Kepentingan Vitamin C Yang Sering Diabaikan Ibu Mengandung

Assalamualaikum...

Ada sebilangan ibu2 hamil yang masih lagi belum tahu tentang kepentingan pengambilan vitamin C ketika hamil. Adakah kita tahu mengapa ibu perlu vitamin C semasa mengandung?? Tak tau kan… Jom kita tengok… kita teliti… dan kita fahami mengapa dan apakah itu vitamin C.


Vitamin C dikenali sebagai asid askorbik, ia penting untuk pembaikan tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan danpembaikan tulang, dan untuk kulit yang sihat. Vitamin C juga membantu melawan jangkitan badan kita, ia bertindak sebagai antioksidan, serta melindungi sel-sel badan daripada kerosakan.



Ibu dan bayi amat memerlukan vitamin C ini setiap hari - ia adalah untuk pembentukan kolagen, struktur protein yang merupakan komponen tulang rawan, tendon, tulang, & kulit. Berdasarkan kajian, bagi sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C dalam bayi yang baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.
























Vitamin C juga membantu badan ibu menyerap zat besi. Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dalam setiap hidangan agar ibu dapat keperluan vitamin C secukupnye atau ibu juga boleh mengamalkan pengambilan vitamin C dalam bentuk supplement.

  

Berapa banyak vitamin C yang ibu hamil dan menyusu perlukan???

















Ibu hamil : sekurang-kurangnya 85 miligram (mg ) vitamin C sehari  
Ibu hamil berusia 18 atau lebih muda : 80 mg 
Ibu menyusu : 120 mg 
Ibu menyusu berusia 18 tahun atau lebih muda : 115 mg
  
Ibu tidak perlu untuk mendapatkan vitamin C dalam jumlah yang disyorkan seperti di atas setiap hari. Ia hanyalah anggaran purata sepanjang beberapa hari atau beberapa minggu. 


Sumber makanan seperti buah-buahan sitrus sangat tinggi dalam vitamin C, tetapi sayur-sayuran hijau, buah-buahan lain & sayur-sayuran adalah sumber yang sangat baik. Kepanasan boleh memusnahkan vitamin C ketika memasak. Oleh itu adalah lebih baik untuk memilih vitamin C dari sumber makanan yang segar. Sesetengah bijirin dan jus juga diperkaya dengan vitamin C, makanan yang mempunyai vitamin C termasuk:








8 auns jus oren : 124 mg
8 auns jus limau gedang : 94 mg
1 kiwi : 70 mg
1/2 cawan hirisan lada loceng mentah yg manis : 59 mg
1/2 cawan strawberi dihiris : 49 mg
1/2 cawan brokoli rebus : 51 mg
1/2 limau sederhana ( merah jambu, merah, atau putih) : 44 mg
1/2 cawan betik kiub : 43 mg
1/2 cawan tembikai 29 mg
1/2 kubis rebus : 28 mg
1/2 cawan mangga mentah: 23 mg
1/2 cawan keledek lecek : 21 mg
1 kentang bakar , dengan kulit: 20 mg
1/2 cawan sayur-sayuran rebus : 18 mg
1/2 cawan raspberi : 16 mg
 1/2 cawan tomato ceri : 10 mg


Perlukah ibu mengambil supplement vitamin C? Tidak perlu sebenarnye. Paling mudah & paling selamat adalah dengan mendapatkannya daripada diet pemakanan harian kite. Ibu hanya perlukan segelas perahan segar jus oren setiap kali bersarapan.  



AKAN TETAPI, sekiranya ibu sukar menyediakan keperluan vitamin C di dalam diet seharian, ibu boleh mengamalkan vitamin C semulajadi dari Shaklee yang bebas dari bahan kimia.

















Walaupun beberapa kajian menunjukkan bahawa vitamin C tambahan boleh mengurangkan kadar PROM ( pecah pramatang membran ), terdapat beberapa kebimbangan bahawa mengambil vitamin C tambahan semasa hamil boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang. Terdapat juga laporan yang mengatakan walaupun jarang - skurvi (kekurangan teruk vitamin C) pada bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mengambil vitamin C tambahan ketika mengandung. Jika ibu bimbang tentang pengambilan vitamin C ini, ibu boleh dapatkan khidmat konsultasi sepenuhnye dari saya @ boleh rujuk terus kepada doktor.


Tanda-tanda kekurangan Vitamin C termasuk rambut rapuh ; keradangan gusi ;Kulit kasar dan kering, luka lambat sembuh; dan lebam.



Semoga perkongsian ini akan membuka jalan dan memberi manfaat buat ibu-ibu hamil dan yang bakal hamil. Sekian dulu dari saya, berjumpa lagi di entry akan datang. In Sya Allah. 




 Lagi pun bulan Disember ni promo Vitamin C

Saya jual Shaklee...

Nak harga yang terbaik?

Hubungi saya SMS, Whatsapp, 019-5723346

fb saya https://www.facebook.com/zurita.abdulkarim

Comments

Popular Posts