Ketahui Punca Ketidaksuburan



Setiap pasangan yang berkahwin mesti mengimpikan kehadiran cahaya mata. Pada 6 bulan pertama selepas perkahwinan, sekiranya korang mencuba untuk hamil tetapi masih gagal, seeloknya korang, suami dan isteri harus mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenal pasti punca ketidaksuburan bagi kedua dua belah pihak iaitu suami dan isteri.

Secara asasnya, untuk hamil, wanita perlu mengeluarkan telur dari salah satu ovari. Kemudian telur tersebut mesti melalui saluran fallopio untuk menuju ke rahim. Manakala, sperma lelaki perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan ke rahim. Selepas disenyawakan, telur perlu melekat di dalam rahim. Apabila terdapat masalah di dalam kitaran yang sepatutnya, ia akan dianggap sebagai penyebab berlakunya Ketidaksuburan.

Korang tau tak, lebih kurang 1/3 masalah ketidaksuburan dikaitkan dengan wanita dan 1/3 lagi berpunca dari lelaki, manakala selebihnya adalah dari faktor faktor yang tidak dapat dikenalpasti

Wanita

1. Gangguan Telur

Hormon yang stabil sangat penting sekiranya ingin hamil. Hormon yang tidak seimbang dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan hormon boleh terganggu apabila korang mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat mahupun kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Jadi, ujian hormon dapat membantu mengenal pasti punca 

2. Saluran Fallopio Tersumbat



Masalah ini berlaku mungkin disebabkan  oleh jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub fallopio tersumbat. Antara sebab lain yang mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio dan bukannya rahim  atau ia disebabkan oleh endormetriosis. Ujian HSG atau Laparoskopi(Hysterosalpingogram) dapat mengenal pasti punca masalah ini.

3. Endometriosis



Ia berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium yang melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesaitan haid, Laparoskopi boleh di lakukan untuk mengenalpasti punca sebenar.

4. Antibodi Menyerang

Dalam kes yang jarang berlaku ini, tubuh tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel gamet (telur dan sperma). Kes di mana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

5. Malasah Rahim 

Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada wanita. Ia adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim (tidak menyebabkan kanser) yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu untuk mengenal pasti punca masalah tersebut.


Lelaki

1. Sperma Tidak Matang




Masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan menghasilkan sperma mencukupi mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. 

Penyebab lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi ia hanya bersifat sementara. Analisis sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.

2. Gangguan Pengangjutan Sperma




Dalam 4% daripada kes-kes ketidaksuburan lelaki, air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang mengangkut air mani tersebut tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah salur tiub fallopio yang tersumbat.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang ye. Nanti Cik Ta kongsi entry lain pulak ye. Apa pun, usaha perlu sentiasa ada. Doa dan tawakal jangan di lupa. 

Cik Ta juga nak kongsikan di sini, doa seorang hamba Allah yang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, Cik Ta dapat di facebook, dan suka untuk kongsikan dengan korang yang baca entry ini. Semoga pahala di berikan kepada tuan punya doa ni ye, Cik Ta lupa namanya, sebab dah copy ke dalam nota.

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
.
Kerana Engkau sahajalah sebaik baik perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
.
Aamin."







Cik Ta
Shaklee Independent Distributer ID No. 1139990
Sms/whatsapp/telegram/wechat : 019-5723346
zuabdkarim@gmail.com

www.facebook.com/zuritaabdulkarim

Comments

Popular Posts