Bila Nak Habis Jerebu?
Assalamualaikum...
Bila Nak Habis Jerebu???... teruk tahun ni kita kene jerebu kan... Dah brapa kali sekolah terpaksa di tutup. Ibu bapa runsing, Cikgu2 runsing... semua orang pun runsing. Ape yang kita boleh buat??? Berjaga2, guna semua tips waktu jerebu yang ada. Topeng jangan lupa guna ye.
Semua orang berisiko terkesan dengan jerebu ni, terutama Kanak-kanak, Orang tua, orang yang mempunyai masalah paru-paru, dan mereka yang bertugas di luar pejabat. Jom saya share kan beberapa tips penjagaan kesihatan kita dan anak2 di musim jerebu ini.
Tips Penjagaan
1. Pastikan minum air masak/kosong dalam kuantiti yang banyak. Seeloknye jangan kurang dari 3 liter sehari.
Saya suka minum air ni.
2. Kurangkan aktiviti di luar. Walaupun terpaksa kekedai membeli barang... minimumkan waktu berada di luar tu.
3. Gunakan topeng muka. Pastikan topeng muka yang digunakan benar-benar membantu menapis udara.
4. Memasak/sediakan sendiri makanan di rumah bagi menjamin kebersihannye
5. Tutup semua pintu dan tingkap ketika berada di rumah. Jika ade Air Cond, tetapkan suhu pada suhu bilik iaitu antara 24 - 27 darjah celcius bagi mendapatkan pengudaraan dalam rumah yang lebih sihat.
6. Supplement tambahan jangan di lupakan, saya juga amalkan madu asli yang di campur dalam air lemon, ia dapat mengurangkan rasa sakit kerongkong. Selain dari itu, Vitamin C juga saya ambik double dose... Kenapa??? Sebab jerebu ni lah...
Air Lemon + daun pudina + madu
Bila Nak Habis Jerebu ni tah. Terjejas juga la sikit kesihatan saya. Tapi saya lebih bimbangkan anak2 saya. Salah seorang anak saya adalah pengidap asthma, dah bertahun dia tak kene attack asthma, tapi tahun ni asthma dia menyerang balik, susahnye hati ni.
Tapi mungkin di sebalik musibah ini ade hikmahnye... siapa yang tau kan. Kita terima qadaq dan qadar, dan sama2 lah kita berdoa agar Allah S.W.T, membebaskan kita dari musibah ini... Aamiin...
Zurita - 019 572 3346
Pengedar Shaklee Seri Manjung
zuabdkarim@gmail.com
Comments
Post a Comment