Kehamilan Songsang
Assalamualaikum...
Wahhhh...
bersawang sudah blog ni... lama benor tak update... hehehe... sejak preggy ni
mmg malas bebenor nak update blog... bukan ape... hati ade sikit gundah
gulana...
Pernah
dgr pasal kehamilan songsang? Mesti pernahkan... kehamilan saya kali ni dari
awal mengalami masalah songsang... risau betul rasanye... takut kene czer lg...
tiap2 minggu tak sabar nak check up... bkn sbb ape... sbb nak tau je baby dah
pusing ke belum...
Satu
hari tu En Somi ajak g scan kat klinik swasta... nak tgk juge katanye... tp
sampai masa nak scan... En Somi tak sampai lg... hehehehe... takde rezeki dia
nak tgk sama... so saya je la scan sorang2... hehehe...
Lepas
abis scan terus je tanye doktor tu... sebab baby tak pusing lagi... macam2 la
saya menanye...hehehe... almaklumla... hati dah risau... Last2 doktor tu senyum
sambil menjawab... Kalau baby U tak songsang sekalipun... kalau tuhan U kata U
mesti kene czer kali ni... tetap la kene czer...hemmmm... sabo je lah...
walaupun doktor tu bukan Islam... tp dia tau qada' dan qadar... saya plak rasa
malu... hehehehe
Udah
le tu... panjang pulak rasanye cite ni... Ape kate kita tengok plak serba sikit
tentang songsang ni...
Apa sebab bayi songsang?
Tiada
Sebab jelas kenapa situasi ini berlaku Pra-matang yang bermula sebelum 37
minggu kehamilan, kebiasaanya bayi tahu bila hendak berpusing balik
Sejarah sebelumnya juga
songsang
Anak
Kembar 2 atau lebih, ini menyebabkan ruang yang terhad untuk 2 bayi atau lebih
mengehadkan mereka berpusing ke bawah sebelum bersalin. Cecair air ketuban yang
terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam rahim. Air ketuban yang terlalu
banyak memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat kelahiran. Air
ketuban yang terlalu kurang menghadkan bayi menukar posisi di saat-saat
kelahiran jika kepala bayi masih di atas.
Masalah
rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam
rahim. Jika fibroid dalam rahim terlalu besar, ia juga mungkin menghalang bayi
untuk memusing. Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang
lalu.
Masalah
pada bayi ( Doakan anak-anak kita tiada masalah)
Tanda-tanda bayi Songsang
:-
Anda
tidak dapat merasa sama ada bayi anda songsang. Tetapi jika anda mengandung
lebih daripada 36 minggu, anda mungkin boleh merasakan kepala bayi menekan
tulang rusuk anda dan/atau anda berasa bayi menendang dalam bahagian bawah
abdomen. Anda harus berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan.
Bagaimana kedudukan songsang
didiagnosis?
Semasa
pemeriksaan rutin lewat kehamilan anda, doktor anda akan memegang bahagian atas
dan bawah abdomen anda dan boleh melakukan ultrasound scan untuk mengetahui
kedudukan bayi anda.
Bagaimanakah kedudukan bayi
songsang dirawat?
Kadang-kadang
doktor mungkin boleh memusingkan kedudukan bayi secara manual dari kedudukan
songsang kepada kedudukan kepala di bawah dengan menggunakan prosedur yang
dipanggil external cephalic version. Jika bayi boleh memusing ke bawah sebelum
kelahiran bermula, anda mungkin boleh melahirkan bayi melalui faraj.
Bagaimana kedudukan bayi
songsang boleh dilahirkan dengan selamat?
Kebanyakan
doktor akan mencadangkan anda menjalani pembedahan cesarean di mana ia
merupakan cara bersalin yang paling selamat untuk bayi. Tetapi anda mungkin
merancang untuk cara kelahiran songsang (breech birth). Berbincang dengan
doktor anda mengenai cara yang paling selamat untuk bayi songsang anda.
Mencuba secara
semulajadi
1.
Cuba
amalkan ayat ini ye. Berdoa pada Allah
2.
Ada yang
mencadangkan supaya sujud lama mengikut kemampuan kita sambil pujuk-pujuk baby.
3.
Cuba
letak ice pack atas perut atau dekat kepala baby, nanti baby rasa kepala sejuk
dia akan tukar position (cadangan ini di ambil dari forum ratuhati)
4.
Cuba
main-main lampu picit, letak dekat ari-ari, baby akan bergerak ke arah cahaya
tersebut. (cadangan ini di ambil dari forum ratuhati)
5.
Selain itu boleh cuba
doa selusuh. saya pun ingin mencuba ni.
Sebenarnya,
air/minyak selusuh boleh dibuat sendiri atau merujuk kepada pengamal perubatan
Islam. Doa yang boleh digunakan untuk membuat selusuh ialah (sila rujuk buku
Rawatan Pesakit Menurut al-Quran dan As Sunnah - Prof Dr Haron Din & Dr
Amran Kasimin):
i. Surah al-Fatihah
ii. Baca ayat "Lau Anzalna ... akhir" (Surah al-Hasyr)
iii. Solawat Syifa'
iv. Doa berikut:
اللهم بِحَقِّ مريم وبِحَقِّ مَنْ أُنْزِلَتْ عَلَيْهِ سورةُ مريم خَفِّفْ عَنْهَا (سبوت نام)
آلامها المَخَاض برحمتك يا أرحم الراحمين
(jika tidak jelas , doa seperti saya lampirkan di atas ya )
Selepas baca doa-doa tersebut, tiup di air yang disediakan (sebaiknya air zam-zam). Air diberi minum seminggu sebelum tarikh jangka kelahiran bayi dan disapukan di perut ibu dari atas ke bawah diserta dengan selawat sebanyak tujuh kali. Air/minyak diminum satu sudu ketika sakit mulai terasa. Bagi ibu yang menghadapi masalah bayi melintang, sapukan air dari perut ke bawah, betulkan kedudukan bayi kemudian diberi minum air.
In
Shaa Allah, Jom Sama-sama kita berusaha. Semoga Kita selamat untuk melahirkan
anak yang sihat, In Shaa Allah.
Okay lah…itu
sahaja cite dari saya… masih nebes walaupun sekarang baby dah pusing secara
normal… harap2 sampai la hajat nak bersalin normal kali ni… dibawah ni saya
sertakan Set Kehamilan yang saya amalkan…
Vita C
SR + B Complex + ESP + Vita Lea + Ostimetrik + Omega Guard
Sekiranya anda
berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, boleh lah hubungi saya dengan
menghantar email ke zuabdkarim@gmail.com atau
whatsapp di 019-5723346...terima kasih.
Comments
Post a Comment