5 Tips Cepat Hamil

Korang impikan cahaya mata? Jom Cik Ta kongsikan 5 Tips Cepat Hamil. Ini hanyalah sekadar tips, yang menentukan hanya Allah S.W.T. Cepat atau lambat hanya Dia yang menentukan. Kita hanya perlu berusaha.







5 TIPS CEPAT HAMIL

1. Dapatkan Berat Badan Ideal

Kalau korang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurang berat badan, ia akan menjadi salah satu punca kepada masalah kesuburan. Jadi, korang perlu tahu Indeks Jisim (BMI) tubuh korang. BMI di antara 20-24 merupakan berat badan yang normal. 

Jadi cuba usahakan untuk korang dapat memiliki berat badan yang ideal ya. Sekurang kurangnya, korang akan dapat tahap kesihatan yang lebih baik.

2. Ketahui Waktu Subur



Korang tau tak, waktu subur cuma empat hingga lima hari sahaja pada setiap bulan. Dengan mengetahui dengan tepat hari subur, korang boleh meningkatkan peluang untuk hamil.

Waktu subur hanya boleh dikira dengan tepat jika haid korang teratur. Jika tidak, korang boleh gunakan kaedah kit ovulasi di farmasi untuk mengagak waktu subur dengan lebih tepat.

3. Hubungan Intim Lebih Kerap


Korang digalakkan melakukan hubungan intim lebih kerap antara 3 hingga 4 kali seminggu terutama pada waktu subur. Sesetengah posisi seks juga boleh membantu korang hamil, sebagai contoh suami berada di atas (missionary position). 

Bagi memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal dibawah punggung isteri selama 30 minit atau biarkan zakar suami berada dalam faraj selama lebih kurang 15 minit selepas ejakulasi.

4. Mengambil Multi-Vitamin


Korang dinasihatkan mengambil multivitamin termasuk asid folik (B Complex Shaklee lengkap dengan Asid Folik) untuk mengurangkan risiko kecacatan janin. Suami pula disarankan untuk mengambil supplement zink (Vita Lea Shaklee) untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

5. Jumpa Doktor


Korang juga kena pastikan korang bebas dari sebarang masalah kesihatan dengan melakukan pemeriksaan dengan doktor pakar korang. Cyst, Endometriosis atau fibroid sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil. Jika pemeriksaan dilakukan di peringkat awal, rawatan yang berkesan akan diberikan dan dapat mengelakkan masalah sukar hamil.

Jadi, korang jangan pernah berhenti untuk berusaha dalam apa jua keadaan ya. Cik Ta juga nak kongsikan di sini, doa seorang hamba Allah yang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, Cik Ta dapat di facebook, dan suka untuk kongsikan dengan korang yang baca entry ini. Semoga pahala di berikan kepada tuan punya doa ni ye, Cik Ta lupa namanya, sebab dah copy ke dalam nota.

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
.
Kerana Engkau sahajalah sebaik baik perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
.
Aamin."
 







Cik Ta
Shaklee Independent Distributer ID No. 1139990
Sms/whatsapp/telegram/wechat : 019-5723346
zuabdkarim@gmail.com

www.facebook.com/zuritaabdulkarim

Comments

Popular Posts