Nak Sekolah dah wey!!!
Assalamualaikum...
Uhuks Uhuks... banyaknya habuk kat blog Cik Ta ni. Adoi la. Taip taip taip, save. Taip lagi, save lagi, tak publish publish, huhuhu. terukkan. Sibuk sangat Cik Ta tahun 2016 ni. In Syaa Allah, perlahan lahan Cik ta susun balik jadual tugasan Cik Ta.
Wahhh!!! baru je habis sibuk, sambung pulak sibuk buat persiapan sekolah untuk anak anak. Tahun 2017 ni Cik Ta kalut sikit, dalam tak sedar anak Cik Ta dah masuk tingkatan 1. Sekejap je rasanya. Cik Ta dok rasa dia kecik lagi, mana tidaknya, perangai mengalahkan adik adik. Hai lah Abang Aiman.
Satu lagi masalah si Awish. Anak Cik Ta nombor 3. 23hb 12 2016 umur dia baru cukup 3 tahun, tapi tahun 2017 dah jadi 4 tahun. Cik Ta ni dah biasa hantar anak anak sekolah masa umur 4 tahun, jadi Awish ni pun Cik Ta dah siapkan la keperluan dia untuk sekolah, tup tup si ayah pula boleh tanya, "Kalau tak hantar sekolah dulu tahun ni tak boleh ke?" pulak. Dah kenapa la pulak.
Kalau ada yang terasa macam Cik Ta ni kejam hantar anak sekolah seawal 4 tahun, biar la Cik Ta bagi tau siap siap kenapa Cik Ta hantar awal, sebenarnya Cik Ta kesian kat anak anak, mana taknya, Cik Ta kerja waktu pejabat, hantar anak pergi Taska pukul 7 pagi ambik paling cepat 5.30 petang. Cuba kira, berapa jam anak anak kena tinggal kat Taska. Makan, tidur, main semua kat taska.
Yang Cik Ta nak hantar Tadika tahun 2017 ni anak nombor 3, waktu abang abang dia dulu pun sama, apa yang Cik Ta nampak, bila hantar pergi Tadika anak Cik Ta jarang meragam untuk pergi taska. Sebab apa tau, sebab dia akan duduk kat taska tu separuh hari je. Separuh hari lagi di sekolah Tadika.
Tapi masa anak Cik Ta masuk sekolah umur 4 tahun ni, Cik Ta tak pernah paksa diaorang buat kerja rumah atau paksa belajar. Cik Ta memang hantar untuk dia belajar di sekolah sahaja, bila di rumah, Cik Ta biar dia nak buat apa pun. Tiada paksaan. Yang penting anak anak Cik Ta seronok.
Cik Ta ni kecik kecik dulu tak pernah duduk taska ke rumah pengasuh ke tak pernah langsung. Arwah mak jaga sendiri. Memang seronok la kan duduk rumah sendiri. Kadang kadang bila Cik Ta teringat kan nasib anak anak Cik Ta yang terpaksa duduk kat taska tu Cik Ta menangis, kesiannya la anak anak. Sepanjang hari duduk ngan orang lain, bukan dengan ibu sendiri.
Satu lagi, Cik Ta kalau anak tak sihat, Cik Ta memang akan ambik cuti. Sebab tu cuti tahun Cik Ta habis tiap tiap tahun, hehehe. Biar la, apa la sangat cuti tu. Cik Ta lebih kesiankan anak anak. Bayang kan bila anak anak demam, merengek rengek, kita kadang kadang yang jaga anak sendiri ni pun rasa nak marah, kenapa menangis, kenapa merengak, tapi anak sendiri, kita pujuk la, usap dia, layankan kerenah dia.
Bayangkan bila anak anak demam atau tak sihat, kita hantar pergi taska, nak merengek kat siapa anak tu, hati anak tu Allah S.W.T je yang tahu, betapa dia rindukan belaian ibu ayah saat dia demam. Dia rindukan usapan tangan ibu ayah di kepala dan badan dia. Ciuman ibu ayah di dahi mereka, kan. korang dapat bayangkan tak perasaan tu.
Ni yang Cik Ta malas nak sentuh pasal anak anak ni, tak pasal pasal hujan turun membasahi pipi. Adoiii. Cik Ta memang agak sensitif bab anak ni. Dah lah, berbalik pasal sekolah tadi, disebabkan kesian itu lah Cik Ta nak sangat hantar Awish pergi sekolah. Harap harap nak la dia. Hehehe.
Apa lagi barang anak anak yang Cik Ta tak beli ye? Rasanya tinggal songkok abang Ammar je lagi, yang lain semua dah lengkap.
Satu lagi, selain kelengkapan sekolah, korang jangan lupa, siapkan Supplement untuk anak anak cergas di hari persekolahan ye. Cik Ta dah sediakan dah
>> Mealshake
>> Omega Guard
>> Vit c Chewable
>> Vita Lea for Child
Kalau korang belum ada Set Anak Cergas ni, boleh la Whatsapp Cik Ta ye atau nak pm di Facebook pun boleh
0.1.9.5.7.2.3.3.4.6
FB : Zurita Abdul Karim
Comments
Post a Comment