Tips Kurangkan Mabuk dan Loya Di Awal Kehamilan

Mabuk dan loya ketika hamil merupakan perkara biasa yang dialami diawal kehamilan, ianya disebabkan oleh perubahan hormon yang meningkat sewaktu hamil. Dalam 18 dari 20 ibu yang hamil mengakui mereka menghadapi situasi ini yang biasanya berlaku diawal pagi dan ada juga yang berlarutan seharian. Saya juga mengalami perkara yang sama namun dengan cara yang berbeza. Sewaktu mengandungkan anak sulung saya langsung tidak mengalami mabuk dan loya. Tapi kandungan yang keempat ni saya mengalami loya sampai tak boleh ambil sebarang makanan berat untuk 3 bulan pertama. Agak lesu saya ketika itu tau...


Persoalannya, apakah ada cara boleh dilakukan bagi mengatasi masalah mabuk dan loya ini?  


Berikut ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan situasi mabuk ketika hamil ini menjadi lebih teruk:

1) Elakkan dari mendekati bauan yang menyebabkan anda akan berasa mabuk atau loya. Sesetengah ibu ketika mengandung mengalami hidung yang agak sensitif dengan bau dari sekeliling. Samada bauan yang wangi dari mana-mana pewangi, bau busuk rokok, bau masakan dan mungkin juga bau pasangan sendiri! Beritahu rakan sekerja mahupun ahli keluarga jika anda mudah mabuk atau loya dengan bauan yang mungkin datang dari persekitaran harian anda. Saya juge mengalaminya...heheehe





2) Minta seseorang masakkan atau belikan makanan buat anda sekiranya anda tidak tahan dengan bau makanan yang dalam kuantiti banyak dan memberi aroma yang lebih kuat. Selalunya makanan yang mempunyai aroma berempah dan pedas meningkatkan rasa loya ada pada makanan tersebut. Makanan yang bertumis dengan minyak yang banyak juga mungkin menimbulkan bau yang kurang selesa di hidung anda. Memang sangat tidak selesa dengan situasi ini... 



3) Makan kerap tapi dalam kuantiti yang kecil.

Kebanyakan wanita hamil akan berasa lebih sihat apabila dapat mengambil hidangan yang sedikit tapi lebih kerap dan meminum air sedikit demi sedikit sepanjang hari. Ibu mengandung tidak harus kurangkan makanan atau cecair dan kalori dalam badan sewaktu loya dan mabuk melanda. Ini akan menjejaskan kesihatan ibu itu sendiri sekaligus kesihatan bayi mungkin terganggu.

4) Ambil sumber protein yang ringan sebelum tidur.

Bagi mengelakkan gula darah menjadi rendah diwaktu pagi sekaligus menjejaskan keperluan tenaga anda untuk permulaan pagi, pengambilan sumber protein sebelum tidur pasti membantu anda mengatasi masalah ini. Pastikan ia dalam kuantiti sederhana cuma.




5) Sediakan kraker / biskut kering dalam paket kecil.

Menyediakan kudapan yg lembut dan kering serta mudah dicapai pada bila-bila masa membantu anda mengatasi masalah loya da mabuk yang berpanjangan. Perut yang terlalu kosong atau terlalu penuh boleh menyebabkan rasa loya anda semakin teruk. Boleh disimpan dalam beg tangan atau ditepi katil anda beberapa paket kecil ini.





6) Pengambilan makanan bersitrus / bauan sitrus

Sesetengah orang mengesyorkan anda menghidu bauan buah-buahan sitrus. Anda boleh memarut kulit lemon dan juga buah oren. Letakkan didalam sebuah uncang kecil dalm beg. Sekiranya berasa loya datang, hidu bauan tersebut. Anda juga boleh mengambil gula-gula berperisa lemon/oren, air lemon atau hirisan buah lemon atau oren sendiri. Saya sendiri mengamalkan minum oren sunquick... ehheheehehe




7) Pengambilan Vitamin B6

Dari kajian, Vitamin B6 didapati mampu mengurangkan  rasa loya. Jika ia tidak terdapat di dalam  vitamin pranatal anda, sila minta pada doktor untuk mempreskripsikannya untuk anda. Saya amalkan B Complex shaklee...

8) Pengambilan halia dalam makanan/minuman.

Air halia bukan sahaja sesuai untuk mereka yang loya akibat kehamilan malah  untuk apa saja keadaan yang boleh menyebabkan anda berasa loya. Anda boleh dapatkan secawan teh halia panas atau juga pengambilan gula-gula berperisa daripada halia.Satu lagi pilihan adalah mengambil halia dalam bentuk pil yang mudah ditelan bagi mengurangkan kemabukan anda. Nak cube yang ni plak lah...





9) Elak makanan pedas

Makanan pedas dan berempah besar kemungkinan boleh mengundang lebih banyak asid dalam perut dan seterusnya mengundang loya. Ini pun betul...tak boleh pedas... frust...sebab memang suke makanan pedas...




Itulah serba sedikit tips yang boleh saya kongsikan…

Ibu-ibu juge boleh mencuba.....

Vitalea + SR Vita C + B Complex + Ostematrix + omega + ESP Shaklee
  
Untuk ingatan bersama.....
  • Konsisten mengambil vitamin Shaklee yang disenaraikan di atas.
  • Ibu hamil sensitif pada bau, jadi segarkan ruang rumah/pejabat dengan bau yg fresh! 
  • Berfikiran positif, berangan yg best2 jer :)
  • Kenalpasti makanan/objek/situasi yang menyebabkan morning-sickness dan cuba elakkannya.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, boleh lah hubungi saya dengan menghantar email ke zuabdkarim@gmail.com atau whatsapp di 019-5723346...terima kasih.

InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya. Hanya yang terbaik untuk anda...

Comments

  1. Tahniah kak ita...😊😊😊

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mama Chrysalis Nurul... Terima kasih juge utk cikgu Ainul Mustafa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts