Cik Ta dan Si Kancil Hijau
Assalamualaikum.
Hujan tak tempat korang? Tempat Cik Ta ni dari semalam hujan. Sejukkk. Musim hujan macam ni, macam macam memori muncul dekat kepala Cik Ta. Terutamanya kenangan besama kereta Cik Ta, Kancil 850 manual berwarna hijua matelik. Itu la kereta F1 Cik Ta. Huhuhu.
Sebenarnya Cik Ta ni pernah berulang alik tempat kerja yang agak jauh la bagi Cik Ta, lebih kurang 2 jam dari rumah ke tempat kerja. Cik Ta drive seorang je la, sebab takde kawan kawan yang berulang alik macam Cik Ta.
Masa Cik Ta berulang alik tu, bukan setakat Lumut(Rumah) ke Sungai Siput(Tempat keje) je, tapi Cik Ta akan singgah di Hospital Ipoh aka Hospital Raja Pemaisuri Bainun, kadang kadang setiap hari dan kadang kadang 2 hari sekali.
Waktu tu, arwah mak Cik Ta duduk di wad hospital untuk rawatan kimotherapi. Arwah mak Cik Ta pesakit kanser Limfoma. Jadi berulang alik la Cik Ta masa tu. Ramai yang tak tau Cik Ta pegi jenguk arwah Mak, sebab waktu Cik Ta singgah tu kadang kadang dah lepas waktu melawat. Hehehehe.
Okay, berbalik pada kisah Cik Ta dan Si Kancil Hijau tu tadi, kenangan yang Cik Ta tak pernah lupa dengan Kancil Hijau tu, bila Cik Ta pernah terbabas, berpusing Kancil Hijau tu atas jalan raya. Musim hujan begini la jugak. Cik Ta masih ingat lagi, dari arah Ayer Tawar ke Lumut tu, ada satu simpang tiga, simpang tu takde lampu isyarat tau masa tu. Sebelum Cik Ta lepas simpang tiga tu, Cik Ta sedar lagi, lepas je simpang tu, entah masa bila Cik Ta terlelap.
Korang tau, Cik Ta tersedar dari lelap tu sebab dengar orang jerkah Cik Ta "Hoih!!!" macam tu la Cik Ta dengar. Cik Ta buka je mata, kereta dah ada kat tepi jalan, dan Cik Ta sedang menghala ke arah tiang 'Sign Board' UniKL. Lepas tiang tu ada la longkang.
Bila sedar je Cik Ta dah terbabas ke tepi jalan tu, Alhamdulillah la, Cik Ta tak panik. Cik Ta lepas kan minyak. Tak tekan brek lagi tau, sebab masa tu kelajuan lebih kurang 75-70km/jam. Cik Ta pegang stering kuat kuat masa tu. Walaupun tak panik, tapi jantung ni laju, Tuhan je tahu.
Bila kereta dah perlahan dalam 60km/jam macam tu, Cik Ta pun perlahan lahan tekan brek dan cuba naik keatas jalan balik. Masa ni la, entah macam mana, bila tayar tu cecah je jalan tar tu, terus berpusing. Masa berpusing tu kereta Cik Ta dah ada di tengah tengah jalan raya tu (Highway Lumut-Ipoh). Berpusing pusing, sedaya upaya Cik Ta kawal stering supaya tak terus terbabas masuk ke Ladang Sawit.
Masa tu juga, Cik Ta dah nampak ada kereta datang dari arah bertentangan, dah bagi lampu dengan horn sekali. Masa ni Cik Ta dah cuak jugak la. Adakah nyawaku berakhir disini? Hahahaha. Gitu sekali la kan. Tetapi pepatah orang tua tua ada sebut 'Berpantang Maut sebelum ajal'.
Dalam kelam kabut tu, Cik Ta terus pegang stering tadi, sekuat hati kawal, muncul la waktu tu muka anak Cik ta. Semangat datang bila nampak muka anak tau. Dalam hati Cik Ta kuat kata Cik Ta boleh kawal keadaan tu.
Ya! Akhirnya, Si Kancil berhenti berpusing, dan berada di lorong yang sepatutnya, dan kereta yang bagi lampu dan horn tu lalu sebelah Cik Ta sambil menghadiahkan bunyi horn yang panjang. Huhuhuhu.
Mujur jugak la, sehari sebelum tu, suami Cik Ta dah tukar tayar dan brek. Kalau masa tu tayar kereta tu botak... memang Innalillah la Cik Ta.
Cerita ni nampak panjang, tapi situasi sebenarnya macam sekelip mata je. Semua berlaku dalam keadaan yang sangat pantas. Tapi kan, suami Cik Ta tak percaya tau Cik Ta bawa kereta perlahan. Katanya, kalau berpusing macam tu mesti Cik Ta bawa laju. Entah la, mungkin benda nak jadi kot. Tapi memang Cik Ta tengok sendiri meter kereta tu. Cik Ta sedar masa tu.
Apa yang Cik Ta nak kongsi dengan korang sebenarnya, korang jangan cepat PANIK. Cuba kawal keadaan, jangan biarkan keadaan mengawal kita. Pilihan di tangan kita.
Bab kereta pulak, Cik Ta ni bernasib baik sebab suami Cik Ta selalu bagi tips pemanduan. Dari tukar tayar sampai la situasi kecemasan.
Korang nak tau kenapa Cik Ta tak tekan brek awal awal? Sebab bila kereta tengah laju, kita tekan brek, peratus kereta akan berpusing dan terbalik tu tinggi. Sebab tu, lebih baik, kita perlahankan kenderaan sebelum tekan brek.
Waktu tekan brek tu pulak, jangan tekan rapat terus, tekan perlahan lahan, untuk perlahankan kereta sebelum berhenti tau, bukan berhentikan secara mengejut. Faham ke faham?
Satu lagi, bab mengawal stering tu. Korang jangan la bila terkejut, korang lepas stering tu... Pas tu korang jerit pulak... 'aaaaaaaaaaa!!!' Sambil geleng geleng kepala macam iklan shampoo, takde nye bila jerit tu, stering tu nak berhenti berpusing. Macam mana sekali pun tetap korang jugak yang kena kawal. Penting ni, ingat tau, kawal stering bukan menjerit. Okay!
Ini yang suami Cik Ta ajar. Jangan sekali kali korang anggap, bab bab kereta ni korang tak perlu ambik tau. Kalau korang memang bawa kereta, wajib! Wajib! Ambik tau pasal kereta. Basic pun takpe. Semua yang Cik Ta cerita ni, adalah pengalaman Cik Ta dan ilmu yang suami Cik Ta ajar, kalau la apa yang Cik Ta cerita dan kongsikan ini salah, maknanya salah la dan korang jangan la ikut. Ini semua sekadar perkongsian dari pengalaman Cik Ta ye.
Next time Cik Ta akan cuba kongsi cara atau teknik untuk kaum hawa tukar tayar kereta pulak. Tunggu ye.
Untuk post kali ni, cukup la dulu, semoga apa yang Cik Ta cerita ni boleh jadi panduan untuk korang hadapi situasi kecemasan.
.
.
.
shakleebymamaD
.
Cik Ta dan Kancil Hijau
.
FB ; Zurita Abdul Karim
.
Whatsapp ; 019.572 3347

Comments
Post a Comment