjumpa doktor, dan makan ubat batuk. BETUL? Macam mana pula dengan ibu hamil? Biasanya ibu ibu hamil ni bimbang, risau kesan sampingan sekiranya mereka ambil ubat batuk. Cik Ta pun tak berani. Memang doktor kata okay, tapi hati seorang ibu kan. 

Kalau tak makan ubat macam mana nak baikkan. Belum kira lagi kalau kena batuk yang berkahak, kesian sangat tengoknye.

Jom kita tengok macam mana ke kaedah nak merawat batuk bagi IBU HAMIL.

1. Gabungan lemon, halia dan madu

Lemon dan halia dipotong nipis-nipis dan disimpan dalam satu bekas tertutup. Letakkan sekali dengan madu dan disimpan dalam petisejuk sehari semalaman.

Cecair daripada lemon, halia dan madu dicampur bersama dengan air suam panas.
Jadikan sebagai rutin.




2. Guna Balm

Balm yang mengandungi menthol membantu untuk melegakan saluran penafasan yang tersumbat.

Sapu di bahagian depan dada dan belakang.

Balm juga boleh diletakkan dalam semangkuk air panas kemudian wapkan kepada muka kita. Biarkan wap-wap tersebut masuk dalam rongga hidung kita untuk membantu hidung yang tersumbat.

Cik Ta guna HERBAL BLEND SHAKLEE je, bau menthol dari Herbal Blend tu tak kuat sangat, tu yang Cik Ta suka. 

3. Minum banyak air kosong

Pastikan minum air kosong yang banyak dan secukupnya untuk mengelakkan badan terhidrasi.

Dengan air yang cukup membolehkan toksin yang ada dalam badan boleh dibuang melalui air kencing.

Karang ada pulak yang tanya Cik Ta minum air kosong ke, suam ke ais ke? Jawapan Cik Ta senang je, kalau korang minum air tu tak buatkan batuk semakin teruk, teruskan je lah. Sebab Cik Ta memang tak boleh minum air suam. Cik Ta minum air yang di campur ais. 2 hari je In Syaa Allah, kurang la.

4. Vitamin untuk ibu hamil.

Sangat-sangat penting ibu yang hamil untuk konsisten ambil vitamin kehamilan. Sebab apa tau, semua sistem dalam badan kita akan bergerak 2 kali ganda daripada sebelum hamil.

Vitamin untuk ibu hamil secara tidak langsungnya membantu untuk menguatkan sistem pertahanan badan ibu itu sekali.

Digalakkan ibu yang hamil dan BATUK BERKAHAK untuk ambil vitamin:

* Asid lemak Omega 3

Dikenali sebagai peransang kepada sistem imunisasi badan.

Omega 3 penting untuk melawan jangkitan yang berlaku dalam badan dan juga meningkatkan aktiviti sel-sel putih untuk melawan jangkitan bakteria jahat.

* Bawang putih (garlic)

Adalah tumbuhan yang terbaik membantu untuk melawan virus dan bakteria jahat.

* Vitamin C

Untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita.

Vitamin ini juga boleh membantu mengurangkan masalah BATUK BERKAHAK tau.

Malah 3 vitamin ini sesuai diambil sepanjang kehamilan untuk bantu kandungan membesar dengan sihat.

Jadi selamat mencuba ye. Kalau korang takde semua tu, pm la Cik Ta, di FB atau Whatsapp je ye.



Cik Ta

Shaklee Independent Distributor
1139990

Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di 

019-572 3346
019-572 3346


FB - Zurita Abdul Karim

Comments

Popular Posts