Tips Redakan Demam Panas Anak...



Assalamualaikum...

Sebenarnye niat di hati nak bagi tips untuk kekal bertenaga ketika mabuk dan loya ketika hamil... Tup tup anak pulak demam... Terkeluar la idea nak share tips redakan demam panas anak2...

Berapakah Suhu Badan Yang Boleh Dikatakan Demam Panas?

Suhu badan normal kita ialah di antara 36.5'C-37.5'C. Demam dikatakan bermula apabila suhu badan mula meningkat dari 37.5'C ke atas.



Demam selalunye terjadi akibat jangkitan yang dibawa oleh virus (viral infection) dan adakalanya boleh juga dibawa oleh Bakteria dan jarang-jarang boleh juga disebabkan dari masalah-masalah dalaman yg lain.

Walaubagaimanapun, tidak semua demam itu serius dan membawa kepada masalah kesihatan yang major kecuali apabila ia telah melebihi 42'C. Peningkatan suhu badan yang amat cepat juga boleh mengakibatkan Sawan Tarik (Febrile Seizure).

TIPS REDAKAN DEMAM PANAS ANAK

1.       Pantau Suhu Badan

Pastikan kita sentiasa pantau suhu badan anak setiap 4 jam sekali menggunakan thermometer.

Elakkan mengagak dengan tangan kerana tangan beradaptasi dengan suhu sekeliling. Jika suhu sekeliling panas, maka anda akan rasa suhu badan anak anda sejuk manakala jika suhu sekeliling sejuk, anda akan rasa suhu badan anak anda panas.

Dengan menggunakan thermometer, bacaan kadangkala tidak seperti yang anda rasa dengan tangan, ia jauh lebih tepat dan konsisten.


2.       Tanggal pakaian

Tanggalkan baju dan seluar anak. Kenapa? Bukan ke kita patut selimutkan anak supaya cepat berpeluh? NO! NO! NO! Kenapa perlu tanggalkan pakaian anak? Tujuannya supaya pengaliran udara dapat berfungsi dengan baik dan ianya sangat membantu dalam menurunkan suhu badan anak.

Bagi bayi, cukup mengenakan pampers sahaja. Jangan sesekali membungkus atau mengenakan pakaian tebal, kononnya bertujuan membuatkan si kecil berpeluh sekaligus menurunkan suhu badan. Ingat… jangan selimutkan anak anda…

Cara membungkus atau menyelimutkan anak adalah lebih berisiko kerana tubuh kanak-kanak yang demam akan sukar mengeluarkan peluh.

Pada sebelah malam pun sama. Sekiranya dirasakan perlu, pakaikan baju dari jenis kain kapas yang nipis sahaja.

3.       Amalkan Minum Air Zam Zam

Air zam zam memang terkenal sebagai penawar universal, termasuk menurunkan suhu badan anak yang sedang demam.

Anak-anak saya kalau demam memang suka minum air kosong, dahaga katanye… Jadi saya gantikan air kosong tu dengan air zam zam.



4.       Galakkan anak minum air dengan banyak

Sediakan sebotol air di tepi katil anak- anak dan gelas. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap.



Jika anak masih bayi, kita perlu rajin memberi anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.

Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi. Saya bagi anak minum air kelapa je…



Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain-lain.

5.    Menjerlum/Menjaram Kepala

Sediakan sebekas air, samada dicampurkan dengan asam jawa, daun pokok bunga raya, lidah buaya, kacang hijau atau apa sahaja… kemudian jerlum/jaram kepala anak dengan air tersebut.

Tapi kali ini saya jerlum/jaramkan kepala anak saya dengan air yang telah saya campurkan dengan 2 – 3 titik Basic H Shaklee… Alhamdulillah reda juga panas badan anak saya tu…


6.    Balm atau Minyak Angin

Anak saya bila suhu badannye naik, biasanye dia akan berhingus dan batuk sedikit… sebelum ni saya selalu letakkan Vicks… Marah betul anak saya… pasal balm tu beranginkan…

Kali ni saya tukar… saya gunakan Herbal Blend Shaklee… Saya sapu pada dahi, sedikit pada leher (sebab kulit dia jadi kering kerana suhu badan tinggi) dan dada… mungkin di sebabkan bau Herbal Blend Shaklee tu lembut tidak terlalu berangin… ala ala lembut gitu je beranginnye… anak saya diam… siap terlena lg… ini bukan bohong atau saja nak reka cite… Cuma nak share… anak saya mungkin terlalu selesa dengan Herbal Blend Shaklee, sampai kalau saya buat tak tau, tak letak Herbal Blend Shaklee tu kat dahi dia… dia akan ambik sendiri bagi kat saya… paham la kat situ…nak suruh sapu kat dahi dia la tu…

Alhamdulillah… batuknye pun tak teruk hingus pun tak meleret… Selalunye bila demam dah baik…batuk ngan higus tu dok bermaharajalela la jawabnye… tapi kali ni masalah tu tak timbul...demam kebah... batuk ngan hingus pun sama2 hilang...




Okaylah… rasanye itu jelah serba sedikit perkongsian tips redakan demam panas anak dari saya kali ni… untuk next entry nnt saya nak sambung balik pasal ibu hamil… jumpa lagi yeeee…


Anda juge boleh mencuba.....


Vita C Chewable + Meal Shakes + Nutriferon + Omega Guard + Performance Drink

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, boleh lah hubungi saya dengan menghantar email ke zuabdkarim@gmail.com atau whatsapp di 019-5723346...terima kasih.

InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya. Hanya yang terbaik untuk anda...

Comments

Popular Posts