Apakah Sebenarnya Barah Hati?
Jom kita kenal apakah sebenarnye Barah Hati…
Nama barah diambil sempena nama bahagian barah itu
tumbuh. Barah hati terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan. Barah
hati ini juga dikenali sebagai hepatoma. Ia berasal dari hati bukan hasil
perebakan (metastasis). Metastasis terjadi apabila sel-sel barah yang berasal
dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke bahagian hati.
Barah hati selalunya terjadi pada seseorang yang
dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun. Menurut kajian kaum lelaki lebih banyak
mendapat penyakit ini berbanding kaum perempuan. Tumor hati primer iaitu tumor
yang bermula dari tisu hati itu sendiri boleh di bahagikan kepada 2 iaitu:-
Tumor Benigna - Adalah lebih biasa berlaku
berbanding dengan tumor hati malignan, Ianya termasuk hemangioma, adenoma dan
hiperplasia nodul fokal.
Tumor Malignan Hati - Termasuklah
hepatoma (barah hati primer), barah kolangioselular, gabungan barah
hepato-kolangioselular dan angiosarkoma.
Apakah Faktor Barah Hati
Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu
mendapat barah hati ialah:-
Pembawa penyakit Hepatitis B - pembawa
penyakit ini lebih berisiko tinggi mendapat barah hati jika mereka mempunyai
virus yang boleh merosakkan hati.
Ketagihan Alkohol - kebiasaan
mereka yang ketagihan alkohol lebih banyak dikaitkan dengan penyakit barah hati.
Bagaimana Kesakitan Barah Hati
Kesakitan barah hati biasanya berlaku sepanjang
masa di saat mengidap barah tersebut. Semasa berlaku tekanan terhadap saraf dan
organ lain, ketumbuhan itu sendiri boleh menyebabkan rasa sakit, kesakitan
kanser hati ini mungkin kronik atau akut.
Sakit akut berlaku kerana kerosakan tisu badan
dalam tempoh yang terhad. Apabila punca kesakitan dikenal pasti, ia boleh
dikawal.
Untuk sakit yang kronik, sakit biasanya akan berterusan
(biasanya lebih dari 3 bulan). Sistem saraf kita akan menyesuaikannya kerana rasa
sakit kronik ini tidak dapat diubah. Hal sedemikian akan menyebabkan
kemurungan, kerisauan dan insomnia. Rawatan kanser hati juga menyebakan anda
berasa tidakselesaan. Pasukan rawatan di Pusat Perubatan Kanser Amerika (CTCA)
mengatakan bahawa rasa yang berlarutan akan menjejaskan kehidupan anda
seharian. Jadi, anda perlu menguruskannya dengan sebaik mungkin.
Bagaimana Diet Pesakit Barah Hati
Diet Kanser Hati – Hal yang
paling penting bagi mereka yang mengidap kanser hati adalah dari segi diet
pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu diambil dan wajib
dielakkan. Jika mereka tidak menghiraukan dari segi pemakanan penyakit ini
boleh menjadi semakin serius bahkan boleh mengakibatkan kematian. Dibawah ini
adalah senarai makanan dan minuman yang perlu diambil dan dielakkan.
Makanan dan Minuman yang perlu diambil
Susu
dan yogurt
Anda harus mengambil susu dan yogurt kerana ia
dapat mengurangkan perkembangan kanser hati. Anda harus memastikan bahawa susu
dan yogurt adalah bebas gula.
Makan
7-9 hidangan buah-buahan segar dan sayur-sayuran(organik dan bebas racun
perosak).
Anda harus mengambil sayur-sayuran dan buah yang
mengandungi vitamin C dan vitamin B yang tinggi. Pastikan sayur-sayuran dan
buah-buahan yang organik dan tidak mengunakan racun perosak. Menurut penelitian
pakar mereka yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran kuning dan oren (labu,ubi
jalar, ubi) dan sayur-sayuran seperti brokoli mempunyai peluang yang lebih
rendah untuk mendapat Barah hati daripada meraka yang tidak memakan
sayur-sayuran ini secara teratur.
Teh
Teh hijau adalah salah satu minuman popular yang
biasa digunakan sebagai minuman berkhasiat.
Makanan
berserat tinggi
Salah satu cara untuk melawan penyakit kanser hati,
pesakit haruslah mengambil makanan yang berserat tinggi seperti oat dan kekacang.
Serat
larut seperti kacang kering, kacang peas, oat dan biji rami. Ia juga terdapat
pada jeruk epal dan lobak merah. Serat larut ini membantu mengatur gula dalam
darah kerana ia terikat dengan asid lemak dalam perut dan memanjangkan proses
pencernaan, selain itu dia menurunkan LDL (Low Density Lipoprotien) atau
dikenali sebagai “kolesterol buruk” dan membantu mengurangkan jumlah kolesterol
secara keseluruhan.
Untuk
serat tidak larut, kita boleh menemuinya dalam roti gandum,bunga
kobis, kacang hijau, pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran berakar. Ini
adalah baik untuk proses pencernaan dan membantu pengeluaran toksin dalam badan
mengimbangi keasidan dalam badan.
Pakar mengesyorkan pengambilan serat dalam jumlah
30-40gram sehari.
Jus
Delima
Pesakit Barah hati harus mengambil minuman jus
delima kerana membantu mencegah Barah hati. Untuk lelaki, satu lagi manfaat jus
delima kepada kaum lelaki bahawa jus delima adalah pilihan yang berkesan bagi
rawatan kanser prostat.
Minyak
zaitun
Minyak zaitun dapat membersihkan hati dan
memberikan fungsi tubuh anda kembali ketahap optima. Meningkatkan tumpuan dan
tenaga anda.
Ikan
stim dan rebus.(Ikan laut dalam)
Ikan memberikan lemak yang sihat dan tidak
memburukkan kanser hati. Bagi mereka yang sangat peka mengenai kanser, ikan
laut dalam adalah yang terbaik. Ianya merupakan sumber protin yang bagus.
Diet
Bebas Gula
Perkara yang paling mustahak dalam mencegah kanser
hati adalah pemakanan yang bebas gula. Ini kerana pesakit diabetes mempuyai
risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser hati.
Makanan dan minuman yang perlu dielakkan
Lemak
Haiwan / Lemak Trans
Pesakit harus mengelakkan dari mengambil kedua –
dua jenis lemak tersebut kerana ianya berbahaya bagi melawan penyakit kanser.
Daging
Merah
Anda tidak boleh mengambil daging merah secara
berlebihan atau elakkan dari mengambil daging merah.
Alkohol
Pesakit barah juga perlu menghindari dari memakan
bijan, lada dan keju. Kerana ianya akan memburukkan lagi barah tersebut.
Cara Mengurus Emosi Pesakit Barah Hati
Pengurusan emosi bagi pesakit barah hati bukanlah
satu perkara yang mudah. Terutamanya bagi mereka yang akrab/rapat dengan
pesakit. Kita haruslah memberikan perhatian yang khusus dan pandai untuk
mengambil hati pengidap barah hati ini. Mereka amat memerlukan sokongan dan
dorongan dari semua pihak terutamanya dari mereka yang disayangi.
Memberi perhatian dan bersikap tenang
Membentuk satu hubungan yang baik dan perasaan
menghormati dengan setiap jururawat dan doktor barah hati ialah satu kunci
dimana kita boleh mengetahui sejauh mana keadaan barah tersebut. Apabila anda
mendengar berita buruk tentang pasangan ataupun ahli keluarga mengenai barah
hati jangan terlalu emosional, menangis ataupun merengek. Ini akan membuatkan
doktor berasa takut untuk memberitahu hal yang sebenarnya tentang keadaan
pesakit. Anda perlu tenang dan mendengar dengan cermat apa yang dikatakan
doktor. Adalah lebih baik jika anda mempunyai soalan untuk diajukan kepada
doktor dengan hal hal yang berkaitan. Mereka akan melihat anda sebagai seorang
yang cekal. Jika anda berasa seperti ingin menagis, tahan perasaan tersebut dan
lepaskan sesudahnya. Jangan biarkan mereka melihat anda bersedih dan menagis.
Perubahan
Emosi
Terkejut, takut, marah, dan tidak percaya semua emosi yang anda akan alami disaat orang yang anda sayangi menjalani Barah Hati, dimana pada hari ini mungkin ia melibatkan pemindahan hati. Kadang-kadang, ketika anda merasa kecewa dengan situasi anda, sila ingat bahawa ini adalah perasaan semulajadi. Jadi, anggaplah ia sebagai cabaran dan jangan menyalahkan diri sendiri. Sebaliknya, anda perlu untuk mencari sokongan dan bantuan supaya anda dapat mengatasi emosi dan perasaan anda.
Sesetengah orang akan berasa selesa untuk berbincang dengan ahli keluarga sendiri ataupun teman rapat. Namun ada sesetengah orang lebih senang untuk berbicara dengan mereka yang bukan teman rapat ataupun orang asing. Apa yang penting supaya dapat mengatasi perasaan dan emosi anda.
Kita harus membuat mereka yang mengidap barah hati supaya gembira dan bahagia, jangan sama sekali memaksa atau mempersendakan pengidap barah hati kerana beliau berhak untuk berasa gembira dan bahagia, jika boleh kita jangan sesekali membuat perasaannya terluka. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memberikan pesakit barah hati ini kekuatan untuk menempuhi penderitaan barah hati yang dialami.
Kakak saya juge seorang pesakit Barah hati... Doakan dia semoga sembuh seperti sedia kala... Adik sayang Kakak...
Ok... Buat masa sekarang kakak cuma teruskan pengambila Vita C SR Shaklee dengan B complex Shaklee... Alhamdulillah... Sekarang dia semakin sihat...
Ok... Buat masa sekarang kakak cuma teruskan pengambila Vita C SR Shaklee dengan B complex Shaklee... Alhamdulillah... Sekarang dia semakin sihat...
Ini lah kakak saya... satu satunye kakak yang saya ade
(Zaiton Binti Abdul Karim)
Yang ni plak Kakak dengan family dia... Dia masih yang teristimewa
sebab dia sorang je wanita dalam rumah tu...hehehehe
Saya jual
Shaklee...
Nak harga yang
terbaik?
Hubungi saya SMS,
Whatsapp, 019-5723346
fb
saya https://www.facebook.com/zurita.abdulkarim
Comments
Post a Comment