GOUT OH GOUT!

Assalamualaikum.



Makan macam macam, terutama makanan yang tinggi dengan urik asid, siap la, Gout pun sampai, Gout oh Gout! Apa gout ni sebenarnya, jom kita huraikan.

Gout sebenarnya sejenis penyakit yang berpunca daripada kandungan Asid Urik yang berlebihan dalam tubuh kita. Asid Urik adalh bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protien yang dikenali sebagai purin.  Pada kebiasaannya tubuh kita akan membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing. Tetapi bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan asid ini terus berkumpul di dalam sendi. 

Penyakit gout ini telah wujud sejak lama dulu, dan penyakit paling lama yang pernah dihidapi oleh manusia. Penyakit gout ini pada masa dahulu sangat memudaratkan kerana boleh menyebabkan berlakunya kecacatan, tetapi pada masa sekarang, setelah banyak kemajuan dalam bidang perubatan, penyakit gout ini sudah boleh dikawal. Majoriti, kaum lelaki lebih ramai yang menghidapi penyakit gout ni, dan biasanya dalam lingkungan yang berusia antara 30 hingga 60 tahun. Ia sangat jarang berlaku pada kaum wanita yang belum putus haid (menopouse).

Apa tanda tanda Gout

Pada kebiasaannya gout ni menyerang ibu jari kaki. Apabila gout menyerang, ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Gout ini menyerang secara tiba tiba dan kerap kali semalaman. Serangan gout ini adalah pada sendi, dan sendi yang terkena serangan akan menjadi bisa sehinggakan bergesel dengan selimut pun akan terasa sangat menyiksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari hari atau sekurang kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh menyerang sendi sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

 Komplikasi 

Perasan tak? Biasanya kita akan nampak benjolan pada pesakit gout kan, itu sebebnarnya adalah disebabkan Asid Urik yang berkumpul di bawah kulit dan membentuk benjolan yang dipanggil 'tophi'. Dalam saluran urinari (air kencing) pula, asid urik ini boleh terkumpul dan membentuk batu karang. Selain itu, pesakit gout ini juga berisiko menghadapi penyakit dan masalah kesihatan seperti Obesiti, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia dan kencing manis.

Rawatan Gout

Boleh sembuh ke penyakit gout ni? In Syaa Allah, kalau betul caranya, betul pantangnya, korang boleh sembuh dari penyakit gout ni. Terdapat 2 jenis rawatan untuk penyakit gout ni, rawatan serangan akut dan rawatan untuk jangka panjang. Jom kita tengok satu persatu ye.

Rawatan Serangan Gout


  • Rehatkan sendi semasa serangan gout
  • Ubat ubatan anti radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Waalupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubat ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ianya amat berkesan, ia juga boleh menyebabkan loya, mmuntah dan cirit birit (Colchinine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
             * Biasanya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
            * Pil steroid pula boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak                 boleh mengambil ubat ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh                       diambil berpanjangan.

  • Sentiasa peka terhadap tanda tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Pemakanan

Elakkan makanan

~ Organ dalaman seperti hati, paru paru, ginjal dan otak
~ Ikan bilis, kembung, sardin
~ Daging Cincang
~ Ekstrak daging, ragi (seperti marmite) dan kiub rebusan daging
~ Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Kurangkan makanan

~ Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
~ Kekacang
~ Poultry
~ Roti jagung dan bijirin

Ubah cara hidup korang untuk memastikan paras asid urik sentiasa normal. Amalkan cara hidup sihat untuk mengelakkan dari menghidap penyakit penyakit yang berkait dengan gout. Jangan lupa, minum banyak air.

Adakah gout boleh diwarisi?

Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan. Gout juga ada lah penyakit yang boleh dirawat, pada zaman dahulu memang gout adalah salah satu penyebab berlakunya kerosakan dan kecacatan sendi, tetapi pada masa kini terdapat rawatan yang boleh mengawal masalah gout ini. Apa yang penting, sama samalah kita mengamalkan cara hidup yang sihat untuk kesihatan yang lebih baik.


Cik Ta cuba bantu semampu yang boleh. Sekiranya apa yang Cik Ta tulis ni memberi manfaat kepada korang, kongsikan entry ni dengan kawan kawan yang lain, agar sama sama mendapat manfaat.

Jumpa lagi di entry seterusnya nanti ye. 


Macam mana nak dapatkan SET SHAKLEE ni???

Nah!!!

Cik Ta

Shaklee Independent Distributor
1139990

Nak order Shaklee boleh hubungi Cik Ta di 

019-572 3346
019-572 3346

Korang boleh order terus dengan klik pada LINK dibawah


Sekiranya korang mahukan penjimatan lebih, korang boleh hubungi Cik Ta untuk menjadi Ahli Shaklee. Penjimatan hingga 20% jika korang mendaftar sebagai ahli. Boleh hubungi Cik Ta dengan segera untuk pendaftaran Ahli. 


Pendaftaran hanya RM69 sahaja mudah kan?




Comments

Popular Posts