Punca Dan Cara Mengatasi Sembelit Ketika Berpantang

Assalamualaikum.



Nampaknya minggu ni Cik Ta ada sedikit ruang masa untuk menaip entry dalam blog kesayangan Cik Ta ni. Kalau tidak, sibuk je memanjang, nak buat apa pun tak sempat. Eh! Korang dah baca ke entry Cik Ta sebelum ni, ala, yang masalah ketika berpantang tu. Belum ye? Takpe, kalau korang nak baca boleh je klik link ni Masalah Berpantang.

Okaylah, entry kali ni Cik Ta nak kongsi pulak tentang Punca Dan Cara Mengatasi Sembelit Ketika Berpantang.  Mungkin korang tak perasan, masa dekat hospital tak pulak jadi masalah sembelit ni kan, bila balik rumah je mula la sembelit bagai. Biasanya waktu kita dekat hospital nurse ada bagi enema untuk mudahkan proses pembuangan tu. Jadi takde masalah la kan.

Jom kita tengok kemungkinan yang menjadi Punca Sembelit dulu.

>> Berkemungkinan, jumlah hormon progesteron tinggi dalam badan semasa kita hamil menjadi salah satu punca sembelit. 

>> Sistem pencernaan kita pula menjadi perlahan sewaktu proses kelahiran. 

>> Kesan dari ubat petidina yang kita ambik untuk legakan sakit semasa proses bersalin tu melemahkan fungsi usus kita.

>> Kelahiran yang dibantu seperti forceps atau ventouse juga menjadi salah satu punca sembelit.

>> Pil Zat besi yang kita makan juga mungkin menjadi punca sembelit.

>> Berlaku koyakan yang teruk sewaktu proses kelahiran.

>> Perasaan takut untuk membuang air besar.


Haaa... macam mana? Adakah korang mempunyai keadaan yang Cik Ta nyatakan tu? Skema kan soalan Cik Ta.

Takpe, jom kita teruskan dengan cara untuk Mengatasi Masalah Sembelit ni pula ye.


1. Sedari dan bertindaklah atas desakan-desakan badan korang, dan pergilah buang air apabila terasa.

2. Elakkan ubat yang mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan sembelit termasuklah sesetengah pil penahan sakit seperti codeine, jadi tanyalah doktor korang dulu ye. Kadang kadang terlalu banyak makan ubat ubatan akar kayu pun boleh menyebabkan sembelit tau.

3. Makan pada waktu yang tetap dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minum lapan(8) hingga sepuluh(10) gelas air sehari. Jangan kurang dan elakkan la ambik ais ye. Pantangkan.




4. Korang buatlah senaman setiap hari. Bukanlah kena berlari pun, cukuplah sekadar berjalan jalan dalam rumah. 


5. Gunakan tandas duduk kerana ianya sangat membantu untuk memudahkan ibu dalam pantang untuk membuang air besar. Jangan lupa gunakan bangku mahupun alas kaki supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku anda diatas lutut.

6. Korang juga boleh gunakan ubat pelembut najis yang disyorkan oleh doktor. Kalau Cik Ta, makan Ostematrix Shaklee je. Lawas dik.


7. Korang juga boleh menggalakkan pergerakan usus dengan cara menarik dan mengendurkan otot perut. Caranya ialah dengan dengan menarik otot perut korang ke dalam supaya perut mengempis dan kemudian tolak otot perut dengan mengembungkan perut korang. Lakukan secara perlahan-lahan. Ulangi sehingga lebih kurang 10 kali. Relaks kan lantai pelvik korang semasa buat senaman ni tau.


8. Jangan biarkan sembelit berterusan. Jumpalah doktor dan jangan dibiarkan sembelit berpanjangan kerana sembelit yang berpanjangan akan menyebabkan terjadinya buasir atau hemoroid, dimana berlakunya pembengkakkan pada salur darah vena yang terletak pada bahagian rectum dan dubur.



Okay, macam mana? Korang dapat tak apa yang Cik Ta terangkan tentang Punca dan Cara Mengatasi Sembelit Ketika Berpantang. Kalau kurang jelas, korang boleh tinggalkan komen ye. Atau kalau korang nak Cik Ta jawab secara pantas berdesuppp, boleh pm Cik Ta di facebook.


Cik Ta

Shaklee Independent Distributor
1139990

Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di 

019-572 3346
019-572 3346

FB - Zurita Abdul Karim

Comments

Popular Posts