'Alang alang Menyeluk Pekasam, Biar Sampai ke Pangkal Lengan'
Assalamualaikum...
Biasakan dengar pepatah melayu 'Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Maksudnya bila kita buat sesuatu tu biarlah buat sehingga habis dan dengan jayanya.
Cik Ta pernah suatu masa dulu, masa tu Cik Ta buat PJJ di UiTM. Keadaan Cik Ta waktu tu sangat sangat tertekan, mana anak anak kecil, suami pulak kerap belayar. Masalah kewangan lagi, dan masalah masalah lain lagi, Cik Ta stress. Tepu, tak boleh lagi nak berfikir.
Cik Ta putus asa, waktu tu Cik Ta dah separuh jalan dah belajar tu, dalam 3 semesta je lagi nak habis. Allah je yang tau perasaan Cik Ta masa tu. Tapi mujurlah, Allah temukan Cik Ta dengan seorang sahabat, yang boleh di anggap kakak, sahabat baik dan juga pensyarah peribadi.
Dia yang bagi akak semangat semula, 100 peratus. Katanya, Cik Ta yang dia kenal bukan jenis mudah putus asa. Cik Ta mesti boleh. Fikirkan masa depan katanya. Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirkan untuk anak anak. Masa terima nasihat tu, air mata Cik Ta ibarat hujan yang menyimbah nyimbah ke bumi, macam hujan sekarang ni la. Huhuhuhu.
Perlahan lahan Cik Ta bangun balik. Mengutip kekuatan yang dah berterabur entah di mana. Cik Ta cari semangat, ingat balik pesanan arwah mak dan ayah ingat balik impian mereka ingin melihat anak mereka berjaya ke menara gading (Mak Ayah Cik Ta dah lama kembali pada pencipta). Dan akhirnya, Cik Ta berjaya habiskan pelajaran Cik Ta.
Cik Ta berjaya akhirnya naik ke atas pentas walaupun hanya untuk mengambil Diploma sahaja. Tapi waktu naik ke atas pentas tu, Cik Ta bukan sahaja berjaya menghabiskan pelajaran, tapi Cik Ta juga berjaya mengharungi ujian ujian yang Cik Ta tak pernah terbayang akan Cik Ta tempuh.
Turun je dari pentas tu, Cik Ta menangis sepuas puas hati. Semua orang tengok, Cik Ta lupa malu dah. Hahahaha. Rasa macam impian Cik Ta, impian arwah mak ayah dah tercapai akhirnya.
Betul kata kawan Cik Ta tu, Cik Ta mesti boleh. Dan sekarang, Cik Ta tak takut lagi nak harungi apa pun dalam kehidupan Cik Ta. Apa yang datang Cik Ta rempuh. 'Alah bisa tegal biasa' kan.
Dalam bisnes pun sekarang ni, Cik Ta bangun perlahan lahan. Cik Ta juga pernah berputus asa dalam bisnes ni, tapi Cik Ta sentiasa di kelilingi kawan kawan yang bersemangat dan sekarang Cik Ta target akan cuba sedaya untuk capai apa yang Cik Ta inginkan.
Jadi, jom sama sama kita bersemangat, dan sama sama mencapai impian kita. Jangan sekali kali kita mengalah. JOM!!!
#shakleebymamaD
FB - Zurita Abdul Karim
Comments
Post a Comment