Siapa Yang dah Buat '7 Jars System'?
Assalamualaikum
Hari ni Cik Ta nak kongsikan apa itu '7 Jars System'. Korang ade yang memang dah guna ke cara ni? Cik Ta baru je belajar benda ni. Itu la yang Cik Ta selalu kata, join Shaklee ni bukan sekadar buat bisnes, banyak ilmu yang di ajar oleh master master Shaklee ni untuk orang macam Cik Ta ni. Seronok tau. Dari tak tau apa tu '7 Jars System', sekarang Cik Ta dah tau.
Ringkaskan je cerita, apa sebenarnya '7 Jars System' ni? Sebenarnya, sistem 7 balang ni adalah untuk manage kewangan kita. Supaya tidak berlaku kebocoran. Sekarang mungkin kita ada sistem untuk kita manage kewangan kita, tapi masih berlaku kebocoran perbelanjaan.
Sistem ni sebenarnya semua orang pun boleh buat dan patut buat, tak kira la korang tauke ke, kerja sendiri ke, makan gaji ke (Cik Ta makan nasi, hehehe). Sistem ni di adaptasi dari satu financial palnning '6 Jars System' yang diasaskan oleh seorang penulis dan motivator dari Canada. Tapi untuk '7 Jars System' kita dah tambahkan satu lagi balang.
Balang balang ni sebenarnya kita dah bahagiakan kepada beberapa bahagian iaitu
NEC (Necessity) - Tabung untuk segala keperluan dan perbelanjaan harian termasuk bil bil dan anak anak
EDU (Education) - Tabung untuk pembelajaran, buku buku atau kelas kelas
LTSS (Long Term Saving for saving) - Tabung untuk sesuatu benda yang memerlukan kos yang banyak seperti beli rumah ke, tanah ke
FFA (Financial Freedom) - Tabungan untuk hari tua atau masa dah pencen. Dah tua kan, mesti tak lalu nak kerja lagi dah. Kalau larat pun, kita dah nak rehat rehat la pulak kan
PLAY (Leisure) - Tabung untuk buat apa yang kita suka, untuk travel ke, hobi ke
Give (Charity) - Tabung untuk kebajikan atau pun tabung untuk sedekah
Parents (Ibubapa) - Tabung untuk wang perbelanjaan ibubapa kita. Kalau yang masih ada bagi lah sebagai duit belanja, untuk yang dah tiada, kumpul untuk sedekahkan bagi pihak mereka ke, kenduri arwah ke apa apa je asalkan untuk ibu bapa.
Kita akan bahagikan pendapatan kita atau bonus Shaklee kita mengikut percentage bagi setiap satu balang.
NEC - 50%
EDU - 5%
LTSS - 10%
FFA - 5%
PLAY - 10%
GIVE - 10%
PARENTS - 10%
Jadi kalau gaji atau bonus kita tu RM2,000. pengiraannya akan jadi seperti berikut
NEC - RM1,000.00
EDU - RM 100.00
LTSS - RM 200.00
FFA - RM 100.00
PLAY- RM 200.00
GIVE - RM 200.00
PARENTS - RM 200.00
Percentage yang akak buat ni sebagai contoh, korang boleh la buat ikut kesesuaian masing masing. Walaupun Bonus atau gaji tu bawah RM1000 sekali pun, kita perlu buat pengiraan seperti ini.
Jom kita sama sama buat. Kita tengok kesan positif yang akan kita terima nanti.
.
.
.
.
.
Berminat untuk join SHAKLEE???
Hubungi Cik Ta di:-
FB - Zurita Abdul Karim
Whatsapp - 019.572 3346
#shakleebymamaD
Comments
Post a Comment