16 MASALAH KETIKA BERPANTANG
Assalamualaikum.
Sihat ye semua sahabat Cik Ta. Kebelakangan ini Cik Ta tengok ramai sahabat dan ibu ibu baru berpantang sendiri. Hebat juga korang ye. Cik Ta masa bersalin anak sulung, arwah mak datang temankan sambil ajar suami Cik Ta pantang larang dan tips tips waktu berpantang.
Korang biasanya perasaan tak, lain orang lain ragamnya ketika berpantang ni. Ada yang mudah, ada yang bermasalah dan ada juga yang cerewet. Betul tak? Jadi hari ni Cik Ta nak kongsikan dengan korang, antara masalah yang biasa akan kita hadapai ketika berpantang, ada 16 masalah semuanya. Kalau korang rasa macam remeh je masalah tu, tapi waktu kita berpantang, masalah tu agak menjadi gangguan dan merimaskan. Jom kita tengok apakah masalah masalah yang Cik Ta kata ni:-
1. Sembelit - Tak kira la, bersalin normal ke, czer ke, sembelit ni paling ditakuti ibu ibu berpantang kan? Korang boleh buka link ni untuk ketahui Punca dan Cara Atasi Sembelit
2. Rengat - Yang ni pun ramai yang kena, sama ada teruk dengan tak teruk je. Hati hati ye.
3. Bentan - Bentan ni jangan di buat main. Silap makan ke silap pergerakkan ke, memang akan jadi bentan.
4. Tumpah Darah - Ini bahaya, banyak kes kematian ibu ibu berpantang kerana tumpah darah tau.
5. Depresi/Meroyan - Untuk kes ni, si ibu tolonglah, jangan stress tau waktu berpantang. Cuba enjoy waktu tu. Walaupun kita berpantang sendiri, jangan rasa tertekan tau.
6. Bengkak Susu - Boleh demam tau kalau kena bengkak susu ni. Jangan ambil ringan.
7. Luka Lambat Sembuh - Bersalin normal atau czer sama je, kalau luka lambat sembuh memang merisaukan. Jadi amalkan pengambilan Vitamin C secukupnya.
8. Bayi Kerap Meragam - Ibu ayah yang baru kena faham tau, tak semua bayi tu sama perangainya. Kalau kita tengok anak kawan kawan kita baik je tidur, tak menangis pun, jadi jangan anggap anak kita nanti pun macam tu, kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Sentiasa dekat dengan bayi kalau bayi menangis ye, jangan biarkan dia menangis sendiri. Bayi baru lahir belum biasa dengan keadaan yang terbuka.
9. Luka Sakit - Ada yang cerita tempat luka gunting tu rasa pedih, berdenyut denyut, panas, gatal dan macam macam lagi. Kena rujuk pada nurse tau, takut ada jangkitan. Sama juga kalau bersalin czer. Pastikan luka tu sentiasa kering, jangan biar luka basah.
10. Sakit Tumit - Selalu Cik Ta dengar kawan kawan kita kata sakit ni lebih terasa pada waktu pagi. Menyucuk nyucuk, nak pijak pun tak boleh. Hemmm. Stokin jangan tak pakai tau.
11. Bayi Demam Kuning - Ada bayi yang kena demam kuning ni sehari je, ada juga sampai 14 hari, ingat tau, jangan bagi bayi korang minum atau suap apa apa untuk hilangkan demam kuning tu tau. Takut bahaya untuk bayi korang.
12. ANEMIA - Bila kurang makan makanan berkhasiat, boleh jadi salah satu punca berlaku anemia ni tau. Jadi makan la secukupnya, kalau tak cukup, top up la dengan vitamin.
13. Kurang Tidur - Ini biasa la, tambah tambah kalau bayi korang meragam. Suami sila la beri bantuan pada si isteri ye. Kesian si isteri, sudah la tengah sakit, tidur pulak terganggu, takut jadi stress nanti.
14. Kurang Susu badan - Isu besar sekarang, sebab ramai ibu yang memang nak sangat menyusukan bayi, tapi susu si ibu pulak kurang. Jangan tertekan, kalau baru bersalin 2 atau 3 hari, memang susu tu masih kurang, teruskan menyusu bayi, dan pam perlahan lahan ye, in syaa allah, banyak la nanti.
15. Jangkitan Kuman pada Luka bersalin - Yang ni bahaya tau, untuk elak berlaku jangkitan kuman ni, tolonglah jaga kebersihan diri ye. Guna tuala yang bersih untuk lap bekas luka, tak kisah la, luka guntingan atau luka czer.
16. Jangkitan Kuman pada Pundi Kencing - Kadang kadang ada yang takut nak minum air kan, dalam pantang la katakan. Jangan macam tu tau, bila tak boleh discharge elok, mula lah berlaku jangkitan nanti. Lagi susah, ada yang terpaksa di masukkan ke wad semula. Tak mau macam tu ye.
Okay lah, apa yang Cik Ta kongsi ni adalah sebahagian sahaja masalah yang di hadapi ketika berpantang. Next entry nanti Cik Ta akan kupas satu persatu pulak ye. Tunggu tau. Nak balik masak pulak ni, dah tamat waktu bekerja.
Cik Ta
Shaklee Independent Distributor
1139990
Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di
019-572 3346
019-572 3346
FB - Zurita Abdul Karim
Comments
Post a Comment