Ramadhan yang lalu

Assalamualaikum…

Hai!!!... Lama tak update blog ni… Rindu plak nak update.. bukan tak sudi tp kekangan masa yg menghalang proses peng update tan…kikiiki… rosak abis bahasa…

Hemmm… dugaan yg datang tanda Allah masih ingat pada makhluknya… Ramadhan yg lalu… kakak saya di diagnosis mempunyai ketumbuhan pada hati… Hati saya sgt gusar… Kakak saya lebih lg lah… ape yg kami takuti akhirnya muncul jua… Beberapa tahun yang lalu... Arwah ayah, mak dan abang saya adalah pengidap kanser… tp kanser yang berlainan jenis…

Arwah ayah mengidap kanser lidah, arwah mak pula kanser lymphoma dan arwah abang pula mengidap kanser darah. Saya sendiri mempunyai masalah darah… Thalasemia… Walaupun hanya sebagai pembawa… tp gen penyakit tu sudah ade…

Ok… berbalik pada cerita kakak saya tadi… selepas di diagnose… doktor transfer kakak ke Hospital Selayang… Kerana Pakar Hati hanya ade di Hospital Selayang dan sebuah lg hospital swasta di Johor… Yelah disebabkan kos… kakak pergi ke Hospital Selayang…

Rezeki… Semuanya Allah S.W.T telah tetapkan… pada hari pertama admit ke wad… doktor memaklumkan pada kakak saya terdapat air dalam perut dia… dicelah-celah organ badan tu terdapat air yang terkumpul… dari mana dtgnye air itu doktor pun tak tau… Doktor membuat keputusan untuk ambil sedikit air tersebut untuk di kaji… So kakak pun berpuasa lah mulai malam tu utk pembedahan kecil esoknye…

Subhanallah… Allahuakbar… Sekali lagi Allah menunjukkan kekuasaannya… Pada 27/08/2014, doktor dapati air yg menjadi tanda Tanya itu telah pun hilang begitu sahaja… Jadi doktor telah membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan yang ade pada hati kakak… Kakak terus setuju… kerana dia bimbang ketumbuhan itu akan menjadi lebih besar… Hampir 7 jam… akhirnye kakak saya selamat dibedah dan ketumbuhan itu berjaya dikeluarkan…


Selepas pembedahan kakak saya merasa lebih selesa dgn keadaan perutnya… tiada lg rasa sakit… Cuma sakit kesan pembedahan sahaja yg dia rasa… Syukur pada Mu Ya Allah… 3 orang anak kakak terpaksa di tinggalkan di rumah jiran… apelah nasib mereka…makan minum mereka….Allah…. hati saya setiap hari meruntun… bagaimana lah dapat saya bantu… Allahuakbar…

Selepas seminggu kakak semakin pulih dan doktor membenarkan kakak balik kerumah… Hah! Lega rasa hati… di pendekkan cerita… sekarang kakak dah ok… klip pembedahan pun dah buka..tinggal nak g follow up blik kat Hospital Selayang je pada 15/9/2014….

Lepas ni ingat nak suggest kakak untuk ambil Vitamin E ngan Vitamin C sustain release tu… Supaya kesan pembedahan tu cepat baik… Hehehehe… Sayang kakak (Zaiton)… Slalu usik dia… Comey tak Kak Toooonn… hehehehe…


Ok lah… Stop sini dulu nnt kita cerita lagi ye… nak sambung kerja… tata titi tutu





Comments

Popular Posts