APA ITU DIABETES MELLITUS?




Assalamualaikum

Sihat ke semua, yelah kejap hujan kejap panas. Tapi jangan panas hati sudah la ye. Hari ni Cik Ta nak cerita sikit APA ITU DIABETES MELLITUS? Dah kenapa tetiba nak cerita pasal diabetes mellitus ni? sebab kebelakangan ni ramai sangat sahabat Cik Ta dok bercerita pasal Diabetes Mellitus ni.  Dan yang paling mengejutkan ramai juga yang kurang faham tentang Diabetes mellitus ni.

Apa yang Cik Ta nak cerita ni semuanya berdasarkan rujukan Cik Ta dalam buku FAMILY HEALTH MODERN DISEASES. Buku kegemaran Cik Ta ni tau. Jenuh juga la nak men'translate'kan almaklumlah, Cik Ta ni sekolah pun idak le tinggi mana, 3 tingkat je. Gurau sikit sekali sekala, jangan la marah. Korang jangan la serius sangat bila baca tajuk ni. Kita santai santai okay.



Dalam buku buku lama, rujukan rujukan lama Diabetes Mellitus ini di kenali sebagai Diabetes Gula (Sugar Diabetes). Diabetes Mellitus ni berasal dari Greek yang bermaksud 'to go through', kerana gejala utama penyakit ini adalah KERAP KENCING.

Senang kata la, Diabetes ni adalah gangguan tubuh badan dalam penerimaan gula atau glukos.

Fungsi Insulin

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Jenis Diabetes

Type 1 -      "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)

# Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja

# Diabetes jenis ini boleh terjadi kepada sesiapa pun walaupun tiada sejarah diabetes dalam keluarga
# Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin



Type 2 -      "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)

# Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
# Selalunya pada seseorang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, pertengahan umur dan tidak aktif.
# Lebih kurang 85% diabetes Type 2 ini  mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah diabetes.




Diabetes ketika Mengandung -             "Gestational Diabete"

# Diabetes jenis ini berlaku apabila berlaku perubahan hormon kehamilan yang meningkatkan daya tahan tubuh terhadap insulin
# Wanita yang berlebihan berat badan dan lebih berumur sangat berisiko terhadap diabetes jenis ini.
# Walaupun pada kebiasaanya, diabetes jenis ini akan hilang selepas bersalin, tetapi sebahagian daripadanya pada masa akan datang akan mengalami masalah diabetes Type 2.
# Ibu mengandung perlu berhati hati dengan masalah diabetes ni kerana korang akan mudah terdedah dengan jangkitan saluran kencing dan preeclampsia.

Apa agaknya tanda-tanda anda menghidap DIABETES?

Korang boleh mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan.
Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

# Haus/dahaga (haus yang berlebihan)

# Letih

# Berat badan menurun

# Penglihatan kabur

# Otot lemah

# Gatal


Gejala-gejala lain termasuk:

# Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan

# Luka yang lambat sembuh

# Kencing yang kerap

# Gatal pada bahagian kemaluan

# Rasa kebas


Ingat ye...jangan tunggu ada tanda-tanda ni baru korang nak kenalpasti anda penghidap diabetes atau tidak sebabnya ada juga yang menghidapi diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala.


Okay, cukup setakat ni dulu, nanti Cik Ta sambung lagi di entry yang lain pulak ye.

           








Cik Ta Pengedar shaklee yang SAH
Hubungi Cik Ta untuk lebih penjelasan
Facebook : Zurita Abdul Karim
Email : zuabkarim@gmail.com
Tel : 019-5723346



Comments

Popular Posts