8 Tips Tubuh Segar dan Wajah Menawan ketika Berpuasa
Assalamualaikum.
Entry lepas Cik Ta dah cerita pasal tips langsing kan. Hari ni pulak Cik Ta nak kongsikan Tips Tubuh Segar dan Wajah Menawan ketika berpuasa. Haaa, baru la betul kan, kalau badan langsing, tapi tubuh lemah longlai, wajah pucat lesi, tak berseri la nak sambut Syawalkan. Okay, jom.
4 a.m kita dah bangun nak siapkan juadah sahurkan, ade juga yang bangun awal daripada ni tau, tapi Cik Ta biasa bangun masa ni la. Bila dah bangun tu, siap bersahur segala kita mesti tak sambung tidur dah. Bersiap siap nak pergi kerja pulak la kan. Sehari dua tu mungkin belum rasa letih lagi, bila dah masuk 15 Ramadhan, mula la, sampai tempat kerja dah tersengguk sengguk. Muka pulak udah tak semenggah. Hehehe, makeup entah ke mana, badan pulak rasa lemau je.
Tak sepatutnya begitu. Jom ikuti Tips yang Cik Ta nak kongsi ni, sekurang kurangnya korang akan kembali ceria, anggun dan bertenaga sehingga Syawal tiba.
8 Tips Tubuh Segar dan Wajah Menawan Ketika Berpuasa
1. Pastikan korang minum air lebih daripada keperluan biasa kerana ketika bulan puasa, kulit cenderung menjadi kering dan bibir pecah kerana kekurangan air. Bagi mengatasinya, banyakkan minum air putih dan jus buah buahan ketika waktu berbuka.
2. Lebihkan pengambilan ayur sayuran dan buah buahan kerana kandungan khasiat di dalam makanan ini dapat membantu mencantikkan kulit dan memenuhi keperluan tubuh.
3. Amalkan makan buah kurma kerana ia membekalkan tenaga yang berterusan kepada korang.
4. Kurangkan pengambilan minuman berais dan elakkan minuman berkarbonat. Dua jenis minuman ini akan membuatkan anda cepat haus dan badan menjadi lemah.
5. Latih diri bangun bersahur. Jika anda jenis yang tidak berselera makan pada awal pagi gantikan makanan berat dengan menu ringkas yang penuh nutrien seperti bijirin. Antaranya emping jagung dan oat
6. Jangan abaikan penjagaan diri, selain disiplin dengan regim asas kecantikan iaiu membersih, menyegar dan melembap. Korang juga perlu lebih kerap menyapu losyen pada kulit, terutama golongan yang bekerja di dalam bilik penghawa dingin. Ia dapat mengelakkan kulit menjadi kering dan menggelupas.
7. Seminggu sebelum raya, luangkan sedikit masa merawat tubuh dan wajah di spa kegemaran korang.
8. Dalam bulan Ramadhan ni, ramai yang akan tidur lewat daripada biasa untuk melakukan ibadah seperti solat sunat terawih, membaca Al-Quran dan menghadiri majlis majlis ilmu, jadi untuk terus kekal cergas dan bertenaga, korang digalakkan mengambil supplement seperti multivitamin. Pengambilan supplement akan membantu tubuh mendapat nutrien yang mencukupi.
Macam mana? Cukup rasanya 8 Tips ni. Cik Ta cuma nak kongsi sedikit lagi untuk tips nombor 8 tu, Cik Ta amalkan pengambilan beberapa produk Shaklee bagi memastikan Cik Ta kekal bertenaga, antaranya Performance Drink, Vivix, ESP, SR Vita C, Alfafa Complex, Lecithin, Ostematrix dan Cinch Tea.
Semua tu memang sangat membantu Cik Ta untuk mendapat nitrien yang secukupnya dan Cik Ta tidak cepat merasa letih dan lesu.
Korang kalau berminat untuk cuba SET TENAGA ni, korang boleh hubungi Cik Ta. Di mana?
Whatsapp : Wassap
FB : Zurita Abdul Karim
Atau
Korang boleh beli secara terus dengan klik sahaja link di bawah ni
Jumpa lagi di entry seterusnya ya. Ta ta...
Comments
Post a Comment