Tips Cantik Ketika hamil
Assalamualaikum.
Siapa kata masa hamil tak boleh cantik? Ya, memang betul, 3 bulan pertama kehamilan, hormon estrogen dalam tubuh ibu hamil akan meningkat. Kesannya, bermacam macam masalah mula timbul. Tetapi dengan cara dan rawatan yang betul, apapun masalah yang berkaitan dengan hormon kehamilan pasti boleh diatasi.
Ramai juga ibu hamil yang suka ke salun atau spa untuk rawatan wajah. Cuma Cik Ta nak ingatkan, pastikan rawatan yang korang lakukan tu menggunakan bahan bahan dari sumber semulajadi supaya tidak sesekali mmemberi kesan buruk pada korang dan bayi dalam kandungan.
Sebaiknya, korang maklumkan kepada petugas salun atau spa yang korang sedang hamil. Sekurang kurangnya petugas tersebut dapat memastikan samada bahan bahan yang mereka gunakan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan selamat untuk korang. Selain daripada itu, korang diingatkan agar menghindari penggunaan alat elektrik pada wajah seperti mesin berfrekuensi tinggi untuk mencegah jangkitan kulit yang biasanya di gunakan pada akhir rawatan di spa.
Korang! Korang kena ingat tau, bukat kulit muka je kena jaga tau, bahagian lain yang sering terkena sinaran matahari pun korang kena bagi perhatian. Sapu losyen pelembap. Digalakkan lakukan sebanyak 3 kali sehari.
Begitu juga dengan penjagaan gigi, ramai dikalangan ibu hamil akan mengalami sedikit pendarahan pada gusi. Ini biasa berlaku ketika memberus gigi. Jadi apa yang korang perlu lakukan supaya tidak mengalami masalah gigi yang serius ialah dengan menggosok gigi sekurang kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut.
Sekiranya gigi korang jenis sensitif, gunakan ubat gigi khas, dan sekiranya terlalu kerap berdarah, rawatlah dengan ketulan ais bagi mengurangkan pendarahan. Paling utama ialah anda perlu mengurangkan gula dan makanan manis termasuklah biskut, kek, minuman soda dan lain lain.
Jom, Cik Ta kongsikan beberapa Tips untuk terus Cantik Ketika Hamil.
Tips 1 (Wajah Berminyak)
Korang pernah tak bila hamil kulit korang berubah jadi berminyak dan berjerawat. Cara nak atasinya, sentiasa amalkan membasuh wajah 2 kali sehari menggunakan pembersih yang tidak mengandungi sebarang pewangi ataupun alkohol.
Tips 2 (Pigmentasi)
Ramai juga tau yang terpaksa menghadapi masalah pigmentasi ni ketika hamil. Cara atasinya pula korang boleh menggunakan krim pelindung ultra ungu bagi mengurangkan masalah ini.
Tips 3 (Kulit Kering dan Gatal)
Masalah ini disebabkan oleh kulit meregang akibat kandungan yang semakin membesar. Kalau korang terasa gatal, elakkan menggaru menggunakan kuku, sebaliknya cuba usap dengan kain lembut hingga hilang rasa gatal. Sapunyak minyak bayi ataupun Multipurpose Herbal Blend Shaklee pada bahagian berkenaan untuk mengekalkan kelembapannya.
Tips 4 (Rekahan)
Kawasan yang paling biasa berlaku rekahan adalah di bahagian payudara, perut, paha dan pinggul. Jadi, kena rajin rajinkan diri kita untuk urutan menggunakan minyak atau pelembap yang sesuai di kawasan tersebut. Cik Ta suka guna Multipurpose Herbal Blend je. Best!
Tips 5 (Urat Bersimpul)
Timbulnya urat urat halu di permukaan kulit adalaha kerana tekanan yang berat pada urat darah akibat beban kandungan yang dibawa. Jadi, cuba elakkan berjalan kaki atau berdiri terlalulama serta hindari kaki berada dalam keadaan tergantung.
Okay, cukup tak Tips Cantik Ketika Hamil? Haaa! Untuk tips nombor 1 tu Cik Ta boleh syorkan korang guna pencuci muka Enfuselle Shaklee, sebab apa tau, pencuci muka ni bebas paraben dan bahan kimia berbahaya, jadi sangat sesuai untuk ibu hamil.
Untuk masalah nombor 2 pulak, korang boleh guna Ultimate Protection Whitening Lotion (SPF 15) (Nutriwhite). Sememangnya bebas dari bahan kimia berbahaya tau. Seterusnya, untuk nombor 3 dan 4, Cik Ta lebih suka gunakan Multipurpose Herbal Blend, sebab apa tau, bau dia lembut, rasa macam mint tapi lembut je, kalau gatal gatal ke, rekahan ke, kulit kering ke, memang best sangat guna Herbal Blend ni. Satu keluarga pun boleh guna tau.
Rasanya cukup dulu setakat ini, Cik Ta akan kongsi kan lagi sesuatu yang baik untuk korang di entry yang seterusnya ya. Dahhh!!!
Korang kalau berminat untuk cuba SET SHAKLEE ni, korang boleh hubungi Cik Ta. Di mana?
Whatsapp : Wassap
FB : Zurita Abdul Karim
Atau
Korang boleh beli secara terus dengan klik sahaja link di bawah ni
Jumpa lagi di entry seterusnya ya. Ta ta...
Comments
Post a Comment